:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 29 Januari 2009

Weekend Picnic Fun Ride @ Maybank Trail

-Artikel dari blog lama-


Seperti biasa The TM Bikers Gang buat hal lagi minggu ini dengan menghuru-harakan kesunyian hutan dengan deruan tayar basikal mereka....

Kali ini, geng ini telah mengubah haluan dari melayan trek camp site Man Belon kepada gamitan trek Maybank yang agak lebih menduga ketabahan minda dan keceluparan mulut...

Seperti biasa juga, tempat bertakung sebelum memulakan ride adalah stesen rasmi The TM Biker iaitu Bernam Herritage Resort... Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak pengurusan resort kerana memberikan green light kepada kami untuk meletak kenderaan dan sekaligus menjadikan halaman resort mereka sebagai tempat bergelimpangan selepas ride...

Kayuhan bermula agak lewat kali ini disebabkan beberapa masalah teknikal namun itu tidak menjadi masalah.... Ride tetap juga diteruskan...
Setiba di perkarangan resort, kelihatan satu kumpulan pengunjung yang menginap di resort tersebut sedang menari poco-poco... Ewaaaahhhh.... Makcik2 menari dengan pakcik dan anak2 pakcik dan makcik... Mujur takder anak sedara... Kalau tak tentu ramai lagi....

Ketibaan kami rupanya menarik minat beberapa orang adik2 muda yang ada di situ... Tiba2 seorang dari mereka merapati AO dan bertanya....
"Berapa ringgit rega basikal ni bang...?"
AO tersenyum sambil menjawab....
"Murah je dik... Nanti suruh mak adik belikan... Pastu... ble join abang ride..."
Anak2 muda ni nampak berminat dan memerhatikan kami sampai kami beredar untuk ke trail head... Sebelum kami beredar... Mereka sempat mintak nak bergambar...
Bukan anak jer minat... Mak pun minat gak...

Ride pun bermula macam biasa.... Kayuh.... Tolak... Kayuh... Tolak.... Tolak.... Tolak.... Ehh... Berapa banyak tolak daaaa... Memang banyak tolak pun.... Bukit mencanak2 bai...

Tiba2... Sampai kat satu spot... Semua mata terpaku... Memandang ke arah satu objek yang sama... Hati mula berdebar... Perasaan mula tak tentu arah... DURIAAANNNNN....!
Nasib baik belum sampai musim gugur lagi... Kalau tak... Tak jadi kayuh laa... Bertakung kat kebun tu la semua sekali...

Sampai di pertengahan perkayuhan... Semua pakat nak berenti rehat melepaskan penat... Kawasan ni adalah kawasan yang agak menarik viewnya... Lereng bukit yang memperlihatkan permandangan saujana mata memandang...




Tengah2 dok berehat melepaskan penat... Masing2 rasa macam lapar la pulak.... Memang sebelum ride kitorang tak sarapan... Teringat pulak Cik Mat ada bawak bekal nasi lemak.... Adoi... Mula la jiwa kacau...


Tanpa melengah masa... Masing2 mula la bukak bungkus nasi lemak... Belasaaahhhh.... Tanpa disedari... Nasi lemak RM1.70 tu rupanya bakal membawa bencana kepada kami...

Apa tak nya... Lepas makan... Tu diaaaa.... Bukit yang mencanak sedang menunggu... Tolak la... Perut pulak dah kenyang... Mula la lemah... Lepas makan ni biasala... Nak buat keje lain memang dah tak berselera... Kira nak dua huruf jawi je... Huruf 'BA' dengan huruf 'GHEN'... Kalau disambung jadinya kata orang Perak... BAGHEN...(Baring)

Sepanjang perjalanan menuju ke pit stop seterusnya memang menyiksakan... Air pulak masing2 dah habis... Cuaca dah panas... Mula la muka sorang2 dah naik kelabu asap... Bercakap pun kena hati2... Silap skit... Ada la yang kena maki.... Maki sayang je tu... Rasa menyesal giler belasah nasi lemak awal2 tadi...

Nak jadi hal... Lebih kurang 3km lagi sebelum sampai ke pit stop seterusnya... Jambatan besi yang merentangi sebatang anak sungai kat kawasan tu pulak dah terbongkang... Tanah tebing sungai tu rebak kena hakisan air... Akibatnya jambatan dah jadi senget...




Apa boleh buat... Nak tak nak terpaksa juga dilalui... Tolak lagi... Tak boleh kayuh tuuu... Sambil tolak... Mata meleret memerhati ke bawah jambatan... Tu diaa... Lurah berbatu sedalam lebih kurang 5 meter menanti peserta... Silap perhitungan.. Tergelincir... Kebah Booommm... Sendiri mau ingat la...



Perghhh... Akhirnya sampai juga ke pit stop yang ditunggu-tunggu... Inilah masanya untuk mengembalikan semula tenaga kesatria yang hampir padam cahayanya... Masa untuk santapan rasmi dan sesi bersiram.... Hari ni punya menu... Macam biasa... Megi dan air Nescafe 3 in 1 disediakan oleh AO's Catering.... Mai sechawaaannn...! Eehh... Macam iklan la pulak...




Makan sudah... Mandi pun sudah... Dah tiba masa untuk kayuhan diteruskan ke finishing line... Badan dah rasa segar semula sebab dah berendam kat dalam sungai...

Sampai kat resort semula... Pandangan kami terpukau oleh sepasang rama-rama yang jarang dapat dilihat... Memang besar dan cantik... Baru keluar dari kepompongnya... Besarnya kekuasaan Ilahi...

Perkarangan Bernam Herritage Resort kami tinggalkan lagi buat kesekian kalinya... Kepuasan tergambar di wajah masing2 kerana berjaya menghabiskan ride kali ini tanpa sebarang insiden buruk berlaku... Walau penat... Walau letih... Tetap diteruskan juga... Memang itu sebenarnya yang dicari.. Kalau tak nak penat.. Dok kat umah le...

Sambil drive pulang... Dalam kepala masing2 dok pikir... Minggu akan datang nak kayuh kat mana lak ek ?

See u all soon in the next episode of Weekend Fun Ride With TM Bikers...

Keep on riding guys and have a nice day...!

-ARTIKEL ASAL DARI NUKILAN SAUDARA A.O-

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails