:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Ahad, 4 Oktober 2009

Welcome home POJIE & welcome back Izani (15 Julai 2009): satu lagi siri BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATELAA

AMARAN: Siri “BerapaPunyeLamaBaruNakUpdateDaa” merupakan himpunan cerita-cerita kayuhan basi sekumpulan rider belasahan sekitar tanjong malim. Seiring dengan kudrat kayuhan yang sepantas kura-kura, proses kemaskini juga berjalan lebih perlahan. Kelewatan tak hengat mengupdate banyak berpunca daripada kesibukan penulis dengan kerja-kerja dunia. Sekiranya anda tidak gemar mengungkit-ungkit atau kisah-kisah sejarah zaman hang tuah, BERHENTI MEMBACA SEKARANG! TMBikers tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan emosi dan kebosanan melampau akibat membaca kisah yang tak seberapa ni.

Rabu, 15 Julai 2009. Assalammualaikum semua. Sehari sebelum, panggilan diterima daripada AO memaklumkan pulangnye sireh ke gagang, dari Germany ke Behrang, tak lain tak bukan saudara Pojie kita. Setelah lebih 3 tahun ber “achtung2” di Jerman, Pojie nampaknya dah tak sabo-sabo nak berkayuh balik kat tanah air tercinta. Apa-apapun selamat pulang diucapkan buat Pojie sekeluarga.

Petang selasa tu jugak AO & Pojie kayuh sekitar Behrang 2020, tukangkebun tak dapat join pasal keje malam ari tu. So, sebagai ganti Rabu petang pulak tukangkebun set masa kayuh dengan Pojie. Lebih kurang 5.45pm (terlambat dari janji asal, maklumla kebun jauh kat shah alam, sorry bebanyak..), kedatangan tukangkebun di rumah Pojie disambut oleh seorang lagi otai TMBikers yang dah lama tak kayuh iaitu bro Izani! Wah… ini sudah bagus, meriah balik rides. Inilah 1st time tukangkebun jumpa kedua-dua otai ni.

Tepat 6.00pm, kayuhan pun bermula. Kami kayuh ikut jalan ke tangki air Behrang 2020 tapi tak naik tangki tu, sebaliknya ikut jalan offroad lain masuk ke ladang Behrang. Disebabkan masa yang suntuk kami cuma berkayuh sekitar 10km turun naik dalam ladang tu. Pojie, sesuai dengan beskal cannondale prophetnya, memang fit! Naik bukit selamba aje pakai gear rendah. Cara kayuh macam naik beskal letrik aje gayanya. Tak nampak susah langsung! Izani pulak, walaupun dah lama tak kayuh tapi jugak masih kuat. Beskal pun boleh tahan, jamis parker II. Syok dengar dia kongsi pengalaman berbeskalnya terutamanya solo ride merentasi banjaran titiwangsa melalui laluan mat kilau dulu. Giler berani. Tukangkebun pulak, macam biasa, kekal belasahan di mana jua.. huhu!!

Sebelum maghrib kami dah pun sampai balik kat rumah Pojie. Walaupun sekejap tapi cukuplah sebagai tanda meraikan Pojie yang dah balik Malaysia & Izani yang kembali berkayuh semula. Jangan serik kayuh dengan tukangkebun ye.. Bravo! Jumpa lagi...


left: Pojie, right: Izani. masing2 segan nak pandang kamera..
sekitar ladang behrang, trail bersih nak bawak keta pun boleh berehat melepaskan penat (tukangkebun aje), otai2 masih lagi malu... tu dia beskal prophet, mehei ni! buatan tangan lagi! tukangkebun pun nak amik gambo jugak.. sebelum berangkat balik

2 ulasan:

pojie berkata...

tima kasseyyyy tukangkebun yg hensemm... dah lama tertunggu2 gambag nih.. hehehe

p/s: yaa la tuu "fit",.. kalu tgk dr depan muka dah biru,.. lidah terjelir ke dagu dahhh.. kuikuikui

tukangkebun berkata...

sama2 en pojie. tak dan nak snap banyak2. hangpa laju sangat!

Related Posts with Thumbnails