:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 26 Mac 2009

Kayuhan Lupa Daratan Geng Jahat TM Bikers

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu kembali untuk ke sekian kalinya...
Kali ini aku nak kongsi sesi ride yang terbaru pada Ahad lepas....
Route biasa tapi dah lama tak layan... Biasalahhhh... Bermula dari perkarangan UPSI ke Kampung Simpang Empat... Terus ke Sungai Samak, Bernam Heritage, single trek, lintas sungai 2 kali, lepak camp site lepas tu balik....

Ride kali ni telah disertai oleh aku, Fisol, Ijoi The Sprinter 1, Tukangkebun The Sprinter 2 dan Albob...

Bermula kira2 jam 8.00 dari UPSI dengan cuaca yang cerah dan meriah... Mungkin korang bertanya kenapa ride ni dinamakan "Kayuhan Lupa Daratan".. Mana taknya... asik2 sungai... asik2 basah... asik2 jumpa air... asik2 air, air,air... Sampai lupa daratan laaaa....kuikuikuikuikuikuikui...

Apa2 pun berikut adalah serba sedikit gambar2 yang sempat dirakam sepanjang sesi kayuhan kali ini...























Alhamdulillah... ride kali ini berjalan dengan selamat tanpa sebarang kejadian pelik yang boleh diketengahkan dalam rancangan Misteri Nusantara atau Keliwon... Semuanya selamat pulang ke pangkuan keluarga walaupun ada yang calar balar dibahan crank dan lalang...

Sekian dahulu untuk kali ini...
Keep on riding guys and have a nice dayyyy!!!!!

8 ulasan:

pojie berkata...

hahaha... best2,.. mmg betul la tu "lupa daratan",.. kalau tak terjun ke sungai tak sah laa kayuhan tgmalim..

bleh tahan jgk arus sungai tu noo.. perrghhh.. ngalahkan main jeep 4x4..

rudy berkata...

huahahahahahaha sgt best enche ao... aku rindu lubuk kawah..hahahahah

AO berkata...

enche rudy... aku ada satu cadangn... korang datang la masa UPSI MTB challenge ni... esoknya tu kita layan lubuk kawah... amacam ? jeng jeng jenggggggg.....

si tapak hijau berkata...

pelik gak aku ni..
tm bikers pun dah geng jahat?
aku ingat ROP je yg ada geng jahat..

soalan:
geng ma lebih jahat?
geng jahat TM biker kah?
geng jahat ROP kah?

jawab la AO

tukangkebun berkata...

wah best2 gambo semua. tak sia2 bawak kamera mahal. gambo paling best ialah gambo fisol meredah arus "kedalaman" sungai sampai separuh badan aje nampak. memang ganas. buleh hanyut tu!! kihkihkih!!!

ps: tapak hijau, yg lebih jahat sebenonya ialah "geng boya"! ao, tunjukkan sikit gambo geng boya tu (ke dah delete... muahahaha!!!)

AO berkata...

wahai sahabatku si tapak hijau....
sebenarnya ROP dan TM Bikers ni sama je jahatnya... jahat di tempat sendiri... tapi bila gi tempat orang baik2 semuanya....
kihkihkihkihkihkihkih.....

Canopus berkata...

Tukang Kebun..bila mau join ride ngan geng2 segamat ni???

tukangkebun berkata...

canopus, kalau kena masa insyaallah kita kayuh sesame nanti. boleh la aku try ko punye "santa cruz" tu buat melompat.

tapi sekali-sekala tu jom la turun tg malim ni. bole berkenalan dgn pemuda2 harapan negara tmbikers. diorang ni walaupun otai tapi baik hati & berbudi pekerti tinggi. kat sini mcm2 ada, boleh mandi sambil kayuh!!

Related Posts with Thumbnails