:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 13 Oktober 2009

Ini baru Bukit Lumut! (27 September 2009): Satu lagi siri BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA

AMARAN: Siri “BerapaPunyeLamaBaruNakUpdateDaa” merupakan himpunan cerita-cerita kayuhan basi sekumpulan rider belasahan sekitar tanjong malim. Seiring dengan kudrat kayuhan yang sepantas kura-kura, proses kemaskini juga berjalan lebih perlahan. Kelewatan tak hengat mengupdate banyak berpunca daripada kesibukan penulis dengan kerja-kerja dunia. Sekiranya anda tidak gemar mengungkit-ungkit atau kisah-kisah sejarah zaman hang tuah, BERHENTI MEMBACA SEKARANG! TMBikers tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan emosi dan kebosanan melampau akibat membaca kisah yang tak seberapa ni.

Ahad, 27 September 2009. Assalamualaikum & selamat hari raya semua.. kahkahkah!! Dah nak abis raya baru nak wish. Setelah lebih sebulan tak kayuh disebabkan ramadhan akhirnya kayuhan mingguan TMbikers bersambung balik. Pagi ni cuma 4 orang (macam la biasa ramai sangat, huhu!!) aje yang free iaitu Pojie, Izani, Ijoi & tukangkebun. Sampai aje kat tempat berkumpul di tasik proton city barulah decide nak ke mana. Izani pelawa kayuh bukit lumut. Dengor aje bukit lumut terus berbunga hati tukangkebun, maklumlah kayuhan mencari bukit lumut yang terdahulu gagal disebabkan AO tiba2 diserang sindrom ingatan berlumut! huhu!! Jangan marah ye yob! bukan deme yang terlupe, ate jalan tu aje yang tak ingat ke deme! muahaha!!

Baiklah kita lupakan yang keruh, amik yang berlumut. Pukul 9.30am kayuhan pun bermula. Rupa-rupanya, laluan melalui nursery yang dilalui bersama AO dulu adalah betul cuma lepas sampai kat puncak nursery kami aje yang silap korner kiri, patut terus aje! Lepas tu jumpa la anak sungai dan lepas tu amik kiri dan bermulalah pendakian di bukit lumut. Menurut Izani, bukit ni dipanggil bukit lumut sebab ia memang berlumut (apala, kahkah!). Zaman dulu2 katanya pernah ada rider2 yang fit dari KL pun payah naik bukit ni pasal tayo berpusing setempat aje bila kayuh. Licin tak hengat! Syukurlah kini lumut sudah semakin kurang akibat golekan tayar 4WD & scrambler. Tukangkebun yang baru 1st time sampai sini pun apalagi dengan pantas mengayuh naik bukit lumut. Sampai aje kat tengah, hambik kau! sekali macam nak pitam daa.. Maklumla dah lama tak kayuh. Kalau duduk tak apa, tapi bila bangun aje macam rasa nak pusing . Nasib baik pojie sudi angkat beskal kebun naik sampai atas sikit. Time kasih pojie, budi baik & kefitan hang amatlah dikagumi. Lama jugak stay kat bukit tu sementara menunggu rider sayur ni recover balik. huhuhu!!

Lepas sihat aje, kami mendaki lagi sampaila ke puncak bukit lumut iaitu kawasan kebun getah. Dan lepas tu apalagi tuan2 & puan2, downhill gaban la! DH sini memang ngetop gitu, tukangkebun yang walaupun hampir pitam sebelumnya terus lupa diri melayan DH sambil follow Izani. DH ni berakhir di simpang dekat tokong cina, kiri ke campsite, kanan keluar. Kami tak ke campsite tapi terus balik ikut laluan keluar melalui ladang kambing, lubuk keling dan keluar ke Taman Bernam. Sampai taman bernam lepak kejap kat mamak mengisi perut & membasah tekak. Lepas makan, perjalanan balik ke proton city diteruskan. Ni yang azab ni, dahla kenyang, lalu tarmac, naik bukit pulak tu. Sekali lagi musibah melanda rider sayur, kaki pulak krem time panjat bukit kat kubur cina Malim Prima. Terpaksa la kayuh slow2. Kami seterusnya menceroboh dengan berhemah ikut pintu belakang kawasan UPSI proton city yang sedang dalam pembinaan dan keluar kat pintu depan. Dalam pukul 1.30pm kayuhan pun tamat la. Jarak dalam 21km jadilah.

Kesimpulannya DH bukit lumut ni memang layan & berbaloi2 walaupun boleh pitam nak naiknya! Sayang tak banyak gambo yang ditangkap sebab kamera rasmi abis bateri! huhu!!

Group photo dulu.. nak hanto surat khabar ni
di puncak nursery, bukit lumut straight lepas ni, jangan belok kiri
masih kat tempat sama, angle aje lain. nursery kat belakang tu
punyela sayang kat bini, ijoi taknak kasi basah kasut besday dia!

Siri-siri lain BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA (peringatan: ambik ubat tahan muntah sebelum baca! :P)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails