VS
HARD TAIL
Assalamualaikum.. salam ceria.. berjumpa kita sekali lagi...
Seperti dijanjikan kali ni kita sembang2 berkenaan pilihan samada Full Suspension "FS" (kerangka bersuspensi belakang) atau MTB HardTail "HT" (kerangka solid-tanpa sistem suspensi belakang)...
Perbahasan dan sembang2 mengenai pilihan FS ataupun HT telah lama bermula sejak dari awal kemunculan MTB dengan suspensi penuh... dan ianya sentiasa menjadi isu dan topik perbualan pada setiap masa... tanpa mengira samada "org lama" atau yang baru nak berjinak-jinak dengan MTB...
Dan bagi saya yang baru nak mengenal MTB ini, amatlah mengharapkan tambahan dan perkongsian info serta pembetulan fakta dari rakan2 yang tentunya banyak pengalaman...
Bagi kita2 yang baru berkira2 untuk memiliki MTB, -salah satunya, tentu fikirkan pilihan antara FS atau HT,.. dan pastinya antara persoalan yang bermain dikepala ialah mana satu yang paling efisien,.. sesuai, ...selesa, dan kawalan yang baik?..
Artikel ini bertujuan membincangkan pro dan kontra FS/HT dan kesesuaiannya dengan trail kayuhan kita (bagaimana kita nk gunakan basikal itu) dan seterusnya, terpulanglah kepada kita.. tepok dada, tanya selera... dan jugak poket... hehehe
Perbandingan lebih rasional sekiranya dibuat antara FS (hanya dalam kelas XC dan all Mountain-tidak termasuk freeride dan DH) dan HT kerana kondisi kegunaannya yang agak sama walaupun biasa terdapat pelumba2 yang menggunakan HT untuk kayuhan freride dan DH. Seeloknya kita berbincang dalam skop pengayuh amatur seperti kita ini.. :)
Selalunya kita akan membaca dan mengambilkira pandangan pelumba2 profesional dan berpengalaman dalam menggunakan MTB... tapi harus diingat,.. jangan letakkan kepercayaan kita 100%.. kerana pelumba2 profesional dan berpengalaman ini selalunya juga adalah "agen pemasaran" bagi penaja2 mereka... jadi tentunya "review" yang diberi sentiasa positif ataupun "bias".... (biasala... cari makan bang...)... Pastikan juga kita membaca "review" dan pandangan dari orang2 yang "self sponsored" yang telah gunakan pelbagai jenis jenama dan tidak terikat dengan mana2 penaja...
Maksud saya,.. pelumba yang ditaja shimano.. akan katakan xtr lebih baik,.. dan yang ditaja SRAM.. akan katakan X.O lebih baik... last2 kita jugak yg pening... jd. mudahnya.. bandingkan sendiri secara teknikal. baca review dari pengguna "independent" dan cari kawan2 yang dah guna dan beli dengan duit poket sendiri dan tanya depa.. mana yg lg ok...
Kita juga perlu ambilkira fakta bahawa setiap jenis kerangka yang dikeluarkan adalah direkabentuk dan dibina oleh jurutera bertauliah serta pelumba profesional dan telah melalui pelbagai proses ujian makmal dan trek sebelum dipaten dan dipasarkan,... jadi tentunya mereka telah ambikira semua faktor yang kadang2 tidak terfikir (dan sesetengah itu, tak perlu difikirkan) oleh kita... jadi tentunya sedikit tidak adil untuk kita membuat andaian2 sendiri atau mendapatkan maklumat dari org2 yg kurang boleh dipercayai...
Sepertimana bila ada sesiapa yang katakan,..
"rear arm ni nmpak kecik laa,.. senang patah kalau buat drop..."
sedangkan dia x penah pon pakai frame itu... dan x pernah pun buat lompatan.... tentunya pandangan2 sebegini hanya lebih pd menyemakkan kepala sahaja...hehehe
Seterusnya, jom kita sembang2 bab Fungsi dan Kegunaan...
Full Suspension lebih sesuai jika....- Kita berkayuh Downhill atau freeride...
- Kita selalu melalui trail yang berbonggol dan membuat lompatan...
- Kita ada masalah sakit pinggul (x serasi dengan saddle)... dan mahukan lebih keselesaan
- Kita berkayuh pada trail yang "kasar"
- Kita mahukan basikal yang sesuai untuk banyak keadaan dan rupabentuk trail serta kekangan yang sedikit...
- Kita mahukan kayuhan yang lancar (kurang gegaran/hentakan)..
- Kita mahukan kawalan yang baik di trail "berhalangan" (berbatu, lubang, cerun...)
HardTail lebih sesuai jika....
- Kita berkayuh pada trail yang "lancar" (halangan yg minima) dan mahukan respon yang tepat.
- Kita perlukan kepantasan mendaki.
- Kita perlukan basikal yang lebih ringan.
- Kita perlukan kayuhan yang efisien (dan menjimatkan tenaga)
- Kita lebih tumpukan pada kayuhan rentasan desa (XC) yang mana elok untuk dapatkan basikal yang seringan mungkin...
- Kita perlukan basikal yang lebih mudah untuk diselenggara agar sentiasa dalam keadaan yang elok.
- Kita tidak buat lompatan yang ekstrim (cuma kadang2 saja.. lompatan malu2 menyeberang longkang)...
.... apa yg perlu difikirkan lagi?
FS dan HT direka untuk fungsi yang berbeza jadi dapatkanlah yang sesuai dengan trail, cara kegunaan serta kecenderungan kayuhan kita.
Dan faktor lain yang perlu fikirkan juga ialah tentang kos. FS selalunya lebih mahal dari HT, jadi.. jika kita kekurangan bajet untuk dapatkan FS yang "selesa dikayuh", lebih baik tumpukan pada HT dimana dengan bajet yang sama kita dapat lakukan tambahbaikan (upgrade) dengan komponen2 yang lebih baik dan tambahkan reliabiliti berkayuh..
Tambahan pula, realitinya...bagi kebanyakan kita pengayuh2 amatur ini, jarang2 yang fikirkan tentang perlunya mengejar masa (kelajuan), persaingan atau gaya kayuhan. Cuma bab "kehenseman" basikal yg selalunya diutamakan... jd rasanya, faktor2 lain itu tidaklah memainkan peranan yg besar sebagaimana faktor kewangan dalam menentukan kita membuat pilihan samada membeli FS atau HT.....
kesimpulannya, semuanya terletak atas kehendak dan kemampuan kita,.... segala bahan bacaan, review, video, pendapat kwn2 cuma jadikan sebagai "guideline" bukannya "rule" yg perlu sentiasa dipatuhi.... sekali lg.. tepuk poket, tanya bajet....
Sekian dulu untuk kali ni,.. sekali lagi diharapkan kalau ada tambahan info atau pembetulan ... sama2lah kita berkongsi di sini...
selamat hari kebangsaan... selamat berpuasa...
selamat berkayuh (berkayuh dengan selamat)... InsyaAllah berjumpa lagi...
wassalam... auf wiedersehen...
-RIDE ON-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan