PETA LALUAN
Kayuhan kali ini bersama saudara Zair yang pertama kali mengikut berkayuh dengan basikal barunya. Laluan sepanjang Elbe sehingga ke lintasan sungai (Wasserstraßenkreuz) dan kali ini diteruskan ke Tasik Barleber (Barleber See) sebelum berpatah balik mengikut laluan yang sama.
Banyak juga gambar kayuhan yang dirakamkan kali ini, memandangkan saudara Zair juga mengambil kesempatan mencuba kamera barunya.. :)
Hentian pertama diatas Jambatan, berjumpa dengan seorang "veteran" yang sangat ramah. Dia sempat cerita pengalaman lampaunya sambil tunjukkan beberapa koleksi gambar lamanya di tempat yang sama.
Kayuhan diteruskan dengan melalui kawasan hutan simpan, ladang ragut dan laluan tepian sungai. Sambil berkayuh.. sambil berhenti2 berehat dan ambil gambar...
Akhirnya sampai ke Wasserstraßenkreuz kira-kira 2 jam kemudian. Setelah rehat dan mengambil gambar lagi, kami meneruskan kayuhan ke tasik Barleber (saya belum pernah kesana sebelum ini). Pemandangannya cantik dengan terdapat beberapa orang yang memancing ikan dan bersantai.
Selepas itu, kami berpatah balik mengikut laluan yang sama sambil berhenti berehat dan mengambil gambar di beberapa tempat..
Keseluruhan jarak kayuhan adalah kira-kira 46km dengan melalui laluan bervariasi seperti tarmac, "dirt", "brick" dan tanah rumput... dan masa kayuhan kira-kira 4jam (kalau tak silap)..
Nota: Waktu posting ini ditulis, saudara Zair dah tak lagi dapat berkayuh kerana basikal barunya telah hilang dicuri.. takziah... (skrg saya dalam proses "mencucuk"dia untuk beli yang baru)...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan