:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Article. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Article. Papar semua catatan

Khamis, 30 Disember 2010

TAHNIAH HARIMAU MUDA... MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010





Tahniah untuk pemain-pemain muda Malaysia yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 walaupun menerima ancaman dan provokasi melampau di Indon...dan terima kasih kerana mengembalikan semangat baru untuk penyokong-penyokong kita....

Tahniah juga kepada penyerang Safee Sali yang muncul penerima anugerah kasut emas dengan 5 jaringan... juga kepada penjaga gol, Khairul Fahmi yang bermain cemerlang (yang lebih layak sebagai MVP).....

dan selamat mencari alasan-alasan baru buat media dan penyokong Indon......

dan lagi....

Jumaat (31. 12. 2010) telah diumumkan sebagai cuti umum sempena kemenangan ini....

Najib Declares Friday A Public Holiday

KUALA LUMPUR, Dec 30 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has declared Friday, Dec 31 as a public holiday to celebrate the success by the Malaysian football squad in winning the 2010 AFF Suzuki Cup, Wednesday night.

Najib also congratulated the Malaysian squad for beating the Indonesian team in the final on a 4-2 aggregate, describing it as "the greatest night in Malaysian football".

"The young team had done us proud and we must build this success to propel Malaysian football to greater heights," he said in a statement to Bernama.

-- BERNAMA

Sabtu, 25 September 2010

Suatu Hari Di Hari Raya.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Salam Syawal... maaf zahir dan batin....

Setelah lama blog bersawang.... kini TMBikers kembali dengan berita terhangat...


Pada satu hari semasa cuti hari raya, ketika org lain sibuk jumpa saudara-mara… seorang otai mtb (Tukangkebun) dengan gelojohnya (dipercayai untuk menunjuk2 kepada keluarga mentuanya), telah melakukan beberapa aksi X-treme…


Antara aksi yang dibuat ialah Downhill dengan ketinggian 20kaki dari pucuk pokok duku… (sebenarnya ketinggian terjunan cuma 3kaki, tinggi pokok yg 20kaki tuu).. dan malang tidak berbau, beliau telah tersilap jangkaan dan landing dengan gunakan dagunya dan akibatnya… tangan patah, pensan, lupa diri dan hilang ingatan selama kira2 5minit…..


Diringkaskan cerita yang amat boring ini,…


Setelah direject oleh Hospital Kota Bharu kerana rupa wajahnya yang buruk,.. maka otai kita telah pergi pulak ke Hospital Sg Buloh...


Di HSB ini,.. otai telah diservis, di-overhaul dan beberapa bahagian disikunya di pateri dan dimasukkan skru shimano xtr 2011 untuk menambahkan power dan kemachoannya…. Dan beliau akan ke HSB sekali lagi minggu depan untuk kerja2 peng-upgrade-an…


keadaan siku selepas diservis




geng2 TMBikers yang melawat sedang khusuk mendengar cerita (lps tu sorang2 pakat dok kutuk buat lawak... HAHAHA!!)




Otaikebun sedang merayu kepada kawan2 (Abad, Izani dan Ujang) untuk percaya kpd cerita keheroan Xtremenya...




kelihatan beberapa skru dan crank xtr yang terjulur keluar akibat servis yg belum selesai..



Dan akhir sekali,.. adalah dipercayai apabila selesai semua kerja2 servis dan upgrade nanti.. maka otai kita akan kembali dengan wajah baru,.... maka nantikan kemunculan...





THE WOLVERINE!!!!!!!!


akhir kata : MAAF ZAHIR DAN BATIN... segala gurauan dan terkasar bahasa adalah disengajakan...

p/s : Kami di TMBikers sentiasa mendoakan agar saudara Yamin Kamis aka Tukangkebun cepat sembuh dan sihat sejahtera.. dan kembali memeriahkan senario kayuhan kita....

p/p/s : Lain kali nak makan duku pi beli kat pasar malam la oiiiii....

Ahad, 8 Mac 2009

Sembang-sembang Ahad...

Sistem pendidikan adalah salah satu faktor pembentukan budaya bangsa. Selain dari penonjolan fizikal, jatidiri dan identiti bangsa adalah melalui bahasanya sepertimana benarnya peribahasa "bahasa menunjukkan bangsa".

Sekarang ini kecoh perihal "PPSMI" (walaupun sebenarnya isu ini timbul sejak dari awal perlaksanaan), tetapi penentangan ini semakin ketara masa kini.. tak perlulah diulaskan perkembangan dan rentetan peristiwa yang terjadi sepanjang perlaksanaan samada yang menyokong atau menentang... ramai yang sudah sedia maklum tentangnya.

Dari pemahaman saya, tujuan utama perlaksanaan ini ialah untuk meningkatkan kebolehan berbahasa Inggeris dikalangan murid-murid dan seterusnya menyediakan mereka apabila meningkat dewasa melanjutkan pengajian dan seterusnya dapat bersaing bila memasuki alam pekerjaan. Seterusnya dikatakan lagi walaupun PPSMI dilaksanakan, Bahasa Melayu (Malaysia) tetap diutama dan diperjuangkan. Juga dikatakan matapelajaran Sains dan Matematik lebih sesuai di ajar dalam bahasa Inggeris kerana banyak bahan rujukan dan istilah adalah dalam bahasa Inggeris.

Saya amat menyokong tanpa berbelah bahagi apabila murid-murid kita diajar dan didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat awal persekolahan. Penguasaan lebih dari satu bahasa (selain dari bahasa ibunda) adalah satu kelebihan. Bukan sahaja b. Inggeris, malah amat menguntungkan bila kita dapat memahami apa-apa bahasa sekalipun- Arab, Perancis, Jerman, Mandarin, Tamil atau Jawa..

Tetapi yang menjadi persoalannya, mengapa digunakan medium Sains dan Matematik? mengapa tidak ditumpukan pembelajaran bahasa dalam subjek bahasa itu sendiri? Saya bukan orang akademik dan saya tidak berminat untuk mengemukakan kajian-kajian atau teori-teori sokongan. Bagi saya, kadang-kadang, sesetengah isu lebih "realistik" untuk diperhati "di jalanan" daripada membuat kajian dengan pelbagai teori tetapi hanya nampak cantik di kertas sahaja tanpa ada praktikalnya...

Ilmu berbahasa perlulah di beri sentuhan bahasa. Di ajar tentang pengenalan huruf, penggunaan ayat, peribahasa, sastera, kata sama erti, kata berlawan atau kata ganti... dan seterusnya di praktiskan melalui pertuturan. Sebab itu lebih mudah untuk menguasai bahasa asing jika berada dalam kelompok orang-orang yang menutur sesuatu bahasa.

Jadi di mana rasionalnya sentuhan Sains dan Matematik (SM) dalam pengajaran bahasa?

Cuba kita lihat contoh kalau belajar bahasa-bahasa lain. Saya tak dapat bayangkan jika seseorang mula nak belajar mengenal karakter dalam tulisan Arab atau Cina, dan pengenalannya di ajar 10x2=20 atau komposisi air adalah H2O (dalam bahasa Arab atau Cina), akhirnya, Sains dan Matematik tak faham.. Bahasa pun entah ke mana...rasanya murid-murid akan hadir satu hari saja ke kelas dan esoknya lari lompat pagar....

Dari pengalaman sendiri, bila mula-mula belajar bahasa Jerman dulu. Tidak boleh nak bayangkan kalau silabus bahasa Jerman itu perlukan saya selesaikan permasalahan matematik ataupun menulis formula-formula molekul sains... rasanya terus "lari malam"...

Sekali lagi, pendekatan terbaik belajar bahasa ialah melalui penggunaan bahasa. Mengatakan perlunya belajar SM keseluruhannya dalam Inggeris kerana banyak istilah SM dalam Inggeris adalah alasan yang terbongok. Cuba berikan contoh istilah SM apa untuk peringkat darjah 1 hingga 6 malah ke peringkat menengah atas yang perlukan Inggeris? yang tak boleh dialihbahasa ke bahasa Melayu? Saya sendiri adalah generasi yang belajar SM dalam bahasa Melayu dan hasilnya masih boleh faham berbahasa Inggeris (tidaklah mahir tetapi setakat ini boleh saja teruskan hidup..) dan ramai rakan-rakan segenerasi yang berjaya dalam kerjaya dan mahir berbahasa Inggeris tanpa belajar SM dalam BI, tentunya mereka mahir hasil dari tumpuan pada pelajaran dan penggunaan terhadap bahasa itu sendiri..

Kata-kata "walaupun kita gunakan SM dalam bahasa Inggeris, kita tidak pinggirkan bahasa Melayu" adalah satu lagi pernyataan terbodoh yang di sumbat ke kepala otak kita.. ianya sama seperti katakan "saya makan nasi beriani lauk kari daging 3 pinggan sebab saya nak diet ".. tak perlu cerita panjang,.. fikirlah sendiri....

Hakikat dan realiti sekarang ini, bahasa Melayu memang dipinggirkan dan lebih teruk lagi apabila para pentadbir eksekutif yang punya kuasa juga "menghalalkan" dan menyokong lagi peminggiran ini, tetapi dengan memutarbelit fakta.
Pelajaran tulisan telah Jawi dihapuskan, 20 tahun dulu apabila seorang Cina Malaysia dan India Malaysia berbicara,.. mereka gunakan bahasa Melayu,.. sekarang?.. Dulu temuduga di sektor Awam hanya dalam bahasa Melayu,.. sekarang?.. dulu hingga sekarang keutamaan sektor swasta dalam b. Inggeris, apa rasionalnya?.. Surat perjanjian sewa-beli, pinjaman bank, beli tanah, rumah-pemaju hinggalah ke resit kedai runcit semuanya Inggeris. Jadi bukankah b Melayu ini telah dipinggirkan sekian lama?

Sepatutnya kita ambil langkah proaktif untuk memperluaskan penggunaan b Melayu, bukannya tambah meminggirkan lagi dan selepas itu kalau bercakap seolah-olah seorang wira bangsa.

Tak perlulah pergi terlalu jauh ke Eropah, Korea atau Jepun. Cukuplah ke negara jiran Indonesia dan Thailand. Belajarlah bagaimana bangsanya disatukan dengan bahasa, dan sangat berbangga dengannya. Tak perlulah war-warkan Malaysia ini unik dengan pelbagai bangsa, kaum dan budaya yang unik dan susah untuk aplikasikan satu bahasa Melayu (Malaysia) untuk keseluruhannya. Lihat sahaja Indonesia, dengan penduduk lebih 200juta org,.. beribu suku kaum dan etnik,.. beribu bahasa dan budaya suku.. tetapi semuanya bangga berbahasa Indonesia.. dan disatukan dengan budaya nasional. Sehinggakan apabila berhijrah keluar masih berbangga dengan bahasanya. Dari peringkat pekerja buruh, pembantu rumah sehinggalah doktor dan jurutera semuanya berbahasa Indonesia.

Sebenarnya pembentukan budaya nasional negara semuanya berpunca dari jatidiri penduduk asal dan majoriti. Contohnya penduduk asal Arab, Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Jerman, Perancis dan lain-lain negara Eropah amat berbangga dengan bahasa ibunda. Jatuh bangun mereka dengan bahasa mereka. Dari zaman gelap Eropah hinggalah pemodenan Jepun selepas perang, walaupun melalui pelbagai peperangan dan penjajahan, mereka masih dengan identiti sendiri. Walaupun sebahagian selatan Eropah pernah ditakluk tentera Islam dan bahagian timurnya pernah dijajah tentera Mongol, bangsa mereka tidak terikut-ikut dengan budaya tinggalan. Sehingga hari ini, walaupun dengan pengaruh globalisasi, mereka tetap pertahankan semangat kebangsaan mereka. Apabila sesiapa yang hendak berhijrah atau menetap ke sana, perlu untuk menguasai bahasa mereka..

Berbeza dengan bangsa yang pegangan jatidiri dan sifat bangganya lemah, selalunya akan terpengaruh dengan budaya luaran malah berbangga untuk mengamalnya dan lebih teruk lagi apabila terus tinggalkan dan menghina budaya sendiri. Contohnya negara Filipina yang berkiblatkan US, sebahagian negara di Afrika yang terpengaruh dengan Perancis dan negara-negara Amerika Latin yang berbudayakan Sepanyol dan Portugis. Dan sebenarnya suka atau tidak, negara kita juga terikut-ikut berkiblatkan Great Britain; dari sistem pemerintahan, perundangan, ekonomi hinggalah sosial gaya hidup. Hakikatnya, negara-negara ini tidaklah sehebat mana....

Berbalik kepada jatidiri kaum majoriti di Malaysia, sememangnya amat rendah sekali rasa bangganya. Amat mudah sekali terikut-ikut dan berbangga dengan budaya luar. Amat sedikit yang benar-benar mahu mempertahankan dan mengamalkan budaya sendiri. Lihat sahaja dari pergaulan seharian, apabila bercakap dengan berlainan bangsa (Cina/India), maka kita yang terikut-ikut dengan telo percakapan mereka ataupun kita lebih selesa berbahasa Inggeris. Malah bila kita berbual dengan "bibik" Indo sekalipun kita akan bersusah payah mengikut lenggok Indonya.. Kalau tengok budak-budak muda pula, dengan Punk, Gothic, Metal, "Clubbing", Shuffle-kalau tanya haram apa tak tau.. "poser" saja lebih..
Itu belum lagi apabila ke luar negara, kalau ke Arab, kita akan lebih "Arab" dari orang Arab sendiri, begitu juga kalau ke Jepun, Korea dan sebagainya. Kalau ke negara Eropah pula, lebih "Mat Saleh" dari penduduk asal.. dengan rambut karatnya,.. pakaian singkat,.. terlebih sosialnya...

Kalau sudah kita sendiri susah untuk berbangga dengan budaya sendiri, tak kan nak harapkan orang lain untuk martabatkan bahasa-budaya kita?. Sekurang-kurangnya belajarlah dari kawan-kawan Cina kita. Walaupun ke mana merantau, tetap dibawa sekali budayanya. Dimana sahaja ceruk dunia pasti ada "Chinatown" dan kedai-kedai yang berpaparan tulisan Cina. Kalau mereka boleh berbangga, apa kurangnya kita?
Di Malaysia ini, sepatutnya janganlah biarkan kebanggaan mereka itu menenggelamkan budaya asal kita. Keputusan di tangan kita, dan kuasa pun sekurang-kurangnya masih pada kita (walaupun tinggal sedikit).. bukan apa,.. kadang-kadang kita perlu bertegas dalam sesuatu perkara perjuangan. Sesekali bayangkan kalau kita yang minoriti ataupun kalau kita pergi ke negara orang-tentulah kita akan hormat pada cara hidup dan budaya majoriti. Selepas 51 tahun kita merdeka, dan dengan penerusan sistem pendidikan pelbagai aliran, sebenarnya lahirkan semakin ramai generasi baru yang tidak tahu dan tidak hormat pada bahasa Melayu dan hakikatnya itulah antara faktor penyebab kesukaran penyatuan satu bangsa Malaysia.

Realitinya, atas sifat "kelembutan" kita dan mentaliti tak kisah,.. kita bukan sahaja telah kelihangan tulisan Jawi, budaya dan bahasa yang semakin terhakis,.. tetapi secara sedar atau tidak,... dalam kita menjalankan sekolah pelbagai aliran, kita telah hilang hak kita iaitu sekolah "aliran Melayu",.. apa yang ada ialah sekolah "Kebangsaan" -bukan sekolah Melayu kerana kebangsaan merujuk kepada Malaysia-semua bangsa. Kita ada sekolah agama : untuk setiap pelajar berugama Islam tanpa kita bangsa, dan kita ada SRJK (C) dan SRJK (T),... jadi di mana "Sekolah Melayu"...??...
Mungkin akan ada yang katakan tidak penting bangsa, utamakan ugama.. tetapi adakah kita nak menidakkan ayat Allah yang mencipta dan mengiktiraf bangsa.. "Allah ciptakan pelbagai bangsa dan puak untuk kita belajar dan bersatu untuk hidup"...

Apa-apapun tindakan kita, janganlah sampai budaya dan identiti kita hanya tinggal tercatit atas kertas perlembagaan dan lama-kelamaan jadi bahan arkib sejarah; "Bahasa Melayu bahasa rasmi dan Islam Ugama rasmi"... tetapi hakikatnya???

Akhirnya,.. belajarlah bahasa apa2pun,.. dan carilah ilmu sebanyak mungkin... memang proses pembelajaran tidak akan selesai sehingga akhir hayat... tetapi ingatlah "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"....


The New SRAM XX ??



Photos of SRAM XX MTB component group leaked: A Taiwanese website has posted purported spy pics of SRAM XX components which will compete against the high end XTR group from Shimano. The graphic indicates the entire group will weigh less than 2300 grams which ain’t bad. Part of the weight savings comes from the fact that the gearing will be 2×9 rather than 3×9 - these days less is definitely more when it comes to MTB components.

Rabu, 4 Mac 2009

Suatu hari di-Berlin

Baru-baru ini, sempat meronda ke Berlin. Perjalanan dibuat bersama beberapa orang kawan kerana lebih jimat dapat berkongsi tiket keretapi (pakej satu tiket 5 penumpang).

Sebenarnya lawatan kali ini tanpa tujuan khusus, hanya untuk membuang masa dan menikmati pemandangan. Kesempatan ini juga di ambil untuk berfoto.

Sampai di Berlin sudah hampir tengah hari, cuaca agak mendung dan masih sejuk. Kami meneruskan lawatan antaranya ke Reichtag iaitu bangunan Parlimen Jerman, ke dataran Brandeburger Tor atau "Brandeburger Gate", Berliner Dom (Gereja besar Berlin), memorial WWII dan jalan-jalan sepanjang sungai yang melalui bekas tanah Berlin timur dan barat...

Pulang semula ke Magdeburg setelah lewat petang dan kebetulan pula, waktu itu hujan mula turun dengan agak lebat, jadi aktiviti berfoto pun tergendala...

Beberapa foto yang sempat dirakam...

sisi bangunan Reichtag


Pandangan tepi Reichtag


tingkat atas bangunan Reichtag : pelawat boleh memantau persidangan di bawah melalui lantai kaca



tingkat atas bangunan Reichtag



menara cermin, Reichtag





menara cermin, Reichtag-kalau diperhatikan dengan teliti, akan nampak meja persidangan di bawah


Berliner Dom





Dalam Berlin Dom



pemandangan bandaraya Berlin dari Berlin Dom


Bot persiaran di sungai Berlin


Brandeburger Tor






Rabu, 25 Februari 2009

Suami pilihan.....

Boring punya psl,.. dahla x bleh kayuh dah,.. nk jalan2 pon xdak mood,.. last2 browse internet, jumpa pulak gambar2 ni... menarik jgk utk share kt sini.. hehehe

Artikel ni khas untuk awek2 bujang dan masih cari pasangan... carilah bakal suami dengan berhati2.. jangan pandang pada rupa semata2.. silap2 nnti merana..

Carilah suami yg sayang pada anda lebih dari hartanya. Dan lg, kata org,.. tangan yg menghayun buaian boleh goncang dunia,.. jom kita tgk,.. apa lagi yg tangan2 tu boleh buat...










atau mungkin jugak diorang nk tunjuk apa yg laki buat,.. pompuan pun boleh buat... haahaha.. ambik hang...

Sabtu, 21 Februari 2009

Photo... a Night at the Theater

Beberapa gambar lama sekitar bulan Okt08. Dirakamkan dari pementasan theater muzikal Sepanyol.

Suasana pentas dengan kurangnya cahaya dan pergerakan artis yang agak laju menambahkan cabaran untuk merakam gambar.

Kebanyakan gambar diambil dengan setting "TV" iaitu kawalan manual pada "shutter speed" (dgn speed yang disetkan tinggi) dan "appeture" disesuaikan secara otomatik oleh kamera. Setting ISO pada (ISO800) dan gunakan pilihan W/B "tungsten"..

Layan....

Kritikan dan komen amatlah diharapkan..









Photo.. jalan-jalan makan angin..

Seperti saudara Azri,.. saya juga baru timbul minat dengan fotografi. Mungkin kebetulan atau mungkin juga terdapat persamaan minat antara kami.. satu kapla kata org kampung saya..hehehe.

Baru2 ini, saya telah berkesempatan bercuti, jalan-jalan. Dalam pada itu, sempat jugalah mencuba-cuba snap gambar. Ada yang ok,.. banyak juga yang tak menjadi... masih banyak yang perlu dipelajari...

Antara beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang percutian,.. dengan beberapa darinya gambar asli dan ada yang telah diedit "RGB curve", "contrast", "crop" dan lain2... layann..


















Related Posts with Thumbnails