:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 13 Oktober 2009

Jalan lain ke Bukit Togel (16 Ogos 2009): Satu lagi siri BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA

AMARAN: Siri “BerapaPunyeLamaBaruNakUpdateDaa” merupakan himpunan cerita-cerita kayuhan basi sekumpulan rider belasahan sekitar tanjong malim. Seiring dengan kudrat kayuhan yang sepantas kura-kura, proses kemaskini juga berjalan lebih perlahan. Kelewatan tak hengat mengupdate banyak berpunca daripada kesibukan penulis dengan kerja-kerja dunia. Sekiranya anda tidak gemar mengungkit-ungkit atau kisah-kisah sejarah zaman hang tuah, BERHENTI MEMBACA SEKARANG! TMBikers tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan emosi dan kebosanan melampau akibat membaca kisah yang tak seberapa ni.

Ahad, 16 Ogos 2009. Assalammualaikum semua, begini ceritanya. Petang tu cuma ada kami bertiga aje jiran setaman yang free iaitu ijoi, lan & tukangkebun. Disebabkan itu, maka kami decide nak kenalkan lan dengan Bukit Togel. Kami berdua dah pernah naik dah bukit ni dulu. Dah terlanjur nak ke situ, tukangkebun pun cadangkan la recce laluan baru pulak. Laluan ni sebenarnya tukangkebun pernah lalu 1/4 sensorang dulu. Nak lalu lagi sorang2 tak berapa berani. Dah terlanjur ada geng ni maka bergerak la kami bersama mencari jalan baru.

Pukul 5.30pm kami mula kayuh dari Ketoyong Damai-Kg Lubuk Salak-naik jambatan keretapi (berhampiran taman wangsa)-Kg Lambak-Bukit Togel-Kg Hasan-balik. Ride hari ni santai aje, setakat nak kasi keluar peluh aje. Kira kayuh penutup la sebelum ramadhan. Alhamdulillah, laluan baru yang menyusur kaki Bukit Togel tu berjaya ditemui. Ok jugak laluan ni walaupun pendek. Kayuhan tamat 7.00pm, distance 12km. Kepulangan kami disambut gembira isteri masing2 dengan ucapan "hai bang, awal balik hari ni.. tak kene sergah lagi ke?" huhu!!

ijoi tak pakai helmet & glove (tertinggal dalam keta bob)
singletrack sekangkang lan di kg lambak
@jambatan kg lambak. kami nak try masuk ikut belakang kaki bukit tu la..
pose manja sikit untuk tatapan mak di kampung
permulaan mendaki, bukan tak kuat, tapi memang takleh kayuh..
nak amik gambo eksen kayuh macam ni pun payah.. ooppss!
lan: "ada jalan ke tak woi?! kalau takdak aku taknak naik!"
tukangkebun: "naik la dulu, tak naik mana tau ada ke tak!"
berlatarbelakangkan pekan metropolitan tg malim
ada jugak DH sikit
lan selamat turun
ijoi pun selamat
wah, DH lagi ini sudah bagus tapi mana kepala aku?
suka betul dapat turun bukit
raja pecut yang tak suka memecut
pakar tergolek tanpa impak
bermesra di kaki bukit togel
belakang tu yang tukangkebun & ijoi naik dulu
trail kg lambak pendek tapi best
lepak kejap tunggu keretapi lalu
model kasut shimano.. huhu!!

Siri-siri lain BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA (peringatan: ambik ubat tahan muntah sebelum baca! :P)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails