:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Januari 2011

Le Tour de Langkawi 2011 Stage 5 : Tapah-GentingHland @Behrang2020

Le Tour de Langkawi 2011 : Peringkat ke5 Tapah ke Genting Highland...

Suasana disekitar Behrang2020...

Untuk laporan rasmi, kedudukan pengayuh dan lain-lain boleh ke http://www.ltdl.com.my/

Jom layan gambar dari kameraman tak rasmi majalah pelam.......



















terima kaseyyy....

-pojie sayog-

Isnin, 13 Disember 2010

Pengayuh Tegar TMBikers - Thompson Trail





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,...

Rakan-rakan,.. adik-kakak,.. pakcik-makcik yang kayuh beskal sekelian,... adalah dimaklumkan, TMBikers beserta kelab sekutu kami akan menganjurkan kayuhan santai menyusuri Thompson Trail, Cameron Highland.

1. Butiran kayuhan :

Tarikh : 19 Disember 2010
Hari : Ahad
Mula Kayuh : 8.00 pagi
Jangkaan Selesai : 4.00 Petang seterusnya bersantai minum teh atas tajaan TMBikers..


2. Butiran sebelum kayuhan :- Bagi pengayuh yang akan bertolak dari Tg Malim...

Tempat kumpul : Klinik Syifa atau rumah Abad (akan ditetapkan kemudian)
Masa kumpul : 12.00 Tgh Malam
Masa Bertolak : 1.00 Pagi

Tujuan program kayuhan adalah untuk merapatkan hubungan sesama rakan pengayuh dan merebut gelaran "Pengayuh Tegar TMBikers"....

Kami juga ingin menjemput rakan-rakan serta para pengayuh yang berminat untuk turut serta berkayuh dan bersantai bersama-sama kami...

Sesiapa yang berminat,.. bolehlah berikan "Nama" dan "No. KP" kepada kami melalui :

1. Abad 019 6679011
2. Izani 012 6370885
3. Ramdzan "Ironman" 019 2345003

atau boleh juga tinggalkan butiran anda di "shoutbox" blog atau ruangan komen...

Terima kasih..

*****UPDATE...
Pengayuh yang menamatkan kayuhan akan menerima pass pengiktirafan "Pengayuh Tegar TMBikers"... contoh spt di bawah...






peta trail



elevation


p/s : imej2 peta trail dan "elevation" adalah hasil kerja adiharriman di http://adiharriman.com/blog/?p=1113 ...terima kasih...

Rabu, 29 September 2010

Jamboree Basikal Lasak UPSI 2010


Pusat Sukan UPSI dengan kerjasama TMBikers akan menganjurkan Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 dengan bertemakan "Kayuh, Gelak, Tolak...."

Penyertaan adalah dibuka kepada Pelajar dan Staf UPSI serta penyertaan terbuka khas (perrrgh..) untuk pengayuh2 sayur TMBikers dan rakan2/kelab pengayuh sekitar Tg Malim serta saudara-mara yang berdekatan....

Butiran Jambori:
  1. Tarikh Jambori : 17 Oktober 2010
  2. Masa : 8 pagi
  3. Kategori : Pelajar Lelaki, *Veteran Lelaki, Terbuka Lelaki
  4. Trail/Laluan : UPSI-Kota Malim Prima-Tapak Baru UPSI-Ladang MCA-Simpang Empat-UPSI
  5. Jarak : kira-kira 20km
  6. Yuran Penyertaan : RM30
  7. Tarikh tutup : 5 Oktober 2010
*Kategori Veteran adalah bagi peserta berumur 40 tahun ke atas

Sila Klik Di Sini Untuk Muat Turun Borang Pendaftaran

Borang yang siap diisi bolehlah diemelkan ke
fendi@upsi.edu.my (En. Effendi)

Peserta akan mendapat cenderahati berupa T-Shirt, air sirap, buah-buahan... (cenderahati/hadiah yg lain2 tertakluk kepada penganjur...)

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia :
  1. En. Effendi- (Pusat Sukan UPSI) : 012 2391395
  2. En. Izani- (UPSI/TMBikers) : 012 6370885
  3. En. Fisol- (UPSI/TMBikers) : 013 3045457
  4. En. Badrul aka Abad- (TMBikers) : 019 6679011
Sesuai dengan tema "kayuh, gelak, tolak..." maka kondisi laluan/trail dan jaraknya adalah lebih kepada "kayuhan santai" dan sesuai untuk pengayuh2 "beginner" dan pengayuh2 yang cintakan nikmat kesegaran dan keindahan kawasan kaki banjaran Titiwangsa... disamping dapat memupuk minat pelajar2 dan masyarakat sekitar untuk menceburi aktiviti berbasikal ini..

Namun begitu, laluan tarmac, dakian dan turunan bukit, "single trail", lereng2 di kawasan ladang dan pinggiran sungai sememangnya akan memberikan pengalaman kayuhan yg tak kurang cabarannya disamping dapat mengasah skil kayuhan dan kendalian basikal...

Terima kasih...

p/s: segala butiran dan maklumat yang tertera diatas adalah tertakluk kepada pengesahan dan perubahan pihak penganjur...

Peta Laluan (Anggaran)



"Elevation
" (Sila klik imej di bawah untuk gambaran yang lebih jelas)


Beberapa gambar trail yang bakal dilalui...





petai utk peserta bertuah









Rabu, 30 Disember 2009

B+ untuk KAWAT 2009 (27 Disember 2009)

Ahad, 27 Disember 2009. Assalammualaikum semua... Apa kabo? Dah minum..? huhu!! Maka berlalulah sudah jambori terakhir untuk tahun 2009. Tak banyak yang boleh tukangkebun ulas untuk jambori ni. Semua bloggers MTB yang "terkena" dah pun menembak tanpa kesian. Memang banyak kelemahan yang tak sepatutnya berlaku untuk penganjuran ni, tapi yang lebih mengecewakan langsung takde penjelasan ataupun permintaan maaf daripada penganjur sampai sekarang. Apapun, walau seteruk mana sekalipun penganjuran, tukangkebun tetap memberikan gred B+ untuk penganjur Kayuhan Warisan Taiping 2009.
B+
=sendiri paham le yop!

Jemputlah ye layan apa yang ada kat bawah.. huhu!!


Goodies: jersey, plat no yg cantik (ikhlas), tag peserta (suruh talipon 999 kalau kecemasan) dan paper bag taiping

Pukul 7am beskal kebun dah siap untuk ditolak

Joe & Kulat (KayuhBeb)

7.22am: Yang kaki pecut dah standby kat starting line dah

Jamal pun ada




7.45: Tak mula lagi, Acong dah nak tertido...

Time ni hati masih suci bersih lagi

7.48am: Tak nampak MB pun...



8.05am: Berlepaspun akhirnya...

Kulat mengetuai Kayuhbeb

Time ni sesape pun nampak kuat..

Bro Sumi (2 dari kiri) tu siap pasang kamera kat fork tuh..

Shhh jangan bising.. area kubor ni..

Ada lagi orang kat belakang.. lega...

Mula mendaki dah..

Mula offroad dah...

Trail ni kalau buat turun memang sedarrppp!!

Habis la dara bukit larut hari ni..

Licin sangat, terjatuh pulak bro Megat (betul ke?)

Single track yang layan kalau tak jammed

BC: "Ok, aku nak kayuh laju2, best layan single track ni"

Aisehmen, belum apa2 dah jammed...

Jambatan reput...

Dan jammed lagi...

Lintas sungai kecik

Macam2 teknik mengangkat digunakan

Lintas sungai lagi, patut la jammed, ada pagar..

BC tolong adik kecik angkat beskal

10.45am: CP1: 17km

Time kasih petugas2 CP1 yang tolong angkat beskal. Siap pesan turun seat, jangan brek, layan aje DH...

Meet Acong..

Ni yang aku paling benci.. mendaki tarmac ditengahari, dibelakang umah orang!
Pondok Taman Lake View

Megat bertanyakan "pakcik, ada nampak bapak saya tak?".. tu la kau laju sangat

Unofficial water point. They should organize 2010 KAWAT

"Naik atas, masuk offroad, DH.. lepas tu ada water point kat sane bang..." kata2 bangang marshall KAWAT09

Tangki air aje yang ada


Ala2 lega bila masuk offroad, mesti DH best kat depan tu..

Aiks, jammed lagi?

Pemandangan memang cantik

Tapi kalu berani turun memang kompom ke gaung!

12pm: Permulaan trek babi

Curam, licin, sadis & bodo!

12.30pm: Masih lagi tak bergerak..

Asyik tergelincir bodo aje kat sini



Related Posts with Thumbnails