:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Ahad, 4 Oktober 2009

Kayuh trek BARBIELAND.. Kat mana tu? (19 Julai 2009): satu lagi siri BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA

AMARAN: Siri “BerapaPunyeLamaBaruNakUpdateDaa” merupakan himpunan cerita-cerita kayuhan basi sekumpulan rider belasahan sekitar tanjong malim. Seiring dengan kudrat kayuhan yang sepantas kura-kura, proses kemaskini juga berjalan lebih perlahan. Kelewatan tak hengat mengupdate banyak berpunca daripada kesibukan penulis dengan kerja-kerja dunia. Sekiranya anda tidak gemar mengungkit-ungkit atau kisah-kisah sejarah zaman hang tuah, BERHENTI MEMBACA SEKARANG! TMBikers tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan emosi dan kebosanan melampau akibat membaca kisah yang tak seberapa ni.

Ahad, 19 Julai 2009. Assalammualaikum semua. Sejak Pojie balik makin semangat nak kayuh. Kena pulak membe pun tengah semangat nak layan trek2 tempatan yang best katanye berbanding trek2 "pondan" kat jerman, huhuhu!! Pondan tu bukan sebab tak best, tapi landai tak berbukit nyah! Kita kan banyak bukit. So petang tu kami berempat Pojie, Fisol, Izani & tukangkebun pun setuju nak layan trek baru, Barbieland namanya.

Macam biasa trek ni sebenarnya bukanlah Barbieland namanya. Tukangkebun yang sengaja bubuh nama ni pasal banyak sangat babi hutan kat sini. Sepanjang trek boleh nampak tapak babi merata-rata. So, kalau bubuh "trek babi" takut kecik ati kat babi pulak, so kita lembutkanla sikit bunyinye dengan Barbieland aje, huhuhu!!! Trek ni sebenarnya biasanya digunakan oleh Izani & geng motocrossnya. So dia le yang lead kami ari ni. Lokasi tepatnye pulak sekitar ladang sawit belakang perumahan Proton City.

5pm, kami pun bergerak ke trail melewati tempat berlangsungnya UPSI MTB Challenge suatu ketika dulu. Dah start tu barulah Izani teringat, "la.. biasanya aku naik sini pakai motocross memangla syok panjat bukit aje. Lupa pulak kita naik beskal ari ni., patutnye start kat tempat keluar la...". Tuan2 & puan2 apalagi muntah ijau la tukangkebun mendaki bukit kat sini. Nak patah balik kat trail head yang sepatutnya (spek beskal) jauh bang! So, terpaksala mengasah teknik yang betul MTB, tolak beskal. Pojie macam biasa, sejak bergelar "Rider Terkuat TMbikers" bukit tu semua macam sayur aje bagi dia. Sambil mendaki tu sempat jugak tukangkebun berhalusinasi, trek ni kalau downhill memang sedap. bukan main panjang lagi turun dia. Ada rock garden, dan banyak juga "bold" garden huhu!!

Dah nak abis trek barulah ada dh sikit. Tupun takleh nak layan pasal terlalu bahaya, longkang kiri kanan. Kami keluar dekat tangki air Proton City. At last kami selamat sampai jugak kat keta balik. Kesimpulannya, ride ari ni agak mencabar & banyak mendaki. Tapi trek ni kalau masuk ikut reverse side pasti terangkat! Siap kau Barbieland, i'll be back! muahaha!!

amik gambo dulu kat parking tasik embayu.. dari kiri: Fisol, Izani & Pojie
dan tukangkebun sekali, nak jugak..
Pojie sanggup turun beskal untuk merangsang Fisol yang dah mula meracau
tengok tu dia punya dh, ni baru sikit ni
rehat kejap, sini la barbieland sebenonya tapak harimau bintang pun ada!
bukit lagi kat depan tu
on the way balik, dah masuk tarmac sekitar tangki air
Pojie bawak ekor keras tapi cap cannondale jugak, fork musang
beskal Fisol cap KHS
beskal kebun cap gunung fujiyama, naik gunung muntah!
lepak2 tepi tasik sambil layan goreng pisang ngan aweks, huhu!!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails