:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 28 Oktober 2009

ECC Malacca Burung Hantu Ride 2009 (24 Oktober 2009)

Sabtu, 24 Oktober 2009. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha yang tak kenal erti malu akhirnya sekali lagi tukangkebun berjaya mencelahkan diri yang sayur di kalangan MTBers semalaysia untuk mencuba buat pertama kalinya Jambori Malam anjuran ECC Malacca. Ini bukan saja jambori malam yang pertama seumpamanya, tetapi jugak offroad malam yang pertama buat tukangkebun. Tak pernah lagi kayuh offroad malam, kira macam "malam pertama" la gitu.. Tak tentu arah dibuatnya.. huhu!! Berikut disampaikan berita:

::LALUAN::

>CP1 (13.33km)
Lebih kurang 8.30pm lepas layan tarian siam, peserta pun dilepaskan dari Dataran Ayer Keroh menuju jalanraya. Tukangkebun dengan kacaknya berjaya menyelit dalam kelompok 20 di hadapan bersama XC Rider, Lontruth, RedFlag dll. (giler hebat! hehe!)... tapi nikmat dunia tu hanya sementara, sebaik aje mula mendaki sekitar Taman Buaya, tu dia.. tak habis2 tukangkebun kene potong. Habis jatuh kemaluanku, maklumlah asik kena potong aje.. kalau masa naik bukit aje takpala, ni sampai ke starting offroad tuh! Nampak sangat sayur!

Lepas lebih kurang 5-6km road, akhirnya mula masuk offroad. Agak sesak sikit kat sini pasal kena lintas longkang dan terus turun bukit masuk terowong. Bila mula offroad aje barulah cabaran sebenar bermula. Masa nilah baru tau lampu terang ke tidak, hi beam ke low beam, sayur ke tak sayur, huhu... Tanah pulak berpasir, kering dan berdebu. Trail memang turun naik, yang naik tu tak kisah sangat tapi bila DH, memang seram la sikit. Ramai yang slow dan beratur sebelum DH, DH pun brek aje memanjang.. giler bahaya DH memalam nih. Akhirnya lebih kurang 9.15pm tukangkebun pun sampai kat CP1. Lepas minum, refill & amik gambo perjalanan diteruskan ke CP2.

>CP2 (22+-km) yang paling STIM
Selepas berkayuh offroad beberapa ketika, laluan berubah ke tarmac pulak menuju UTEM. Tukangkebun berenti sekejap kat traffic light untuk tukar bateri. Dalam pada tukar bateri tu pun, habis sekampung memintas, huhu. Habis aje tarmac mula masuk offroad balik sampai lah SINGLE TRACK. Mula2 nya takde apa2 yang istimewa kat laluan single track ni, tapi lama-kelamaan kenikmatannya mula meningkat tanpa disedari. Gabungan laluan yang sempit tapi panjang dan beralun benar2 menghangatkan malam itu. Keluh-kesah riders yang mula tak tahan dan kesedapan jelas kedengaran dalam gelap belantara, antaranya: "uhh.. sedapnya", "bestnya, tak pernah jumpa panjang macam ni", "please, jangan berenti!!", "nak lagi! nak lagiii!!". Nyata, ramai riders yang ditemubual mengakui single track ni adalah sangat best. Klimaks kepada single track tu ialah CP2. Pergghh, pandai betul ECC buat trail! Tukangkebun sampai sini dalam pukul 10.15pm.

>CP3 (27+-km)
Laluan ke CP3 jugak turun naik tapi trailnya besar. Satu2nya cabaran dekat sini ialah nak melintas kolam/ lopak air besar. Hikmat meringankan badan terpaksa digunakan bagi mengelak kasut termasuk selut. Namun gagal :P. Kat sinilah khabarnya XC Rider (abis no. 28 tuh) telah terjelopok bermandi lumpur kerana terlalu laju sebaik turun bukit. Sebab tulah tukangkebun sengaja (hehe) kayuh perlahan. Tapi dalam perlahan2 tu tukangkebun terhentak kuat jugak bila termasuk dalam satu longkang yang merentas jalan. Terberenti la jugak beskal, cuma tak jatuh aje. Dah nampak dah longkang tu, tapi tak sangka pulak dalam. Sakit betul pergelangan tangan kanan. Sampai CP3 dalam pukul 10.45pm.

>CP4 (31.55km)
Dari CP3, lepas spray salonpas kat tangan dan pinggang (lenguh la pulak, kesan "nite ride" sebelum ni agaknya, huhu!) kayuhan diteruskan lagi ke CP4 pulak. Tak berani nak berenti lama pasalnya ada cut-off time pukul 11.30pm kalau tak silap. Cuma tak boleh tahan sakit tangan kanan tadi. Menyumpah bila jumpa DH atau permukaan tak rata. Lebih kurang 11.10pm sampai pun kat CP4.

>CP5 (37+-km)
Lepas aje CP4, makin semangat kayuh pasal tinggal 1 CP aje lagi. Tapi lampu LED yang menjadi penunjuk arah kat sini agak berkurangan. Ada satu ketika, sorang amoi penang (pernah nampak di Nibong Tebal) yang kebetulan terberdua-duaan di dalam gelap dengan tukangkebun, turut bertanya betul ke jalan yang kami lalu ni. Dengan penuh tanggungjawab tukangkebun menjawab, "yeah, dun worry, we're on the right track". Jelas terpancar kelegaan daripada amoi tu setelah mendengar kata-kata daripada seorang rider yang suka membantu kaum wanita, berani dan beriman.

Tukangkebun turut terserempak dengan Lontruth, Comelfz & WanBlitz yang berenti untuk membantu Comelfz yang kekejangan. Baguih depa, tak tinggalkan kawan2. Ride malam ni kalau berenti sorang2 ni pun meremang jugakla kadang2. Lebih kurang 11.40pm akhirnya sampai jugak kat CP5.

>Garisan Penamat (46.98km)
CP5 adalah road, so ingatkan kayuh road lah jugak sampai abis, sekali offroad balik daa. Sempat follow Lontruth dengan WanBlitz kejap kat sini. Tapi bila masuk offroad aje, tu dia macam pelesit diorang kayuh. Sampai satu DH tu, tukangkebun nyaris nak jatuh. Maklumlah tangan kanan dah sakit, nak tekan brek tak kuat, so tawakkal aje la DH. Sekali menyenget lah kuda gua ke tepi macam "peng" motor gitu. Alhamdulillah, tak jatuh. Tapi memang saspen giler la. Pengakhir offroad ni adalah di pintu masuk UTEM. Lepas tu road lah balik sampai ke penamat. Sampai finishing line pukul 12.30am (25 Oct 2009). Perghh.. dua hari (sabtu-ahad) tu kayuh beskal! Gile hebat!

::PENGHARGAAN::
  • Tahniah buat ECC Malacca atas penganjuran jambori malam yang dikira sangat baik dari segi trail, goodies (memang meriah), tshirt, marshall, petugas2 CP, tanda arah, Persatuan Bulan Sabit Merah, RELA, mineral water, pisang, finishing line lucky draw dan lain2. I hope you guys can reconsider the decision of not to organize nite jamboree next year. Burung Hantu Ride and SINGLE TRACK really hot!
  • Geng2 MTB yang best2 & sangat friendly macam XC rider (memang dah kenal), Lontruth, WanBlitz, Comelfz, Abg Ai & geng2 RedFlag, NXT, Cycle Batu Pahat, amoi penang dan sesiapa jugak yang sudi bertegur sapa dan berbual mesra walaupun baru kenal. Kalau nak kayuh kat Tg Malim contact aje tukangkebun ya.
  • Geng TMBikers, Albob yang bersusah-payah menyervis & mengadjust beskal kebun agar menjadi selaju roadbike. Time kasih banyak bob.
  • Sorang lagi geng TMBikers, Pojie yang sudi menaja kasut beskalnya untuk tukangkebun. Betul2 pagi sabtu 24 Okt tu boleh kasut power yang selama ni setia bersama dilarikan perampok. Kasut power pun nak curik! mangkuk betul la! Nasib baik ada hang jie..
  • My lovely puan kebun yang setia bersama hubby sayurnya ke mana2 jua. Bersusah payah datang dengan anak2 waktu flag off walaupun tak nampak abah kat mana.

3.30pm: sampai pun kat Dataran Ayer Keroh
meja pendaftaran & goodies
tu dia.. bapak kepada segala goodies! powerbars, booster blitz, aneka biskut julies & kerepek, kopi aik cheong pun ada!
plate no. dah gantung, pistol pun dah siap kiri kanan.. peng! peng!
blinker bontot pun ada tau, jangan sondol aaa...
beskal kebun berlatar-belakangkan chalet D'Village (dekat dengan dataran)
6.20pm: tokey lampu bling2 tak menang tangan melayan pelanggan
Dekat starting line dari kanan: baju itam, Abg Ai, WanBlitz, Lontruth, tukangkebun & XC Rider
baru lepas check in dapat gelang terang (bagus ECC, precaution takut masuk kurang keluar lebih)
7.46pm: dekat garis mula, kanan sekali Lontruth yang dah book tempat dari pukul 6 lagi!
pose istimewa tukangkebun.. (woi aku yang sebelah kanan la! tengok kiri kenapa?)
Lontruth & XC Rider, bersalam sebelum berjuang
tukangkebun & naza (geng uitm segamat riders)
XC rider & tukangkebun. si laju & si sayur
riders lain sekitar dataran sebelum berlepas
CP1: pisang2! air2!
CP1: yang dah kenyang boleh mula gerak
Cp1-CP2: Tukar bateri kat simpang tarmac sini
CP2: ada lampu raya sebelum sampai sini.. memang meriah!
CP2-CP3: beratur nak lintas lopak air besar
semua saspen.. "macam mana nak lintas hah?"
CP3: apsal ada bulat2 pulak ni
CP3: pisang pun ada lagi
CP4: pemenang kategori CP paling terang
CP4: snap sekeping dulu gambo rider macho.. huhu!
CP5: Sampai jugak kat sini (gambar dicurik dari Lontruth)
CP5-Finish: amik napas kejap kat UTEM
12.30am: selamat sampai akhirnya.. "ntahla yang, abg nak pakai sendiri tapi dia yang tak bagi!" "come biar i pakaikan, kesian u dah penat kayuh.."
muka frust pasal bukan awek tapi bro sabit yang merawat tukangkebun.. huhu!
XC rider dah siap mandi pakai bedak dah time amik gambo ni
walaupun tak dapat nombor, dapat medal pun jadila..
dapat seluar ketat cabut no kat finishing line. tak sempat nak test lagi, mesti sexy you!



3 ulasan:

Unknown berkata...

nice ride and nice pic..i will link ur blog to my ECC story blh?? hehehe dah buat dah pon

tukangkebun berkata...

tq heero, u r most welcome. jemput la datang melawat lagi.

AO berkata...

sekalung tahniah dari warga TMBikers kepada memanda tukangkebun... Kami tumpang berbangga bro... cayalah....

Related Posts with Thumbnails