:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 29 Januari 2009

Kayuhan menyusuri sungai (Ahad 13.7.08)

-Artikel dari blog lama-



Salam buat kawan2 TM Bikers di Malaysia dan semua bloggers tanahair yang layan blog ni... Sekali lagi saya berpeluang berbingkis dari Magdeburg, German untuk berkongsi pengalaman berkayuh di sini dengan rakan2 di Malaysia...

Setelah beberapa kali tergendala akibat hujan dan cuaca yg tidak mengizinkan.. br hari ini ada kesempatan berkayuh.. Berkayuh sambil melayan lagu2 P.Ramlee-Saloma, Aishah, Ella.. dan sesekali terselit lagu rock kapak 80an..sungguh menyempoikan... kayuhan kali ni mengikut sepanjang sungai dari rumah, ke “Reserve Park”, hingga ke “flyover” terusan air di atas sungai atau “wasserstraßenkreuz” dan patah balik…

Cuaca agak sejuk dgn awan yg mendung semasa berkayuh,.. Apabila melalui beberapa tempat... Hujan gerimis dah mula turun... Tapi kayuhan tetap diteruskan...


Kayuhan mula pd pukul 11am hingga 3pm dgn jarak lebih kurang 47km… keadaan trail agak landai dgn hanya sedikit pendakian dan lebih kurang 5km adalah “brick trail” dan 10km tarmac (tentu saudara Azri a.k.a AO kurang berkenan ) dan selebihnya “dirt trail”.. Memandangkan stamina yg tersemput2.. byk kali juga berenti berehat sambil menikmati pemandangan dan mencuci mata... dan sempat berkenal2 dgn beberapa riders yg sama2 melalui trail ini...


Laluan sepanjang kayuhan adalah melalui hutan (taman) simpanan, tepian sungai, ladang(sawah) gandum dan akhir sekali ke destinasi dimana boleh dikatakan kebanyakan kawasan kayuhan adalah tepian sungai. Kebetulan dgn hari cuti hujung minggu, ramai juga yg bersantai... disepanjang laluan, boleh dikatakan agak meriah dengan pengunjung tempatan yang berbasikal, roller blade, jogging, malah tak kurang juga yang lepak2 berkelah...

Berikut adalah antara pemandangan yang sempat saya rakamkan di sepanjang kayuhan...

´´Wasserstraßenkreuz´´ ini adalah jambatan yang merupakan terusan melintasi sungai yang dinobatkan sebagai antara keajaiban teknologi kejuruteraan di dunia... Memang menakjubkan...



Kayuhan berakhir kira2 jam 3 ptg... Sepanjang kayuhan saya lebih banyak menghabiskan masa untuk menikmati pemandangan sekeliling... Cuaca yang agak redup juga membuatkan kayuhan kali ini lebih menjurus kepada kayuhan santai...

Akhir sekali.. Sedikit info mengenai ´´wasserstraßenkreuz´´ (yg jg dikatakan salah atu keajaiban dunia kejuruteraan) untuk dikongsi bersama... http://www.wsv.de/aktuelles/projekte/wstr_kreuz_md/index.html
http://www.dillinger.de/dh/referenzen/stahlbau/01057/index.shtml.en

Sampai di sini dahulu bingkisan saya dari Magdeburg Germany..
Sampai jumpa lagi... auf wiedersehen.. wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails