:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Sabtu, 31 Januari 2009

basikal FullSusp-hiking dan DH..


Kita biasa lihat basikal atau MTB yg boleh dilipat, tetapi yang ini adalah berlainan-dibina untuk dibawa dalam beg sandang belakang...

Direka oleh Thomas Kaiser, seorang pencipta dari Jerman dan dinamakan "Bergmönch" atau “The Mountain Monk” atau dalam Bahasa Melayu "Sami Gunung" :P.. dan ideanya ialah kita "hiking" mendaki dengan basikal dibelakang dan kemudiannya menunggang untuk turun ke bawah.

Basikal ini mempunyai suspensi depan dan belakang (Full-Susp) dan brek Disc tetapi tiada pedal pengayuh memandangkan tujuannya untuk aktiviti "downhill". Dengan berat yang hampir 10kg, mungkin agak memeritkan bagi pengguna baru tambahan pula hendak membawa semasa menanjat bukit- tetapi lebih berbaloi dari menolak jentera DH biasa yang kebiasaannya 16kg keatas... Isipadu beg sebanyak 11 Ltr menyediakan ruang untuk topi keledar, sarung tangan dan barangan bekalan...

Mungkinkah ia akan jadi satu sukan atau trend baru-"bike hiking"?? kita tungguu..

Sumber dan kisah lanjut di sini









Bergmönch from Thomas Kaiser on Vimeo.
Video 1


Entfaltung from Thomas Kaiser on Vimeo.
Video 2


Khamis, 29 Januari 2009

Kayuhan Solo Ringan2 Sebelum Berbuka 22/09/08

-artikel dari blog lama-


Assalamualikum....

Agak lama juga kita tidak bersua... Namun terima kasih kepada semua pengunjung2 blog ini atas kunjungan anda...


Sempena Ramadhan ini... Nampaknya segala aktiviti lasak di luar agak berkurangan... Begitu juga perihalnya dengan sesi2 kayuhan lasak yang langsung tidak kedengaran.... Namun begitu.... Kalau dibiarkan lama sangat... Nanti merajuk pulak basikal tu... Naik bersawang... Sarang labah2 penuh kat crank... kihkihkihkih...


Jadi... Menyedari hakikat itu maka saya tidak terus memberhentikan sesi kayuhan... Kayuh tetap kayuh... Bukan bermakna bulan puasa ni kita tak boleh berkayuh... Cuma kita terpaksalah mengurangkan beberapa perkara kalau nak berkayuh siang di bulan puasa ni....


Kurangkan kelajuan.... Kurangkan jarak kejauhan... Kurangkan merentas trek yang penuh cabaran... Juga kurangkan memerah tenaga secara berlebihan.... Ringkasnya.... Jalankan kayuhan santai sekadar dapat mengeluarkan peluh dan dapat menghilangkan rasa gian nak berkayuh....


Petang semalam saya berkesempatan untuk berkayuh santai di sekitar kawasan belukar dan ladang sawit berdekatan rumah saya... Trek yang memang pendek dan santai... Tapi cukup untuk mengeluarkan butiran peluh kasar... Tambahan pulak bulan2 puasa ni....


Habis mengerjakan trek ofroad... Rasa macam tenaga masih ada lagi... So saya teruskan sedikit kayuhan lagi menyusuri jalan taman ke kawasan kedai2 berhampiran... Sambil beriadah... Sambil memerhati gelagat orang ramai yang sibuk membeli juadah untuk berbuka....


Kayuhan bermula jam 5.45 ptg dari rumah dan berakhir jam 6.45 ptg... Berikut serba sedikit rakaman peristiwa yang sempat diabadikan....


Berikut adalah clip video yang sempat dirakamkan....



video

Sekian dulu untuk kali ini....

Have a nice day and keep on riding guys....

-ARTIKEL ASAL DARI NUKILAN SAUDARA A.O-

MTB... Old Skool.. Hard tail

-artikel dari blog lama-


MTB Hard Tail : "kerangka tanpa suspensi belakang ataupun "solid frame" dengan tambahan suspensi hadapan ataupun tanpa suspensi hadapan"...

MTB "Hard Tail" (HT) adalah model permulaan dalam rekabentuk kerangka versi basikal bukit... Walaupun dikatakan perlumbaan "offroad" telah diadakan sejak tahun 50-an, tetapi MTB dengan spesifikasi dan bentuk yg ada sekarang masih baru lg...

Bila industri mula merekabentuk dan mengeluarkan model2 yang lebih sesuai dengan trail pada pertengahan 70-an. Perubahan yang dibuat hanyalah pada kerangka "cruiser" yang telah sedia digunakan.. disamping membuat penambahan/pertukaran pada saiz (diameter dan lebar) tayar, gear, saiz rim dan pemegang (handlebar) yang lurus atau dinaikkan sedikit dan perubahan2 lain yang melibatkan aksesori..... dan seterusnya ditambahbaik lagi dengan sistem suspensi hadapan...

Pada peringkat awal, MTB HT digunakan untuk semua bentuk trail dan kayuhan.. dari normal XC hinggalah DH... tetapi selepas rekabentuk FS mula dikeluarkan, maka pilihan kita semakin terbuka... bergantung kepada jenis2 trail dan kayuhan kita, dan ditambah lagi atas sebab2 kesesuaian, keselesaan, keselamatan, ciri2 basikal dan kawalan oleh pelumba.. maka kita boleh pilih samada gunakan HT atau FS.

Atas sebab pilihan yang ada antara HT atau FS ini, maka secara umumnya,.. kegunaan kerangka HT menjadi keutamaan untuk kayuhan2 XC, Enduro/All Mountain dan trials...

Tentu ramai antara kita mulakan minat berMTB dengan model "Hard Tail" sebagai pilihan pertama... mungkin antara sebab utama ialah senang untuk diselenggara, diubahsuai, pilihan model yang lebih banyak dan kos yang lebih murah..

Tetapi apa2 sahaja model yang kita ada sekarang... atau apa yang kita berkenan untuk miliki kemudian.. tentu bagus kalau sesekali kita imbas kembali model2 yang terdahulu dipasaran... Dengan rekabentuk2 yang "retro" dan "cool".. bagi sesiapa yang pernah memiliki model2 lama ini, tentu teringat kembali nostalgia dan pengalaman2 lama dahulu...

Dan kalau diperhatikan, sebenarnya tiadalah perbezaan yang sangat ketara antara rekabentuk kerangka HT old skool dan HT sekarang... melainkan tambahan "adapter" untuk disk brake, perubahan saiz diameter tube (main tube, seat tube ataupun head tube) dan bahan yang digunakan... dari besi.. alloy.. hinggalah karbon...
Perbezaan atau penambahbaikan yang sebenarnya banyak ditumpukan pada aksesori... dari set gear, sistem suspensi (Spring, Angin, Hydrolik, ciri2 lock-out, SPV, TPC dll), sistem brek ("Y"-brake, "V"-brake, Mech Disk brake hingga ke Hydro Disk brake) dan aksesori2 lain seperti crankset, handlebar, seatpost dan pedal (pedal dengan pengikat kaki ke clipless)...

Seterusnya,.. antara gambar2 HT "Old Skool" yang disalin dari internet...











Sekian dulu untuk kali ini.. wassalam.. auf wiedersehen..

-Ride On-


MTB... Old Skool.. Full Suspension..

-artikel dari blog lama-

kita cerita pasal MTB... yang dulu-dulu... yang lama-lama... zaman frame besi.. ada yang baru nk tumbuh gigi... atau kata orang sekarang.. "Old Skool"...

Untuk posting ni, kita tengok bab "MTB Full Suspension" dulu... nanti-nanti kita sambung dengan "HT" pulak... InsyaAllah..

