:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 14 Oktober 2009

Kayuh ke Campsite la pulak (03 Oktober 2009): Siri "terakhir" (harapnya) BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA

AMARAN: Siri “BerapaPunyeLamaBaruNakUpdateDaa” merupakan himpunan cerita-cerita kayuhan basi sekumpulan rider belasahan sekitar tanjong malim. Seiring dengan kudrat kayuhan yang sepantas kura-kura, proses kemaskini juga berjalan lebih perlahan. Kelewatan tak hengat mengupdate banyak berpunca daripada kesibukan penulis dengan kerja-kerja dunia. Sekiranya anda tidak gemar mengungkit-ungkit atau kisah-kisah sejarah zaman hang tuah, BERHENTI MEMBACA SEKARANG! TMBikers tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan emosi dan kebosanan melampau akibat membaca kisah yang tak seberapa ni.

Sabtu, 03 Oktober 2009. Assalamualaikum semua dan bertemu lagi kita dalam siri akhir BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA harapnya. Disebabkan hari ahad ramai yang ada hal, so kami decide nak ride sabtu pagi ni. Tup.. tup.. hujan lebatlah pulak pagi ni. SMS punya SMS akhirnya semua setuju, hujan berenti je kita start kayuh!

11.30am kayuhan pun bermula dari rumah Izani di Malim Prima. Nasib baik lepas ujan, kalau hari biasa pikir 18kali la nak start kayuh pukul 11.30 ni. Kayuhan kali ni yang diketuai Izani turut diiringi Pojie, Fisol & tukangkebun. Destinasi pulak ialah CAMPSITE. Trek mula dari tangki air Malim Prima-ladang kambing-campsite-single track-Warisan Bernam-Taman Bernam-Malim Prima. Alhamdulillah takde ape2 kepitaman atau kekreman yang terjadi ari ni. Kayuhan santai sambil lepak2 mandi makan pulut dekat campsite.

Kayuhan berakhir kira2 jam 4.45pm dan jarak dalam 25km. Terasa lama kayuhan hari ni, mungkin sebab mula pun dah tengahari. Anyway time kasih untuk orang rumah Izani yang bersusah payah menyediakan air lemon spesel, kuih raya & durian di penghujung ride. Layanlah le gambo2 yang pakcik tangkap ni!

7.59am: hujan masih lagi lebat, hai jadi ke tak kayuh ni?
oh jadi rupenya, tuh pojie tengah turun beskal
kumpul depan rumah pakar segala offroad tg malim: izani (tengah)
wartawan pun kene la masuk sekali jugak (kanan)
cannondale prophet in action
jamis parker II in action too. nak tukar frame lain pulak lepas ni tuh
khs alite pun ada jugak
trail head dekat tangki air malim prima
upacara wajib bagi menghormati bukit.. tolak!!
tanah runtuh kat sini so kene pass2 beskal la
perut tangan fisol menunjukkan keadaan tanah runtuh
suke tengok full susp ni. bilala bole dapat satu...?
adik2 kalau nak main mercun tiru macam pakcik ni...
...memekak kat dalam hutan takde orang pun kisah
rehat sekejap sebelum DH
nampak je bukit kat depan, terus izani bukak baju! haha!!
tengok tu adik2.. pakcik2 ni pun takut jugak bunyi mercun! huhu!!
jom start kayuh cepat, tak sabo dah nak mandi sungai ni
tu dia!! pulut cicah kelapa ngan ikan masin!! memang nallerqq!!
ishh!! petai pun ada?
berkelah kat campsite
tengah syok berendam 4WD ni lalu pulak nak ke lubuk kawah. lalu betul2 kat tempat tukangkebun bersiram pulak tu!
aksi rambo tengah pikul beskal lintas sungai. pergghh.. gila gagah pakcik ni!!
sambung balik jalan lepas campsite
kalau ke campsite, macam ni la keadaannya
eh! pindah pulak petai ni kat beskal kebun!
pancit.. mujurlah izani punya dengan tukangkebun sama2 kepala besor.. huhu!!
terserempak dengan student UIAM sebelum single track
di celah2 petai pemegang imuniti muncullah fisol...
..dan pojie, apsal lambat sangat diorang ni? ke aku yang laju sangat? :P
la.. tapak tanggal rupanya.. patutla time lintas sungai aje kene bukak kasut
rehat sekejap di jambatan besi warisan bernam dekat lokasi rahsia bermain PAINTBALL?
ikut belakang nak ke rumah izani. kene lintas longkang besor
seorang perampok bersama hasil rampokannya dari kebun berdekatan
ha.. ini bukan hasil rampok. tapi sponsored by izani's wife. time kasih kak..

Siri-siri lain BERAPAPUNYELAMABARUNAKUPDATEDAA (peringatan: ambik ubat tahan muntah sebelum baca! :P)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails