:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Solo Ride. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solo Ride. Papar semua catatan

Rabu, 23 Disember 2009

Kayuh petang trek baru (12 Disember 2009)

Sabtu, 12 Disember 2009. Assalammualaikum semua... hehe! ni citer lama sebenornya, update aje baru.. huhu! Petang sabtu minggu sudah2 sorang pun TMBikers tak free. Akhirnya berkayuhlah tukangkebun sorang2. Mula-mula ingat nak panjat Bukit Togel, tapi memandangkan napas yang pendek maka bertukarlah pulak ke Behrang. Tengah berkayuh tanpa arah tetiba rasa nak masuk kat trek sawit Behrang ni. Ok jugak trek ni, sesuai untuk mereka yang bernapas pendek, hensem dan kesepian tapi mahukan kayuhan offroad. Mula 5.30pm sampai 6.30pm. Trail pendek dalam 11km aje. Layan la ye apa yang ada kat bawah ni.


Posing dulu di samping tukangkebun jrs

Dakian manja yang pertama

Buleh nampak billboard "Resort World 9 km to Tg Malim" dari arah utara highway

Masuk terowong bawah PLUS highway

Tasik kg kelawar nun kat bawah

DH ok la jugak nih

Antara beskal dengan bangunan Behrang Property tu ialah highway

Ni yang tukangkebun suka, tak payah kayuh!

Trail head

Uhh.. syahdunya...

Rabu, 25 November 2009

Kayuh petang (22 November 2009)

Ahad, 22 November 2009. Assalammualaikum semua. Lama sungguh tak kayuh. Takde ape nak dicerita. Cuma sempat kayuh road aje petang tu dalam gerimis. Laluan Ketoyong~Behrang Station~Proton City~Simpang 4 (Yik Mun)~Ketoyong. Mula 5.30-7.00pm, 26km. Jadila, buat2 sengal bontot...

dari behrang station ke proton city
berenti akibat sengal

Khamis, 22 Oktober 2009

Test lampu burung hantu (21 Oktober 2009)

Rabu, 21 Oktober 2009. Huhu!! Sempena nite jamboree yang bakal menjelma sabtu ni, malam tadi kelibat rider sayur dikesan berkayuh berseorangan atas jalanraya tanjong malim & proton city sekitar 9.10-10.30pm. Tujuan sebenar kayuhan adalah untuk menguji samada lampu beskal yang baru dibeli dari Kelolo Trading seterang lampu kereta atau tidak. Kayuhan solo ini juga turut memberi peluang kepada tukangkebun untuk melatih mental supaya tak menggigil ketakutan andainya ditinggalkan dalam hutan dimalam hari kelak... huhu.. janganlah woi, tak baik tau! Alhamdulillah nampaknya lampu beskal & baterinya dah cukup bersedia.. Tahap keberanian pun tinggi (selagi tak nampak hantu!) Tukangkebun aje yang tak cukup nafas! Jarak kayuhan pulak dalam 23km. Syukur tiada apa2 yang mengekor balik ke rumah.

sunyi aje proton city waktu malam
lampu depan: ok
lampu belakang: ok


*Laporan penuh ECC Malacca Burung Hantu Ride

Jumaat, 8 Mei 2009

Bukit Togel Recce Martin Ride

Assalammualaikum semua... Apa khabar? Dah makan? Kihkihkih!!

Semalam 07 Mei 2009, sejak pagi aku tak senang duduk. Menggigil-gigil kaki ni, maklumlah dah 2 minggu lebih tak kayuh. Akhirnya petang tu dengan pantas aku punch out dan memandu selaju gaban balik ke rumah. 5.30pm, aku dah siap. Lokasi kali ni ialah Bukit Togel. Ride sesorang membawa diri... muahaha!!

Bukit Togel? Kat mana tu? Sebenornye nama betul bukit ni aku pun tak tau. Cuma pasal bukit ni dah togel sebab diorang baru tanam getah... so aku panggil la Bukit Togel. Jika ada yang tau nama sebenarnya bolehla beritahu ye. Kalau tuan2 dan puan2 ke pekan Tanjong Malim, bukit ni jelas kelihatan togelnya menjadi latar pekan tercinta. Dari jauh boleh nampak tracknya, tu yang tak boleh tahan tu... Di sebelah belakang bukit ada menara pemancar telco yang boleh diakses dari Changkat Asa. Sebenarnya ini ialah kali ke-3 aku recce track ni. First time ikut Kg Hasan (Ulu Bernam) sampai kaki bukit aje, tengah hujan pulak. Second time aku naik dari Kg Lambak pulak. Dok pusing2 kat atas sebelah tepi bukit berhampiran menara telco, banyak mendaki daripada berbasikal.

Alhamdulillah kali ni baru aku berjaya jumpa proper trail head untuk ke bukit ni. Aku kayuh dari Ketoyong Damai-Taman Wangsa (ikut jalan sebelah railway)-Kg Chabang Lima-Kg Lambak (lintas sungai)-kedai buah (border jambatan TM-Ulu Bernam)-Kg Hasan-Bukit Togel. Sungguhpun begitu, aku gagal ke puncak bukit pasal penat tak hengat. Hati mau pegi tapi nafas macam nak mati. Total distance: 14+km. Insyaallah lain kali aku cuba lagi bawak bersama geng bas sekolah yang lain. Jemputlah ye menjamu gambar2 yang ada.

Jambatan kg lambak. Masa 2nd recce aku naik bukit kat belakang tu
Hujung minggu ramai yang mancing kat sini
Bukit togel dari jauh
Lalu tepi sungai
Kaki bukit, kat sini dah semput dah
Kat tengah, mintak nyawa...
Pemandangan ke arah selangor
Pekan tg malim
Penat tahap gaban...
Sikit aje baru..
Kebun sayur
Laluan masuk baru jumpa, on the way back
Meet the locals
On the way balik
Jambatan sempadan pekan tg malim-ulu bernam

Selasa, 24 Mac 2009

Kayuh di Thale 19.03.2009

Khamis, 19.3.2009...

Setelah beberapa lama mengidam, akhirnya dapat juga berkayuh di pergunungan Thale. Sepanjang musim sejuk, trail MTB ditutup dan hanya dibuka untuk aktiviti ski dan lain-lain sukan salji, dan kini dah dibuka kembali untuk MTB. Perjalanan kira-kira sejam setengah dengan keretapi dan kami ke sana seramai 5 orang tetapi cuma aku sorang saja yang bawa basikal.. jadi selepas sekejap ronda-ronda dengan yang lain2,.. aku berpecah untuk berkayuh... layan solo la nampaknya...

Trail keseluruhannya adalah offroad. Perjalanan ke atas gunung adalah dengan menaiki kereta kabel. Sampai di puncak,.. aku mula berkayuh di trail XC,.. melalui kawasan balak, hutan, single trail hinggalah sampai ke permulaan downhill. Mulanya aku teragak-agak untuk mencuba DH memandangkan trailnya yang sangat curam dan mencabar (bg aku le..),.. tambahan pulak setting basikal aku tak sesuai untuk DH yang ekstrem mcm ni...

Bila lama2 dok perhati riders yang lain,.. mula rasa ingin cuba... dan kebetulan pulak ada yang bermurah hati bagi pinjam helmet fullface dan "protection pad"-tangan, kaki dsb... dan selepas diorang bagi penerangan serba sedikit pasal kondisi laluan,.. apalagi.. layannnn... lagipun, kebetulan hari ni hari kerja,.. jadi tak ramai sangat riders.. dan laluan pun tak sesak dengan orang yang perhati,.. kalau tidak,.. lg segan le...

Tapi aku hanya mampu buat hingga stage ke-2,.. tak berani nak terus lg... hehehe

Apa2pun memang puas hati dan kalau ada masa akan kayuh lagi di sini,... tapi mungkin hanya layan xc trail saja la kot...

kesimpulannya,.. DH bukan untuk aku!!..

beberapa gambar : trail dan pemandangan sekitar.. masa DH tak sempat bergambar..




kereta kabel




rider naik ke atas dengan basikal disangkut dibelakang




pemandangan dari dalam kereta kabel


stesen kereta kabel di puncak





kawasan balak



pandangan di lereng..


sungai di bawah..


nampak sayup ja resort kat bawah tu..



gaung yang pisahkan dua bukit..





trail XC


trail XC


trail XC


trail XC


trail XC



trail XC



trail XC




bandar Thale




Related Posts with Thumbnails