:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 15 Oktober 2009

BM Jamboree 2009 (11 Oktober 2009)

Ahad, 11 Oktober 2009. Akhirnya berlangsung jugak BM Mountainbike Carnival 2009 dengan selamatnya. Tukangkebun walaupun kudrat tak seberapa turut tak mahu ketinggalan menolak beskal kat jamboree kali ni. ALHAMDULILLAH.. lepas jugak rider sayur ni sampai finishing line dapat nombor 648 walaupun separuh mati kayuh-krem-tolak-krem-berenti-krem. huhuhu!!

::TRAIL::

CP1> (0km):
Starting line adalah CP1. Tepat pukul 8.00am semua berlepas dalam ujan renyai2. Lalu tarmac dalam Mengkuang Dam sebelum DH sikit keluar dari situ. Lepas tu masuk road, time ni semua orang potong tukangkebun.. huhu!! Abis road aje masuk offroad dan tu dia.. bukit langkap! DH lepas bukit ni pun layan & jauh jugak. Lepas tu panjat lagi satu bukit, boleh tahan jugak naik dengan DH dia. Ada laluan yang DH pokok getah tu memang layan giler. Banyak jugak lalu kebun sawit.

CP2> (17.41km):
Sampai sini dalam 9.40am (bergerak mengikut kelajuan selamat, huhu!!). Banyak canopy pasal lalu ladang sawit & getah. Laluan sebenarnya banyak main dekat tepi2 BKE. Ok lah kat sini taklah berbukit sangat macam dari CP1 tadi.

CP3> (26.18km)
10.30am baru sampai sini. Laluan kali ni banyak yang keluar canopy dan berbukit2. Walaupun berbukit tapi taklah menakutkan sangat. Cuma mula dari sinilah kaki tukangkebun krem tak berenti. Laluan yang sebenarnya ok bertukar jadi macam setan! Mengalir air ketiak teruna menahan sakit nak ke CP4. Nyaris2 nak chicken loop betul2 kat kaki bukit sebelum CP4. Paling tak lupa tukangkebun terpaksa campak beskal sebaik sampai kat kaki satu bukit tinggi yang takde canopy (somewhere near the highway), sorang uncle yang nampak terus sound: "haiya.. basikat mahai, bini malah (ni yang tak boleh tahan ni haha!!), kasi campak aja ka?". "Bukan la uncle.. kaki krem la..". Terus dengan susah payah dia keluar miyak offer kat tukangkebun. Baik betul dia.

CP4> (37.10km)
Disebabkan krem, tukangkebun dah terlebih masa sebenarnya sampai sini. Kalau ikut jam sendiri dalam 12.15pm (cut-off pukul 12.00). Tak taulah jam sendiri silap ke atau organizer yang baik hati melihat rider sayur ni terincut2 panjat bukit. huhu!! Riders ditawarkan 2 pilihan kat CP ni, chicken loop atau terus ke CP5. Termakan dengan gula2 manis petugas2 kat sini antaranya: "sini sampai CP5 DH aje loh", "lu baik ikut sini la kawan, boleh dapat basikal kona woh!". Apa? beskal kona?! Dengan pantas turun DH yang tak seberapa tu. Lepas tu.. panjat bukit balik! huahuahua!! Sampai aje kat jalan kampung sebelum masuk ladang sawit balik ramai jugak geng yang chicken loop. Perrggh tergugat iman!

CP5> (tak sempat rekod berapa km)
Setelah berhempas pulas menahan krem dengan muka taik 24 jam akhirnya tukangkebun berjaya jugak sampai sini pukul 2.00pm (penyampaian hadiah mula 1.30 kalau ikut jadual, beskal kona...), Dah sampai sini takkan la nak chicken loop pulakkan.. sikit aje lagi. Petugas pun kata tak jauh: "DH aje sini mah..". Blahla banyakla lu punya gula2! Laluan seterusnya melalui jalan kampung sebelum masuk single track keliling tasik Mengkuang Dam. Time ni boleh dengor dah organizer sebut no2 bertuah.. Janganla panggil no aku.. tak sampai lagi ni. Single track ni rasanya tak berapa sesuai buat ride beskal, kalau berjalan takpalah. Sempit sangat dan berbahaya. Penghujung track bersambung dengan tarmac mengkuang dam. Pergghh!! dah nak sampai pun sempat lagi berenti tengah jalan tengah panas spray salonpas! Akhirnya selepas hampir lunyai, tamat jugak kayuhan dalam 2.30pm. Cabut2 grand lucky draw tapi takde nombor! huahuahua!! memang tak lucky sungguh! kona...

::PENGHARGAAN::

~Petugas2 CP yang bersemangat & ramah2 terutama di CP2 & 3. Walaupun ada yang bagi janji palsu: "lepas ni semua DH". Tapi itulah sebenarnya yang memberikan semangat pada rider sayur macam tukangkebun untuk terus berkayuh.

~Seorang uncle RELA yang bertugas di single track mengkuang dam selepas CP5. Dia jaga area yang curam & becak macam sawah padi. Sanggup masuk lumpur untuk make sure riders dapat lalu dengan selamat. TQ uncle, tak ramai sukarelawan yang sanggup buat sampai tahap macam tu!

~Riders2 yang baik hati dan sanggup offer minyak panas/minyak urat/ segala bagai spray untuk melegakan krem. Walaupun tukangkebun ada spray sendiri, tapi kebanyakan riders tak lokek nak offer bila tengok kita menahan sakit. Kuat betul semangat tolong-menolong diorang.

~Tq buat rider2 yang sudi bertegur-sapa macam Fairuz (permatang pauh), Zizan gerek kulim (sama2 ride Nibong Tebal) & Adiharriman. Serta sesiapa aje yang tak sempat bertanya nama.

~Last but not least, to pak itam & mak itam (adik ipar) yang dah 2 kali menaja penginapan 5 bintang lengkap dengan pakej jalan2 & makan2 untuk anak2 & isteri. Tq la so much.

~Dan tak lupa juga buat puan kebun tercinta yang sentiasa memberi lesen B full kepada suaminya yang sayur ni.

::KESIMPULAN::

Sesuai dengan spesifikasi belasahan kategori sayur kangkung buat makan kura2, tukangkebun amat bersyukur dapat menamatkan kayuhan. Even kalau tak dapat sticker pun memang dah ada niat nak try juga full track jika dibenarkan. Track sebenarnya ok, penganjur LPMTB pun ok, jersey lawo, cuma kudrat aje yang tak berapa ok. Tahniah buat semua peserta!


tukangkebun jrs mengusha meja pendaftaran semasa mengambil goodies
KT Cycletron bandar perda, macam2 ada!
7.15am: beskal kebun dah siap untuk ditolak
7.25am: starting line mengkuang dam
CP1: hehe dah dapat satu sticker, belum pun kayuh lagi
dah nak start dah ni, layan lagu mikael jackson dulu dalam ujan
tu dah mula ramai kat belakang tu
uncle otai ni cool aje kayuh beskal ni
ini ke bukit langkap? terserempak Lontruth yang berenti "menunai hajat"
riders menghampiri bukit yang pertama
yang kuat pun kena tolak.. jammed..
yang sayur macam tukangkebun apatah lagi!
tapi nasib baik tak lama tolak kat sini
sampai pun kat atas bukit..
tu.. tu.. downhill kat depan tuh!
start panjat bukit kedua pulak
ramai lagi time ni
walaupun menolak naik tapi takde yang berenti amik napas
terpaksa tukangkebun buat2 amik gambor nak stabilkan nafas kejap
lalu celah kebun tuh
river crossing.. abis keruh air
naik bukit lagi.. tolak jangan tak tolak
kat sini ramai photographer standby
sampai pun CP2. petugas kat sini happening giler!
bersama gadis litar.. tak! tak! betul... abang takde apa2 fair dengan dia!
CP2 tak ramai berenti pun, setakat refill air aje
jalan2 tepi BKE
eh dah sampai CP3? tak sempat nak amik gambo bebanyak
antara yang singgah kat CP3
lai2 pisang2! air2!! punyelah bersungguh diorang promote.. rasa berdosa kalau tak amik
amik gambo sekejap sebelum berangkat
CP4 kat atas tu aje.. manyak krem woo!! "basikat mahai, bini malah!"
dengan jane lim di CP4.. betul yang.. abang takde apa2 pun dengan dia!
dengan kenalan baru fairuz, banyak kayuh dengan dia la kat sini, tq bro
kat mana ntah
walaupun banyak canopy tetapi sesekali open camni abis terbakar you kulit i!
"depan semua DH aja mah.." terkenang2 gula2 petugas CP.. huhu!!
rider sayur.. antara yang last sampai CP5.. takpela biar slow janji sampai
tamat pun majlis akhirnya.. yang dapat kona parking beskal sebelah aku aje..
lepak sambil mengenangkan kona yang tak kesampaian
meter mata kucing kata total ride distance: 50.52km

3 ulasan:

said TRJ berkata...

Salam Bro Fesal!
lapuran 'MANTOP'.....
gua yg x kayuh ni pun bila baca, mcm juga kayuh, mcm juga bergambar ngan JANE Penang....betuiiiii abg x dak fair ... tp bgmbar rapat rapat...he he.."KAYUH TETAP KAYUH".
Walau bunyi Guruh.

tukangkebun berkata...

salam bang said, tq sudi singgah.. Saya bukan "fesal" (pojie?), tapi tukangkebun.

Kena amik gambor dengan aweks jugak. barulah bercahaya sikit blog. huhu!! Good luck kalau joint KPLR 09..

pojie berkata...

perrrghhhh... respek wooooo... sempoi hang berjambori noo... tambah sempoi hat rapat2 dgn awek tuu.. jaga2,.. nnti terus kena rantai kaki...hahaha...

p/s :hang mmg menjadi idola kami2 yang hampeh nih...

Related Posts with Thumbnails