:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 29 Januari 2009

Kayuhan Hujung Minggu Geng TM Bikers...

-Artikel dari blog lama-

Seperti biasa, setiap hujung minggu, Al-Bob selaku pengerusi tetap The TM Bikers akan menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli untuk menetapkan tarikh dan masa kayuhan berikutnya...

Kali ini, rancangan awalnya nak kayuh menyusuri single trail kandang kambing dan terus ke camp site Man Belon... Tapi... Plan pulak dah bertukar di saat-saat akhir... Tak jadi pulak dah ikut kandang kambing...




Namun begitu ride tetap diteruskan mengikut trail single trek melalui bukit batu kancil ke camp site Man Belon...

Ride kali ini disertai oleh Al-Bob, Cik Mat, Abg Burn dan Isteri, AO, Ijoi dan juga.... Dewi...

Kayuhan bermula jam 8.00 pagi dari dataran Bernam Herritage Resort... Menyusuri single trail yang agak redup kerana trail ini dilitupi canopy pepohonan hijau... Laluan ketika itu masih agak basah akibat titisan embun yang masih belum kering lantaran matahari yang belum meninggi... Ewah... Macam novel la pulak.... Hampeh...

Di permlaan kayuhan, semua bergerak agak laju... Heran jugak... Apsal la semua pakat nak laju nih... Ride permulaan telah diterajui oleh Abg Burn dan isterinya... Dasat... Derang ni memang kuat...

Sekali-sekala, kayuhan agak tersangkut2 akibat permukaan tanah yang berlubang dan berbonggol di sana-sini akibat sondolan babi hutan yang mencari cacing untuk habuan sarapan pagi... Akibatnya... Trek dah jadi macam tanah kebun yang baru kena traktor...

Tapi itu semua tak jadi hal... Ape de hal ? Tak ble kayuh... Kita tolak... Tak ble tolak... Kita kandar... Kalau tak ble jugak... Kita berenti la masak megi... Hehehehe...

Dalam pada asyik berkayuh... Tetiba Bro Burn dan isterinya berenti... Macam ada sesuatu yang tak kena... Rupanya isteri bro Burn kejang di bahagian bahu... Mana tak nya... Laju derang ni... Pada awalnya, derang nak patah balik... Tapi setelah agak lega dan berehat seketika... Derang amek keputusan teruskan jugak kayuhan... Respek kat bro Burn dan Isterinya... Semangat yang kuat... Best...
Inilah dia pasangan yang hande... Bro Burn dan isteri...
Itu la Ijoi... Beli besika mahal2... Tapi tongkat pun takder...
Rasa macan pernah kulihat awek ni... Tapi di mana ya...?

Derang ni kayuh ke skodeng ?

Acara wajib TM Bikers... Menyeberang sungai....






Pasangan bahagia....


Seperti biasa, bila dah sampai ke camp site Man Belon maka bermulalah acara masak memasak megi dan merebus air sungai untuk membancuh kopi... Macam biasa jugak... AO la yang paling seronok buat keje ni... Apatah lagi si AO baru beli dapur... Tak sabor le dia nak test... Aje hande...
Inilah dia Dr. Izani a.k.a Man Belon The Penghulu Rimba...





Bila mee segera dah selesa parking dalam perut... Maka bermulalah pula acara bersiram... Inilah yang merupakan acara kemuncak bagi setiap sesi kayuhan... Air kat camp site ni sejuk giler bai... Jernih plak tu...



Sesi kayuhan kali ini berakhir di Bernam Herritage pada jam 1.10 tengahari... Boleh dikatakan sesi kali ini adalah sesi yang agak santai... Masa banyak dihabiskan di camp site untuk menikmati suasana alam semulajadi yang sungguh menenangkan....
Sedetik hati merasa penuh syukur dan takjub bahawa betapa kerdilnya kita bila tenggelam di tengah-tengah rimbaraya... Betapa pula jiwa tersentak dan tunduk akur dimengertikan tentang betapa Agungnya Kebesaran Ilahi.... syukur kita masih punya peluang menikmati semua ini...

Penat pun dah beransur hilang...
Peluh pun dah mula nak kering...
Maka semua bersiap sedia untuk pulang...

Bernam Herritage ditinggalkan untuk seketika sehingga sesi kayuhan selanjutnya...


Tapi jangan kome ingat dah selesai... Belum lagi... Ada lagi satu sesi yang perlu disempurnakan...
Kalau kome nak tau... Sesi berikutnya adalah sesi bertandang beramai2 ke restoran mamak dekat Taman U... Ape lak la name restoran tu... Lupa la pulak... Tapi roti dia memang mari... memang sedap...


Macam2 roti ader kat restoran ni.... Tapi kitorang punya favorite... Roti Arab... Tapi yang buat mamak daaa.... Tapi malangnya gambor roti tu tak dapat ditunjukkan sebab lapor sangat... Dah licin baru teringat nak amek gambo... Cuma roti sardin dengan kari ikan jer yang sempat dipergambarkan....

Apa2 pun... Kitorang enjoy ride hari ni... InsyaAllah... Ada rezeki dan dipanjangkan umor... Kita jumpa lagi dalam siri ride yang akan datang....

Keep on riding guys....

-ARTIKEL ASAL DARI NUKILAN SAUDARA A.O-

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails