Kali ni, kita cerita2 pasal perlumbaan pada hari kebangsaan... tapi.. perlumbaan kat tempat lain.. dan kebetulan pada hari kebangsaan kita... hehehe
Kejadian berlaku pada hari Ahad 31Ogos2008, bermula waktu pagi.. hingga ke malam.. nasib baik juga dekat dengan rumah.. jadi adalah peluang nak mengintai2...
Perlumbaan ini hanya khas untuk "roadbike" keliling bandar Magdeburg dan ia telah dibahagi ke beberapa kategori iaitu veteran, remaja dan terbuka...
Tidaklah pula saya pasti tentang jarak keseluruhan dan arah laluan perlumbaan. Cuma info yang saya dapat, perlumbaan ini mengelilingi bandar ini sahaja... tetapi tak tahulah pula berapa pusingan yang ditetapkan untuk setiap kategori. Saya ini seorang yang "buta" tentang roadbike, jadinya tak tahulah juga jenis perlumbaan semacam ini dipanggil apa... kalau MTB tu, tahulah bezanya skit2...DH, Endurane, XC....
Acara ini dimulakan lebih kurang jam 9pagi dimulakan dengan pelepasan pengayuh2 veteran (lelaki dan wanita).. tetapi walaupun veteran, kayuhan mereka ini nampak "kemas" sekali.. memang kalau kederat setakat saya ini, tak terkejar lah jawabnya.. dan antara perserta veteran ini termasuklah Mayor (Datuk Bandar) Magdeburg ini..
Kemudiannya selepas selesai kategori veteran tadi... disambung pula pelepasan untuk kategori remaja kira2 pada jam 11.30 pagi, dan adik2 ini pun nampaknya tidak kurang hebatnya... maklumlah tenaga muda... mungkin juga mereka ini pelatih untuk jadi pelapis agaknya...
Perlumbaan seterusnya iaitu untuk kategori terbuka dimulakan agak lewat iaitu kira2 jam 4.30pm dan ia tidaklah pula dimulakan sebaik sahaja tamatnya kategori remaja lebih awal tadi.
Cuaca yang pada awalnya agak redup dan mendung telah bertukar menjadi hujan dan disertakan dengan angin yang agak sejuk.. tetapi perlumbaan tetap diteruskan. Dengan keadaan jalan yang agak licin, terjadi jugalah beberapa kemalangan kecil tetapi tidaklah serius... kayuhan dapat diteruskan...
Hari siang telah bertukar senja membawa ke malam dan perlumbaan ini masih belum selesai... tetapi saya dah tak dapat nak layan lagi.. terpaksa balik dulu.. memandangkan keesokannya bermula Ramadhan.
Jom kita tengok beberapa gambar2 yang sempat dirakam... harap maaf, kualiti kurang memuaskan memandangkan kamera berjenama "AYAM"... tambahan pula dengan tangan yang terketar sejuk hehehe....
Juga harap maafkan kesilapan setting "tarikh" pada kamera.. sepatutnya gambar itu bertarikh 31 Ogos 2008 bukannya 31 Ogos 2007... inilah dia akibatnya dari kerenah kamera saya yang perlu dibuat setting baru setiap kali menukar bateri... hehehe
ni la mamat yang selalu kayuh dgn saya.. niklas
awek2 pengangkat dulang medal...
Sambung layan semula selepas minum kopi....
niklas sedang mengayat awek polis..
Kategori Terbuka
sekian dulu untuk kali ni... semoga dapat berjumpa lagi...
wassalam.. auf wiedersehen .. selamat berpuasa..
selamat berkayuh (kayuh dgn selamat)
-RIDE ON-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan