:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 1 Oktober 2009

BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA: Mana Bukit Lumut? (28 Jun 2009)

AMARAN: Siri “BerapaPunyeLamaBaruNakUpdateDaa” merupakan himpunan cerita-cerita kayuhan basi sekumpulan rider belasahan sekitar tanjong malim. Seiring dengan kudrat kayuhan yang sepantas kura-kura, proses kemaskini juga berjalan lebih perlahan. Kelewatan tak hengat mengupdate banyak berpunca daripada kesibukan penulis dengan kerja-kerja dunia. Sekiranya anda tidak gemar mengungkit-ungkit atau kisah-kisah sejarah zaman hang tuah, BERHENTI MEMBACA SEKARANG! TMBikers tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan emosi dan kebosanan melampau akibat membaca kisah yang tak seberapa ni.

Ahad, 28 Jun 2009. SMS dihantar kepada semua ahli, tapi semuanya sibuk kecuali.. Memanda Panglima Gopeng AO. Walaupun hanya berdua-duaan, takde masalah besar buat tukangkebun kerana yang paling penting ialah kayuh. 8.20am, tukangkebun pergi menjemput AO kerana bicycle rack cap ikan tamban kesayangannya bermasalah. Tepat pukul 9.00am, kedua-dua kami dah siap menurunkan 2 ekor kuda ekor keras dan kuda ekor lembut dari rack cap ikan sepat tukangkebun.

Lokasi kayuhan kali ni, BUKIT LUMUT. Trailhead bermula di Proton City. Tukangkebun tak pernah lagi kayuh ke sini, tapi AO dah biasa. Kayuhan awal melalui sekolah rendah Proton City yang sedang dibina, tangki air dan seterusnya memasuki offroad yang menurun terus ke sebatang anak sungai. Masing-masing dengan selamba terus berkayuh dengan gagah melintas sungai sedalam buku lali tu. Lepas sungai mendaki la sikit pulak sebelum memasuki kawasan nursery. Banyak betul pokok kat sini, jenis apa tukangkebun tak tau la.. tapi yang kompom bukan pokok bunga.

Kami bergerak terus sehinggala sampai di penghujung laluan. Alamak! Kenapa? Kenapa?! AO terperanjat kerana laluan yang pernah dilaluinya kini penuh dengan semak-penyamun. Memang takde jalan dah nampaknya. Gajah pun kalau sampai situ terpaksa buat u-turn. Hampir menitik air mata teruna AO melihat segala penat lelahnya berkayuh dimusnahkan dek semak-penyamun tu.

Akhirnya keputusan dibuat untuk berpatah balik dan mencuba laluan lain sekitar nursery tu. Laluan kali ni lebih banyak mendaki. Kami mendaki ke puncak nursery sebelum bertemu satu simpang. Berasaskan ilmu cari arah yang kami takde, kuda keras & lembut bergerak pantas ke kiri. Laluan ni best pasal downhill aje. AO yang tak reti nak berenti kayuh bila dh mendahului di depan. Akhirnya kami sampai balik kat anak sungai tadi. La.. takkan dah abis kut, ketiak pun tak puas berpeluh. Kami pun patah balik uphill ikut dh tadi sebelum belok ke kiri kat satu simpang. Laluan ni agak sempit sebelum kami tiba di kawasan nursery yang lain pulak. Luas rupanya nursery ni. Semput tukangkebun naik bukit kat sini. Akhirnya kami pun berehat kat sebatang anak sungai berhampiran.

Tengah syok berehat tiba-tiba datang sekumpulan 6-7 ekor anjing menyalak-nyalak kat kami. Cepat-cepat tukangkebun capai batu. Tukangkebun sebenarnya bukanla takut sangat kat anjing tu, cuma anjing tu aje yang tak takut kat tukangkebun! Huhu! Tapi yang peliknya AO rilek aje, gile kental mamat ni. Rupa-rupanya dia dah nampak tuan anjing kat belakang. Tanya-tanya kat tuan dia rupanya anjing-anjing ni guna untuk buru babi hutan. Patut la sihat-sihat anjing tu. Kalau sensorang taknak la tukangkebun kayuh kat situ, ngeri tengok anjing-anjing garang tu. Tak cukup tanah nak kayuh kalau kena hambat tu!

Selepas beberapa pam asap TAKNAK! dilepaskan AO, kami pun kayuh balik ke kereta. Kesimpulannya, walaupun kami gagal ke destinasi asal iaitu Bukit Lumut, namun kayuhan sekitar nursery di Proton City ni pun ok jugak. Doggies aje tak berapa nak ok. Distance pendek aje tapi kalau buat dua tiga round boleh jadi panjang la. Kami puas sebab lebih baik berpeluh daripada langsung tak kayuh. Jumpa lagi!


AO mengepam angin kuda ekor lembutnya
suasana permai tarmac menghala trailhead
merentas sungai yang "dalam"
tak kena cara boleh hanyut dibawa arus ni! huhu...
kami belok kanan & keluar turun dh ikut kiri
"Apasal semak pulak ni? Dulu highway!", bentak AO teresak-esak
uphill entah ke mana.. bukit lumut... kat mana ko?
tersenyum manja walaupun lost
senyum jugak.. huhu..
suasana trail yg kami patah balik
AO merenung tajam anjing2 yang berlalu..
sungai kedua tempat kami melepak sebelum disergah doggies
on the way balik.. gambo doggies tadi taknak amik

Siri-siri lain BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA (peringatan: ambik ubat tahan muntah sebelum baca! :P)

1 ulasan:

AO berkata...

canteklah encik tukangkebun....
terima kasih kerana berjaya memecah kebuntuan dan kesibukan hal2 duniawi.... akhirnya berupdate juga blog yang dicintai ini.... sempoi2... timekasih memanyak....

Related Posts with Thumbnails