Disertai oleh 5 orang biasa yang sanggup berhabisan duit, tenaga dan masa demi memuaskan hati sendiri meratah kesunyian hutan rimba demi melunaskan hasrat untuk beriadah dan mengeratkan ukhwah sesama manusia dan belajar menghargai dan menikmati keindahan dan kenaifan alam....
Adapun 5 bersaudara itu ialah Izani, Pojie, Fisol, Abat dan Tukang Masak Di-Raja sdr AO. Sungguhpun gerombolan 5 bersaudara ini agak terkilan kerana kekurangan seorang lagi iaitu Tukangkebun, namun jauh disudut hati kami berbangga kerana memanda tukangkebun pergi manyahut panggilan nite ride di Melaka... Kejayaan jua yang kami doakan dan kami menunggu berita dari memanda....
Kayuhan bermula dari Kota Malim Prima(Rumah Dr Izani) menuju Bukit Lumut, Ladang MCA, Selekoh Tok Pekong menuju ke pit stop pertama di Camp site 1, river crossing 1 & 2, Single trail menuju ke pit stop 2 AO Paintball Park untuk bertempur mesra sesama rakan... Setelah bertempur bagai nak gila, kayuhan diteruskan menyusuri tarmac pulang ke starting point umah Dr Izani...
Secara keseluruhan, seluruh aktiviti ini bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 6.30 ptg....
Deyyyy... cerita banyak pon tak guna la... layan gambor lagi baik... Tapi bila sebut pasal gambor... mula la nak sakit hati sebab camera yang dibawa AO tetiba meragam lak... Sudahnya... Belajarlah berterima kasih kepada kebesaran Ilahi kerana menganugerahkan kemajuan teknologi apabila handphone pon sekarang dah canggih2 yang disediakan dengan camera... Walaupun kualiti gambarnya taklah sehebat DSLR namun cukup untuk merakam detik2 bersejarah...
Berikut serba sedikit imej2 yang sempat dirakan untuk tatapan semua....





Jejaka Monochrome tersohor di Malaya... AO the Chef...




















Demikianlah al-kisahnya sesi kayuhan girang pada minggu ini...
Secara peribadi... kayuhan kali ini sungguh bermakna dan telah memberikan banyak pengetahuan dan kesedaran tentang betapa naifnya alam... Tentang betapa rakusnya manusia...
Mendidik manusia tentang betapa naifnya alam... yang tak pandai mengacum, mengata, melaga-lagakan sesama, mengadu domba untung dan rugi.... Sedangkan manusia sentiasa membuat tahana....
Renung2kan lah wahai sahabatku....
By the way... Semoga semua beroleh sejahtera... sekalung terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi kayuhan kali ini...
Keep on riding guys and have a nice day !
3 ulasan:
best3X!! 6.30pm baru abis? muahaha!! ini baru betul girang gumbira.. ruginya aku tak ikut..
ps: lain kali tambah ikan siakap la pulak.. amacam?
perrrghh mmg best Min,.. tambah2 chef monochrome kita sudah turun sekali... lega aihhh.. hehehe..
singgah plak layan paintball,.. lagi tambah2 girang...
Yamin... nanti kita set lagi time kayuhan girang ni... minggu nie ramai yang tak de... so kita postpone lain minggu...
Pojie...
Lain kali kita bikin kerang rebus daaa....
Catat Ulasan