"Old School" ... ikut kata pakcik wikipedia... (tapi cuma ada versi BMX saja)
  • The term is used in BMX to refer to whole bike or parts made between the beginning of the sport, when the bikes were just modified Schwinn Stingrays and cruiser bikes in the late '60's, through the early '90's. Mag (plastic) wheels are considered to be very old school. Of worthy notice is the thickness of most parts of the frame on an old school BMX bike compared to a bike made from the late '90's to present day.
Walaupun MTB dikatakan mula digunakan dan dijadikan perlumbaan sejak tahun 50-an, tetapi bagi MTB FS, ianya masih baru.. kemungkinannya hujung 80-an atau pertengahan 90-an (saya kurang pasti..) .. jadi terma "old skool" bagi FS ini relatifnya hanya merujuk teknologi 15-20 tahun dahulu sahaja.. tidaklah terlalu antik sebagaimana tafsiran "old skool" motosikal atau kereta... (btw: "old skool" dan "antik" adalah dua perkara yang berbeza)...

Pada awalnya,.. Pereka2/industri masih "struggle" untuk merekabentuk kerangka dan sistem suspensi yang sesuai dengan kegunaannya.. stabil, selamat dan selesa... sebab utamanya tiada contoh untuk dijadikan garispanduan dan pelumba2 juga belum pernah menguji basikal "FS"... sebab itu, kalau kita perhatikan model-model awal MTB "FS" ini, terutamanya sistem suspensinya (depan dan belakang).. agak banyak variasi dalam rekabentuk, rekaletak dan aturan fungsinya... pengeluar2 seboleh2nya untuk membezakan produk mereka untuk menunjukkan "identiti" dan mendahului pasaran... Contohnya (seperti gambar2 dibawah,.. ada suspensi belakang direka "double" seperti suspensi depan.. dan ada suspensi depan yang direka dengan satu penyerap untuk menyokong dua bar fork)... semuanya dalam proses "ujian"..

Boleh dikatakan, pereka2 ini masih tercari2 samada mahu menonjolkan konsep "futuristik" ataupun "idealistik". Dengan itu, terhasillah rekabentuk2 seperti "kapal angkasa + motocross + bmx",... dengan frame yang "over design" dan "over built"... dari rupa suspensi depan seperti "mentadak" hinggalah suspensi belakang yg kemetot... asalkan ada shj... "tangkap muat"!!

Tak seperti "FS" sekarang yang mana perbezaan ketara antara pengeluar hanya pada kerangka manakala sistem suspensi kebanyakannya sama (walaupun dari pengeluar suspensi yg berbeza).... mungkin hasil dari kajian2 dan pengalaman dari "FS" terdahulu.. buatkan pengeluar tahu rekabentuk mana yang optimum dan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dikekalkan...

Dari segi rekabentuk kerangka,.. "FS" "Old Skool" juga kebanyakannya hanya direka "single pivot" tetapi dipelbagaikan pada bahagian "main frame"-(untuk dikayuh pd semua trail)... tak seperti "FS" sekarang yang direka khusus mengikut kesesuaian trail samada "XC", "All Mountain", "FR" atau "DH"...

Bahan yang digunakan dahulu juga kebanyakannya adalah "steel" sebelum ditukar ke "Alloy" (dan ada juga yang masih kekalkan penggunaan "steel").. -berbeza mengikut model dan pengeluar...
Sekarang ini, pengeluar lebih utamakan bahan dari alloy dan karbon dan amat jarang untuk jumpa kerangka besi yang masih digunakan (bagi high-end FS MTB).

Perubahan yang dibuat selaras dengan peningkatan permintaan, perubahan gaya kayuhan, trail dan peningkatan teknologi... pengguna2 sekarang lebih "demand".. mahukan lebih ringan, selesa, selamat, kukuh, "hensem" dan mudah dikawal...

atau mungkin juga,.. perubahan2 yang dibuat hanyalah strategi pasaran.. gunakan pelumba profesional untuk jd ejen pengiklanan... pengaruhi org2 amatur untuk "mengoyak poket".... "upgrade" selagi boleh.. dan beli model terkini dipasaran... sedangkan realitinya... untuk kegunaan kayuhan kita2 yg "kokak" ni, basikal besi chap ayam pon dah cukup sebenarnya... mungkin ini cuma "permainan" kapitalis... dan kita bonekanya... lu pikirlah sendiri...



