:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Ahad, 4 Oktober 2009

Disergah binatang buas!! (08 Ogos 2009): Satu lagi siri "seram" BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA

AMARAN: Siri “BerapaPunyeLamaBaruNakUpdateDaa” merupakan himpunan cerita-cerita kayuhan basi sekumpulan rider belasahan sekitar tanjong malim. Seiring dengan kudrat kayuhan yang sepantas kura-kura, proses kemaskini juga berjalan lebih perlahan. Kelewatan tak hengat mengupdate banyak berpunca daripada kesibukan penulis dengan kerja-kerja dunia. Sekiranya anda tidak gemar mengungkit-ungkit atau kisah-kisah sejarah zaman hang tuah, BERHENTI MEMBACA SEKARANG! TMBikers tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan emosi dan kebosanan melampau akibat membaca kisah yang tak seberapa ni.

Sabtu, o8 Ogos 2009. Assalammualaikum semua, kita layan lagi citer lama 2 minggu sebelum puasa dulu. Setelah dibakar, diasap dan dikemenyan-kemenyankan, geng2 lain yang tak pernah lagi merasa barbieland pun tak dapat nak menahan nafsu amarah untuk merasa trek ni. Bob yang dah lama sambar Merida One Five O semakin hangit apabila kawan2 yang nakal mengusik "takkan la beskal mahal2 buat main keliling umah aje..". Dengan pantas ride dianjurkan petang tu jugak! Tepat 6.10pm, skuad belasahan tmbikers iaitu ijoi, bob & lan diketuai oleh tukangkebun yang kekadang ingat kekadang lupa jalan pun mula menuju barbieland.

Permulaan mendaki berjalan lancar sebab semua berjalan sungguh. huhu!! Sampai aje starting nak DH apalagi dengan pantas menurun. Sayangnya bob yang berada kat belakang sekali secara tak sengaja telah tergolek manja kat sini. Lan yang walaupun dah sampai depan, kerna semangat setiakawan & kasih sayangnya yang tinggi dengan pantas berpatah-balik untuk menyelamatkan beskal bob. diulangi, BESKAL bob!! "tak guna lan, sampai2 tanya beskal hang ok ka bob?, bukan tanya aku ok ke idak!", keluh bob.

Selepas itu sesi DH diteruskan lagi, kali ni lebih berhati2 susulan eksiden tadi. Tukangkebun yang mendahului tak henti2 menjerit "lubang2! longkang2! ikut tengah2!" supaya semua dapat DH dengan selamat. Sampai kat satu korner, tukangkebun berenti untuk amik gambo membe2 tengah DH. Tak semena-mena, lan yang sampai dulu gedebuk jatuh depan tukangkebun. Mengucap panjang tengok dia jatuh, nasib baik dia pandai landing kalau tak buleh cedera parah tu. Agaknya kami start dah nak maghrib kot, tu yang asik eksiden aje. Lepas lan jatuh aje cepat2 kami kayuh, hari pun dah semakin gelap, dah pukul 7.15pm tu. Kali ni sume DH rapat2 pasal gelap dan sorang pun tak bawak lampu! Maklumlah tak sape pun plan ride ni boleh terlajak masuk maghrib. Mencabar betul DH dalam gelap ni, banyak tawakkal aje.

Sebelum keluar trail ada satu lagi bukit kecik kena daki. Kami pun menolak la. Tetiba sampai aje kat atas, "ROOAARRGGHH!!". Terperanjat semua, lan dah siap nak pecut dah pasal dia depan sekali. Nasib baik bob menjerit "jangan lari woi!". Tersenyap kejap kami, dalam gelap maghrib, kat kawasan sawit, disergah ntah apakebendanya pun tak tau. Mata masing2 terpaku kat satu semak bersebelahan kami, punca sergahan tu. Dengan keadaan cuak & penuh berhati2 kami teruskan kayuhan keluar dari situ. Kira2 hampir 8.00pm, kami pun dah selamat berada kat jalan tarmac balik menuju keta. Time tu lah baru berani bersuara.

-Lan: "Menatang apa tadi tu ah?"
-Tukangkebun: "barbie le tu, apalagi"
-Ijoi: "Bukan la, barbie bunyi lain! Tu rimau bintang tu!"
-Bob: "Betul la, rimau punye bunyi tu!"
-Tukangkebun: "Memang kalau lalu siang buleh nampak tapak dia.."

Tak kisahla barbie ke atau rimau yang sergah kami tu (majoriti kata rimau!), yang pentingnya kami sume selamat. Moralnye, jangan masuk hutan kalau dah pukul 6 ke atas. Dan bawak lampu takut kalu2 terlajak sampai malam.

aksi lan berlatarbelakangkan barbieland tukangkebun mengetest merida one five o
eh! kasut sape ni? macam baru beli kat german aje!
oh.. kasut ijoi rupenya. hadiah besday dari isteri lagi you!
bob mengepam fork ijoi, lan pulak buat2 sibuk!
amik gambo dulu. dari kiri: lan, ijoi & bob tambah sorang lagi geng skuad belasahan: tukangkebun menuju trail head

bapak budak zaman sekarang, tak merempit tak sah!

gaya seorang raja pecut
issh budak lan ni, dah la slow lagi nak eksen depan aku!, kata ijoi
jom cepat, sape lambat kami tinggal
di celah2 semak muncul pulak penolak beskal
regroup lepas eksiden pertama
retak meter mata kucing bob, nasib baik beskal tak apa2
lan tengah tak stabil mencari tempat selamat untuk landing lepas jatuh
sewel sekejap, masih tak percaya boleh termasuk longkang belah kanan
bob & ijoi bergerak pantas melewati kawasan eksiden
layan DH cepat dah masuk malam ni!
antara babak suspen yang sempat dirakam sebelum disergah

1 ulasan:

John berkata...

Very unique blog.
Fantastic story and pictures.
Wow...

Please visit:
http://moneytoon.blogspot.com

Keep blogging.

Have a great time.

Related Posts with Thumbnails