:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Isnin, 26 Oktober 2009

Kayuhan Girang Ujung Minggu....

Seperti yang telah canangkan ke seluruh pelusuk kampung dan desa maka pada tanggal 25 Oktober 2009 bersamaan hari Ahad yang baru lalu terjadilah suatu kejadian kayuhan riang ria suku sakat TMBikers dengan girang dan gilang-gemilang...

Disertai oleh 5 orang biasa yang sanggup berhabisan duit, tenaga dan masa demi memuaskan hati sendiri meratah kesunyian hutan rimba demi melunaskan hasrat untuk beriadah dan mengeratkan ukhwah sesama manusia dan belajar menghargai dan menikmati keindahan dan kenaifan alam....

Adapun 5 bersaudara itu ialah Izani, Pojie, Fisol, Abat dan Tukang Masak Di-Raja sdr AO. Sungguhpun gerombolan 5 bersaudara ini agak terkilan kerana kekurangan seorang lagi iaitu Tukangkebun, namun jauh disudut hati kami berbangga kerana memanda tukangkebun pergi manyahut panggilan nite ride di Melaka... Kejayaan jua yang kami doakan dan kami menunggu berita dari memanda....

Kayuhan bermula dari Kota Malim Prima(Rumah Dr Izani) menuju Bukit Lumut, Ladang MCA, Selekoh Tok Pekong menuju ke pit stop pertama di Camp site 1, river crossing 1 & 2, Single trail menuju ke pit stop 2 AO Paintball Park untuk bertempur mesra sesama rakan... Setelah bertempur bagai nak gila, kayuhan diteruskan menyusuri tarmac pulang ke starting point umah Dr Izani...

Secara keseluruhan, seluruh aktiviti ini bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 6.30 ptg....
Deyyyy... cerita banyak pon tak guna la... layan gambor lagi baik... Tapi bila sebut pasal gambor... mula la nak sakit hati sebab camera yang dibawa AO tetiba meragam lak... Sudahnya... Belajarlah berterima kasih kepada kebesaran Ilahi kerana menganugerahkan kemajuan teknologi apabila handphone pon sekarang dah canggih2 yang disediakan dengan camera... Walaupun kualiti gambarnya taklah sehebat DSLR namun cukup untuk merakam detik2 bersejarah...

Berikut serba sedikit imej2 yang sempat dirakan untuk tatapan semua....

Senyuman malu2 tapi hensem Dr Izani....

Jejaka Terlaris Di pasaran gelap...hehehe... jangan marah no...

Walaupon rupamu memang ku kenal...tetapi perutmu yang mancung lebih kukenal adanya... Takpa Fisol.. Niat buat ubat...

Abat... memang pamalu dia ni....


Jejaka Monochrome tersohor di Malaya... AO the Chef...

Berehat sekejap di offroad trailhead...

Bersedia untuk beraksi...

Abat dan Pojie... Awat muka serius tu...

Mana aku letak power bar aku tadi... Ble hilang macho karang ni...

Dari jauh sudah kelihatan.... Pasti anda tahu apa yang saya maksudkan...

Tiba di camp site... Fisol dengan acara wajibnya..

AO dan Dr Izani berbual mesra... "Eh... Hang tau dak ?" mungkin itulah kata-kata yang keluar dari mulut AO...

Masak nasi ye bangg....

Untuk pengetahuan... menu pada hari ini ialah nasi putih, ikan talapia merah bakar, asam pedas ikan kembung dan air nescafe 3 in 1.... Lazat hingga menjilat saddle...

Fisol... Dok tunggu nasik masak....

Jonior Motocross Rider bro Apit... Semangat tinggi... Walaupon enjin mati di tengah sungai dan jatuh pulak... Namun masih steady... Cayalah bro... keep it up...


"oooo.... dia pakai ekzos besi rupanya... patutla bunyi pom pom pom kuat sangat... mengapa tak digantikan dengan ekzos buloh ?"

Acara wajib...MTB !


Seronok2 jugak... sampah kasi angkat laa... sendiri mau ingat...

Acara wajib gak ni... lepak kat kedai makan lepas kayuh....

Bronco... orang kuat kami yang setia di mana saja... terima kasih bang....

Demikianlah al-kisahnya sesi kayuhan girang pada minggu ini...
Secara peribadi... kayuhan kali ini sungguh bermakna dan telah memberikan banyak pengetahuan dan kesedaran tentang betapa naifnya alam... Tentang betapa rakusnya manusia...

Mendidik manusia tentang betapa naifnya alam... yang tak pandai mengacum, mengata, melaga-lagakan sesama, mengadu domba untung dan rugi.... Sedangkan manusia sentiasa membuat tahana....

Renung2kan lah wahai sahabatku....
By the way... Semoga semua beroleh sejahtera... sekalung terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi kayuhan kali ini...
Keep on riding guys and have a nice day !

3 ulasan:

tukangkebun berkata...

best3X!! 6.30pm baru abis? muahaha!! ini baru betul girang gumbira.. ruginya aku tak ikut..

ps: lain kali tambah ikan siakap la pulak.. amacam?

pojie berkata...

perrrghh mmg best Min,.. tambah2 chef monochrome kita sudah turun sekali... lega aihhh.. hehehe..
singgah plak layan paintball,.. lagi tambah2 girang...

AO berkata...

Yamin... nanti kita set lagi time kayuhan girang ni... minggu nie ramai yang tak de... so kita postpone lain minggu...

Pojie...
Lain kali kita bikin kerang rebus daaa....

Related Posts with Thumbnails