Wassalam.. auf wiedersehen...
Selamat berkayuh, kayuh dengan selamat...

-RIDE ON-

Jenama.... Satu Keperluan ? Trend ? Atau Obses ?

-Artikel dari blog lama-


AMARAN ! Jika anda adalah seorang ...Rider Profesional... Atau seorang yang amat berkemampuan dari segi kewangan atau anda bukan rider profesional dan bukan pula individu yang berkemamuan dari sudut kewangan tetapi anda rasa anda bagus/otai/terer dan tidak boleh menerima kenyataan siapa sebenarnya diri anda dan di mana sebenarnya tahap anda sebagai rider..... SILA ABAIKAN ARTIKEL INI ! Ini adalah kerana artikel ini hanya ditujukan kepada para rider amatur yang baru berjinak2 dalam dunia MTB seperti saya...

Artikel Ini juga adalah merupakan satu pandangan dan enterpretasi peribadi penulis... Sebarang rasa tidak puas hati... Sakit hati... Bengang... Meluat... Marah atau sebagainya yang anda akan rasa setelah membaca artikel ini adalah atas tanggungan anda sendiri... Saya sudah memberikan amaran awal...


Apabila kita bercakap mengenai basikal... Sudah tentulah kita akan bercakap juga mengenai JENAMA... Tidak kiralah jenama basikal itu sendiri ataupun jenama aksesori atau bike parts yang menjadi idaman...

Bercakap mengenai JENAMA.... Sudah tentulah terdapat berbagai jenis jenama yang TERKENAL... FAVORITE... IDAMAN... HI-END... BAGUS...AYAM dan bla bla bla di pasaran.....
Semuanya akan menjadi perbualan mulut ke mulut antara para MTBers... Semuanya akan menjadi ukuran sama ada BAIK atau TAK BAIK nya (atau) BAGUS atau TAK BAGUS nya (atau) HI-END atau TAK HI-END nya (atau) BERKUALITI atau TAK BERKUALITINYA sesebuah basikal itu....

Seperti biasa juga... Jika bercakap mengenai JENAMA... Mulut kita tak akan kering dari menyebut jenama2 terkenal dan tersohor seperti SHIMANO, SRAM dan lain2 lah....
Tak ketinggalan juga jenama2 hebat frame basikal seperti Specialized, Giant, Santa Cruz, Cannondale dan macam2 lagi.....

Jika ditanya yang mana menjadi pilihan kalbu, rata2 kita akan memberikan jawapan yang sama... Dah tentu la nak yang terbaik... Walaupun kita (rider amatur) menyedari bahawa barang baik akan memerlukan modal yang juga baik dan ini memerlukan kita mempunyai kestabilan kewangan yang amat kukuh...

Bagi sesiapa yang baru nak berjinak2 dengan MTB dan mungkin baru nak berkira2 untuk membeli basikal... Biasanya kita akan bertanya kepada otai2 dan cerdik pandai yang dah lama bergiat aktif di dalam sukan ini...
(Otai pada pandangan kita laaa... betul tak betul mamat tu otai kita pun tak tahu secara detail...kihkihkihkih... Sebab kita pun orang baru... Manalah kita kenal dengan rider2 otai ni... Kalau ada pun mungkin setakat kenal nama dan membaca cerita tulisan mereka yang berdentum2 bak guruh di langit dalam forum2 yang bercambah di Malaysia ni ataupun di luar negara... Namun kita tak pernah menyaksikan kehebatan mereka di depan mata sendiri...)
Maka dah tentulah berbagai review yang akan kita dengar dari mulut mereka nih...

Bagi pengguna SHIMANO... Dah tentulah XTR yang akan menjadi pilihan utama... Begitu juga dengan pengguna SRAM... Dah tentu XO black box yang akan sentiasa meniti di mulut masing2...

Begitu jugak dengan frame basikal.... mereka akan memilih jenama yang terkenal dan oroginal sahaja... yang tak terkenal dan tak ori ni boleh kata tak baik la... Cap ayam la katakan...

Namun bagi kita orang2 baru lagi amatur ni... Hanya mampu ternganga dan mengangguk2 kepala mendengar mereka bercerita... Kita pun kadang2 tak dapat membayangkan apa yang sebenarnya mereka maksudkan... Malahan ada perkataan yang mereka sebut... Kita haram tak paham pun... kihkihkihkih...

Sekarang... Apa kata kita tinggalkan sejenak pandangan mereka... Mari kita memandang dari sudut lain... Memandang dari sudut realiti... Sudut pandangan kita sendiri yang mengambil kira kemampuan kita dari segi KEMAMPUAN KEWANGAN....KEPERLUAN...RELEVAN... dan tak ketinggalan KEUPAYAAN FIZIKAL....

Caranya mudah saja.... Mula2... Duduk atau baring dengan selesa... Tenangkan fikiran... Nak dramatik lagi... Pejamkan mata... Dan tanya pada diri kita...
Soalan pertama : " Basikal macam mana yang kita idamkan dan spec macam mana yang kita inginkan ?"

Maka mungkin inilah yang akan kita bayangkan......







Atauuuuu..... Macam ni kah yang akan kita bayangkan.....




Memang hebat bukan.... Bukak mata sekarang... Buang imej2 itu dari bayangan anda.... Kerana sudah tiba masanya untuk bertanyakan soalan yang kedua....
Soalannya : " Bagaimanakan kedudukan kewangan saya... Adakah saya berkemampuan untuk memiliki segala yang diimpikan itu ?"
Jawapannya anda pikirlah sendiri dan jawablah kepada diri anda dengan jujur....

Soalan ketiga : " Jika saya beli juga seperti apa yang diimpikan... Dengan bertungkus lumus mencari wang... Adakah ianya relevan dengan gaya kayuhan saya atau berbaloikah dengan tenaga dan keupayaan tenaga kayuhan saya ?"
Jawapannya juga haruslah anda pikir sendiri... Dan jawablah pada diri anda dengan jujur...

Apa yang perlu difahami dan dimengertikan di sini ialah.... Kita hanyalah seorang rider baru yang amatur dan kurang kemampuan dari segi kewangan...(saya lebih merujuk kepada diri saya secara peribadi) Stail kayuhan kita pula lebih menjurus kepada light XC yang banyak tolak basikal dari kayuh.... Apatah lagi la nak melompat sana sini.... Jangan kata nak buat bunny hop... Katak puru hop pun belum tentu kita boleh bikin.... Sendiri mau ingat la....

Mungkin kita akan kata..." Alaaaaa... Apa salahnya... Nak merasa pakai yang bagus... Yang Hi-end..."

Ya betul.... Memang barang baik atau Hi-End ni akan berfungsi dengan jayanya... Namun harus diingat... Setakat manakah perkataan nak merasa tu mampu buat kita merasa apa yang sepatutnya boleh diberikan oleh alatan yang kita beli itu secara maksimum... Mampukah kita dengan skill dan tenaga yang kita ada memaksimumkan penggunaan alatan Hi_end yang kita beli dengan ribuan RM itu ? Sedangkan apa yang mampu kita capai sudah cukup memadai dengan menggunakan barangan2 berjenama separuh ayam yang lebih mampu kita miliki...

Ringkasnya.... Kita tak perlu membeli frame Full Suspension Santa Cruz Original dengan harga Ribuan RM dan Group Set XTR 08 jika hanya mampu melompat ram setinggi 1/2 kaki.... Berbaloikah ? Sedangkan lompatan itu boleh dilakukan dengan basikal anak2 kita yang dikayuh untuk pergi ke sekolah....kihkihkihkihkih...

Ramai di antara kita yang sebenarnya memperlekeh jenama2 tak terkemuka atau immitation product atau terma yang digunakan sekarang ialah "clone"... Memang mungkin benar secara teorinya produk clone ini mempunyai kualiti yang tidak setanding dengan yang original.... Tapi cuba kita senaraikan jenama yang ada kat Malaysia sekarang yang deperbuat original dari negara asalnya ? Boleh kira dengan jari... Kebanyakan datang dari Taiwan, China dan sebagainya....
Adakah itu bermakna barangan ini tidak berkualiti ? Tidak Hi-End ?

Mungkin tidak berkualiti kepada para Profesional yang mendedikasikan kehidupan mereka hanya untuk basikal dan menjadikan MTB Sport ini sebagai kerjaya dan sumber mata pencarian mereka.... Namun bagi kita... Para MTBers AMATUR ini... Itu semua bukanlah satu persoalan besar....

Kesimpulannya...

1. Bagi MTBers baru dan amatur macam saya ni.... Ukurlah kemampuan kita dari segenap sudut... Buatlah keputusan yang bijak...

2. Tetapkan hala tuju kita... Ke arah manakah stail kayuhan yang mampu kita lakukan semaksimanya... Barulah kita merangka jentera yang bersesuaian dengan budjet kita yang kempas kempis ini....

3. Sedarilah apakah tahap keperluan sebenar kita dalam sukan ini dengan mengambil kira faktor jenama yang dipilih... Adakah ianya satu keperluan yang amat perlu atau semata2 memenuhi trend atau ianya adalah hanya satu obsess kepada sesuatu produk...

4. Kepada rider Profesional atau Otai2... Berikanlah nasihat dengan mengambil kira sudut pandangan amatur... Bukan hanya menganbil kira pandangan dan keperluan anda sebagai pengguna profesional.... Kurangkan memperlekeh... Banyakkan berpijak di bumi nyata... Ingat bahawa anda juga pernah menjadi rider AMATUR suatu ketika dulu....

Sekian dulu untuk kali ini....

Have a nice day and keep on riding guys....

-ARTIKEL ASAL NUKILAN SAUDARA A.O-

Bekerja Sambil Recce-Recce Trek Baru

-artikel dari blog lama-


Pada awalnya, saya bercadang untuk membuat kayuhan penutup sebelum puasa di trail pilihan sendiri di Tanjong Malim... Akan tetapi panggilan tugas telah mengeheret saya untuk pulang ke kampung... Berkebetulan dengan hari cuti umun hujung minggu dan sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-51 maka saya pulang ke kampung bersama isteri dan anak2...

Namun hasrat untuk berkayuh tetap tidak pudar dan tidak dilupakan begitu sahaja... Akhirnya saya membuat keputusan untuk membawa basikal bersama... Kebetulan pula saya dijemput untuk membuat persembahan di Adeline's Rest House yang memang terletak di kawasan hutan berhampiran kampung orang asli lebih kurang 10km dari rumah ibu saya...

Apa lagi.... Sambil kerja... Sambil recce trek baru la hajatnya... Maka pada pagi Ahad 31 Ogos 2008... Saya telah ke Adeline's Rest House untuk recce trek... Dengan semangat yang berkobar2 saya tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 9.00 pagi...

Cuaca agak baik... Cerah... Tapi sudah ada tanda2 macam nak hujan... Laluan agak lembab kerana hujan pada malam sebelumnya...

Tiba di tempat kejadian... Tanpa melengah masa... Turunkan basikal dan mula berkayuh...



Trek ini menyediakan kayuhan tarmac pada permulaannya lebih kurang 3km kemudian disusuli trek ofroad yang agak "tricky" kerana permukaan tanahnya yang agak berbatu, berlopak dalam dan terdapat juga drop2 kecil kecilan tetapi layan...

Apa yang malangnya... Saya lupa nak cek bateri kamera dan rupa2nya bateri dah nak menghembuskan nafasnya yang penghabisan... Antara gambar2 yang sempat dirakamkan sebelum bateri kamera kembali pangkuan ke tong sampah...















