Rabu, 21 Oktober 2009. Huhu!! Sempena nite jamboree yang bakal menjelma sabtu ni, malam tadi kelibat rider sayur dikesan berkayuh berseorangan atas jalanraya tanjong malim & proton city sekitar 9.10-10.30pm. Tujuan sebenar kayuhan adalah untuk menguji samada lampu beskal yang baru dibeli dari Kelolo Trading seterang lampu kereta atau tidak. Kayuhan solo ini juga turut memberi peluang kepada tukangkebun untuk melatih mental supaya tak menggigil ketakutan andainya ditinggalkan dalam hutan dimalam hari kelak... huhu.. janganlah woi, tak baik tau! Alhamdulillah nampaknya lampu beskal & baterinya dah cukup bersedia.. Tahap keberanian pun tinggi (selagi tak nampak hantu!) Tukangkebun aje yang tak cukup nafas! Jarak kayuhan pulak dalam 23km. Syukur tiada apa2 yang mengekor balik ke rumah.
*Laporan penuh ECC Malacca Burung Hantu Ride
1 ulasan:
perrrghhh tukangkebun,.. tabik seroundd.. tp sorry la semlm ada keroja skit xdpt nk join kayohan bulan purnama..
apa2pon selamat ber-niteride, selamat perjalanan pi-balik, selamat pekena asam pedaih ikan pari & have fun..
Catat Ulasan