:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 29 Januari 2009

Solo Morning Ride @ Proton City Lake By AO

-Artikel dari blog lama-


Jarang berkesempatan untuk ride pagi2 Sabtu ni... Tapi kali ni saya nekad untuk bikin morning ride...

Lokasi ride yang dipilih adalah di sekitar Taman Tasik Proton City Tanjong Malim...
Biasanya tempat tu dipenuhi pengunjung yang beriadah pada waktu petang... Ada yang jogging... Ada yang buat evening walk... Ada yang bawak anak main kat playground... Ada yang duduk saja2... Pendek kata... Macam2 lah....

Pada fikiran saya... Mungkin pagi2 orang takde sangat... Lagi pulak pagi sabtu... Ramai jugak yang bekerja ari Sabtu nih... So.. Kemungkinan taman ni lengang adalah besar... Inilah masa kita nak layan ride kat lorong pejalan kaki yang ada di sekeliling tasik....

So saya membuat keputusan untuk datang awal pagi... Seawal jam 6.45 pagi saya sudah bergerak dari rumah yang hanya memakan masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke lokasi dengan menaiki kereta... Oleh kerana sekarang ni matahari pagi agak cepat menerbitkan dirinya... Maka lebih senang nak ride... Tak la gelap... Saya tiba di lokasi lebih kurang jam 6.55 pagi... Seperti yang dijangkakan... Memang tak ramai orang... Hanya kelihatan beberapa orang saja yang tengah jogging dan bikin morning walk... Apa lagi tunggu... Turunkan basikal... Buat light streching dan warm up skit... Kayuuuhhhhhh....

Sebenarnya, memang jelas terdapat larangan berkayuh kat sini... Memang terang2 dia tulis kat signboard yang terdapat disekeliling tasik ni... "Dilarang berbasikal"... Alamak... Leceh betul la... Tapi kami pernah berborak dengan seorang pengawal keselamatan yang berkawal di kawasan ini masa buat nite ride... Dia kata...
" Kayuh basikal takpe yeop... Motor tak boleh la"
Nah.... Itula kata2 yang saya pegang hingga hari ini... "BASIKAL BOLEH"
Kayuhan bermula melalui kawasan pintu masuk ke tasik di mana terdapatnya kawasan permainan kanak-kanak.... Oleh kerana tasik ini adalah tasik buatan manusia dan memang diwujudkan untuk tujuan riadah, maka bentuk muka buminya juga telah diolah supaya menjadi agak beralun dan berbukit kecil di beberapa tempat...
Oleh kerana itu... Berkayuh di sini sebenarnya memang best... Ada climbing... Ada DH... Ada flat ground... Best... Laluannya pulak adalah hamparan simen dan ada juga tempat2 tertentu yang diturap dengan batuan kerikil halus...



Suasana pagi yang nyaman dan menenangkan....

Jarak keseluruhan satu pusingan tasik ini adalah lebih kurang 1.57km... Apa nak kisah... Bikin la beberapa pusingan sampai rasa cukup... Ape de hal... Bak kata ungkapan yang laris diguna pakai sekarang ni la... "Pilihan di tangan anda..." perghhhh....





Tengah syok2 ride untuk pusingan yang keempat... Saya memintas sepasang suami isteri yang sedang bikin morning walk... Umur derang ni lebih kurang dalam lingungan 40an... Paling kuat pun 47-48 macam tu la....

Si suami pandang saya... Saya senyum sambil menyapa...
"Assalamualaikum... Maaf saya lalu..." Tetiba je dengan muka yang dari tadi tak senyum... pastu tengok saya dengan muka garang (buat2 garang)... Dengan tak jawab salam yang saya ucapkan... Terus si suami tu berkata...
"Hoi..! Kat sini tak boleh naik basikal la... Tak reti ke...!"

Perghhh.... Berdesup ke jantung rasanya.... Nasib baik masih ada kesabaran dan rasa hormat pada orang tua2 yang terpahat di sanubari.... Kalau tak... Ntah la...
Kita bagi salam elok2... Dah la tak jawab... Panggil kita hoi hoi pulak... Kucing kat umah pon ada nama bai...

Jiwa mula bergelora... Tadi tak sempat nak berenti depan dia... Akhirnya saya berenti kat satu pondok rehat... Nak tunggu si suami isteri ni lalu... Nak BERSEMBANG sekejap rasanya... Tapi tetiba je derang ni lesap... Rupanya derang ni antara pemilik banglo mewah yang berharga lebih setengah juta yang terdapat di sekeliling tasik ni...

Ni lah perangai segelintir orang kita... Bila dah ada pangkat... Ada kedudukan... Ada duit... Lupa adat budaya... Lupa dunia... Lupa sopan santun sesama manusia...
Moga2 Jangan hendaknya ada antara kita yang jadi macam ni jika dikurniakan kesenangan oleh Yang Maha Esa... Subahanallah....

Yang peliknya... Couple2 yang sedap bercengkerama... Baring atas peha... Berpelukan di celah2 tiang pondok rehat... Bermadu kasih di merata kerusi rehat keliling tasik... Takde saper pun yang nak peduli... Takde saper pun nak tegur... Takde saper pun yang datang dan kata...
"Hoi... Kat sini tak boleh beromen la... Tak reti ke...!"
Dah tentu2 derang ni wat salah... Bukan muhrim... Berdosa... Sedangkan saya hanya kayuh basikal...!
Ooowwwwhhhhh.... Saya lupa.... Kat signboard tu takde tulis "DILARANG BEROMEN"
Patut la boleh......
Sesekali terfikir... Ceteknya akal segelintir kita yang tak bermoral... Mengaku dialah yang maju... Tapi perbuatan macam orang zaman batu...

Nafsu nak sambung ride pun dah mula pudar.... So saya cuma habiskan the 4th round yang dah terkelendat tadi...

Balik ke kereta... siap2 dan beredar dari situ...


Sambil drive balik... Saya memujuk hati nan lara... Niat nak buat 10 round... Tapi sempat buat 4 round jer...
Saya tanamkan di hati... Saya pasti akan datang lagi...
Kali ni akan kuhabiskan 10 round... Apa nak jadi... Jadilah...
Harap kita semua dapat iktibar dari peristiwa tadi...

Let's keep on riding guys....

-ARTIKEL ASAL DARI NUKILAN SAUDARA A.O-

1 ulasan:

theriderinblack berkata...

Salam Bro,
Layan jugak tengok blog u ni. Maklumlah mata saya pun belum mengantuk...Tambahan pulak baru kebah dari demam dah seminggu ni. Teruk betul keadaan sekarang ni bro. So kenalah jaga kesihatan.

Suka saya menambah tentang sikap manusia sepertimana yg disentuh dlm artikel lu tu. Memang betul ada sesetengah orang, kalau kita beri salam, dia buat tak tahu aje. Tapi ada lagi yang lebih teruk. Gua ngan famili baru sahaja balik dari P. Pangkor berkayuh di sana. Lu tau pa ddia orang ingat gua ada hutang ngan mak bapak dia orang ke? Klu amoi atau bebudak Cina kerja part time kedai handphone cakap YES bila nampak customer itu wa boleh maafkan jugak. Tapi itu pun banyak dah wa sumbuuuuuuu.

Inilah dia masalah dengan masyarakat kita hari ini. Terlalu kurang toleransi dan berbudi. Harap, kesabaran kita sahajalah sebagai azimat dalam diri ini. Anyway, teruskan berkayuh walaupun Ramadhan akan menjelma tak beberapa hari lagi. So....assalamualaikum dan selamat berpuasa.

Related Posts with Thumbnails