Tengah dok asyik melayan kayuhan.... Tiba2 hujan renyai2 turun... Memula renyai... Lepas tu berai... Lepas tu... Berderai2 la pulak.... Kalau ujan biasa takpe jugak... Sekali hujan panas daaaa...

Akibat mengenangkan malam nanti nak berkerja pulak... maka saya ambil keputusan untuk berpatah balik.... Takut kalau diteruskan berkayuh dalam hujan panas ni bakal mengundang musibah pada malam hari nanti... Langsung tak boleh kerja...

Kayuhan berpatah balik diiringi dengan hujan panas yang agak kasar... Lenjun la jugak... Sampai di perkarangan Adeline's Rest House saya ambil keputusan untuk rehat sebentar sambil menunggu hujan reda...

Kelihatan satu kumpulan pengunjung baru saja selesai "paint ball" game... Pergh... Habis berkaler2 tubuh badan kena tembak...

Sembang punya sembang... Rupa2nya Adeline ada jual bateri kamera... Saya terus beli dan gantikan bateri yang dah kong tu... Adoi... Rugi betul rasanya tak tau dan tak beli awal2...Sedar tak sedar ujan pun reda... Kebetulan Andrew dan Wan si pemilik paint ball game ni kata ada lagi pallet lebihan dalam 500 biji... Derang pelawa plak saya main nak kasi habis pallet tu... Apa lagi.... Inilah peluang... Saya memang tak pernah main game ni sebelum ni... So... Belasahhhhh...

Game pertama saya main 1 lawan 1 dengan si Wan... Dia memang dah pakar... apa nak kata... Kalah saja la... Melekat la 4 biji peluru kat badan... 3 kena perut... 1 kena lengan... Pedih giler siot... Memang meninggalkan kesan lebam... Adoi....

Tapi tak serik... Best giler rupanya game ni... Boleh "addicted" dibuatnya... Pallet ada lagi... So main untuk 2nd game... Kali ni pertempuran tiga penjuru... Saya, Apek pekerja Adeline dan Steven anak teruna Adeline...

Game kedua ni barula saya ada harapan menang... Steven telah keluar awal kerana terkena tembakan si Apek... Namun akhirnya Apek tewas dengan tembakan tepat mengenai rusuk kirinya oleh saya...kihkihkih... Best2... Memang best giler...

Bila dah dapat main free game... Sendiri mau ingat la... Kena la tolong bersihkan balik peralatan... Orang kasi main free pun kira dah besar tuah... Terima kasih pada Andrew dan Wan kerana bagi peluang saya mencuba game ni... Lain kali kalau ada lebih... Ajak le lagi...kihkihkihkih...










Dah selesai semua operasi membersihkan peralatan... Sebelum pulang saya sempat merakam permandangan sekitar resort yang bercirikan perkampunyan orang asli... Resort ini mengetengahkan konsep Agro Tourism dengan motto "Back To Nature"...

Menyediakan pakej penginapan lengkap dengan aktiviti2 outdoor yang menarik seperti white water rafting, paint ball, jungle trekking to rafflesia and rajah brook habitat, flying fox, caving, waterfall abselling dan macam2 lagi le....









Secara keseluruhannya... Misi ride penutup sempena bulan puasa kali ni berjaya... Diakhiri dengan pelbagai aktiviti tambahan yang memberikan pengalaman baru...

Walaupun sedikit kecewa kerana tak dapat kayuh menghabiskan trek baru ni... Tapi masa masih ada untuk saya datang kembali ke sini... Lebih2 lagi tempat ni adalah kampung saya sendiri... Nampaknya selepas ni setiap kali balik kampong... Memang sah kena bawak basikal la... kihkihkihkih...

Apa2 pun... Ucapan selamat berpuasa untuk semua umat Islam terutama rakan2 TM Bikers dan Rakan Sekutu juga semua yang melayari blog ini...

Sekalung terima kasih dari saya secara peribadi kerana anda semua sudi memberikan sokongan dengan melayari blog ini...

Have a nice day and keep on riding guys...

-ARTIKEL ASAL NUKILAN SAUDARA A.O-
Related Posts with Thumbnails