Sabtu. 17 Oktober 2009. Hari ni adalah cuti deepavali bagi penganut hindu. Bagi pengamal ajaran beskal gunung ayahanda TMBikers pulak hari ni adalah hari kayuh ke LUBUK KAWAH. Hanya 3 orang aje yang ada pagi ni, iaitu Izani, Pojie & tukangkebun. AO khabarnya balik beraya di kampung. Fisol pulak letih pasal buat kuih malam tadi.. huhu! Ijoi, Bob & Lan pulak sibuk dengan urusan kementerian dalam negeri masing2.
Tepat jam 8.40am (7.00am jam melayu, :P) kayuhan pun bermula dari lokasi AO's Paintball Park (pusat paintball dalam hutan milik bumiputera; terhangat di Tg Malim!) berhampiran Warisan Bernama Heritage Resort. Mula2 masuk single track, lintas sungai ke campsite dan akhirnya sampai la lubuk kawah. Jarak kayuhan dari sini hanya dalam 10km sahaja pergi dan balik. Walaupun dekat, namun tracknya boleh tahan la jugak azabnya nak redah. Tambah pulak malam tadi hujan, so bertambah basah & licin lah trek. Apa2 pun time kasih buat Izani yang sudi bawak pojie & tukangkebun ke sini. Gembira kami yang 1st time baru sampai sini. Apa lagi macha? gambar kasi layan lah dey!!
lokasi berkumpul: AO's Paintball Park!
izani & pojie
"dilarang mengambil kayu", nak tanam sendiri kata tuan tanah
rehat kejap di single track
single track yang habis berterabur dikerjakan sang "barbie"
ni la tg malim.. tak basah spender tak sah!
berehat sebentar menikmati nasik lemak kat campsite
mula jalan dari campsite ke lubuk kawah
sape buleh kayuh sini memang gaban la!
start daki bukit yang pertama
tu dia.. dagu hampir cicah saddle tuh!
bukit yang kedua pulak.. kalau kering buleh senapas rasanya
apalagi.. sekali henjut aje la!
lubuk kawah, sampai jugak kami akhirnya...
banyak juga kolam dalam2 kat sini
pertemuan dua sungai
kena panjat balik nak ke campsite lubuk kawah
rider sayur belajo turun bukit
ini baru MTB, redah lopak air
sini pun licin jugak (gambo aje nampak kering)
2 ulasan:
tima kaseyy tukang kebun,... centek2 gambag daa..hehe
sebenagnya start lambat tu bukan janji melayu daa.. tp janji "aku".. kuikui.. xpa2, lps nih akan cuba aku cargasskan seawal2nya.. hehehe
tp apa2pon.. kayuh trail nih mmg lotih daa... hang sorang saja yg dpt berkayuh panjat bukit dgn hensemnya...
aku tak panjat bukit pun memang hensem.. huahuahua!!
Catat Ulasan