:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Announcement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Announcement. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

Rombongan skuad sayur ke Sungai Buaya

Selamat berkayuh kepada ahli skuad sayur yang bakal sederap dan seirama di Karnival MTB 1 Batang Kali pada 17 April 2011. Selamat berkayuh jugak pada semua 996 kengkawan pengayuh berdaftar yang lain. Kayuh selow-selow tau!


"Emmm.. skuad sayor... my feveret!!"


NO NAME GENDER TSHIRT CATEGORY TAG NO
1 NAZRI ISMAIL MALE XL VETERAN MAN V-0529
2 CHIN YAN THIAM MALE L VETERAN MAN V-0530
3 CHIN TONG SENG sr MALE L VETERAN MAN V-0531
4 WAN SANG LEONG MALE L VETERAN MAN V-0532
5 MOHD ZAKI IBRAHIM MALE XL VETERAN MAN V-0533
6 IZANI MAT IL MALE L VETERAN MAN V-0534
7 BADRUL HISHAM HUSSAIN MALE M VETERAN MAN V-0535
8 CHONG SOO LAN FEMALE M OPEN WOMEN W-0536
9 CHIN TONG SENG jr MALE L OPEN M-0537
10 FISOL AHMAD MALE XL OPEN M-0538
11 MOHAMAD SUHAILY YUSRI CHE NGAH MALE L OPEN M-0539
12 SHAHRUL AHMAD AWANG ISMAIL MALE M OPEN M-0540
13 FAUZIE FISAL MALE L OPEN M-0541
14 ABD GHANI MANSOR MALE XL OPEN M-0542
15 YAMIN KAMIS MALE L OPEN M-0543
16 MOHD ZAMIR MOHD HUZAINI MALE XL OPEN M-0544
17 MOHD EFFENDI MAHMUD MALE XL OPEN M-0545
18 MOHD AZUWAN MAT ZULKIPLI MALE L OPEN M-0546
19 SHARIZAL SHAMSUDIN MALE XXXL OPEN M-0547
20 BADRUL HISHAM BUYONG MALE L OPEN M-0548
21 ZULKEPLI SAAD MALE L OPEN M-0549
22 FATHI KAMIL BADARUDIN MALE L OPEN M-0550
23 SAIFUL ZAHDI SHAMSUDIN MALE XL OPEN M-0551
24 MOHD RAFISAL NAEM ABDUL LATIF MALE L OPEN M-0552
25 MOHD SUKHRI HADAFI MOHAMMAD HANIF MALE L OPEN M-0553
26 MOHAMMAD NASIR BIN SUDIN MALE M OPEN M-0554
27 MOHD SYAFIQ IKHWAN ISMAIL MALE L OPEN M-0555
28 CHIN WENG FOO MALE L OPEN M-0556
29 MUHAMMAD FAIZAHAR BADRUL HISHAM MALE M JUNIOR BOY M-0557

Jumaat, 28 Januari 2011

Kayuhan Salam Perkenalan

Buat pengayuh-pengayuh TM BIKERS

Anda dijemput menyertai kayuhan bersama Sentosa Cycling Team...

Tarikh                 : 30/1/2011( ahad )
Tempat               : Tasik Balun, Kampung Balun, Slim River
Jam                    : 7:45 am
Lokasi Kayuhan : Bukit Serigala Slim River 

Kepada ahli-ahli TM Bikers anda di nasihatkan berhati-hati semasa membuat kayuhan....agar tiada yang di baham dan terbaham...dan selamat pulang tanpa sebarang kecacatan...
Kami di TM BIKERS sentiasa mengambil berat tentang kesihatan anda... semoga anda sentiasa berada dalam kemampuan maksimum untuk penampilan dalam setiap kayuhan....

Kejayaan Di Tangan Anda

Sokong Jangan Tak Sokong....
 Tahniah... 4 orang pengayuh tegar TM BIKERS telah mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) ke UiTM Race Challange pada hari Ahad 30/1/2011...Mereka adalah...

- Ali Al Rida bin Husin ( UPSI V007 ) James Bond
- Mohd Nasir bin Sudin ( UPSI V008) 
- Mohd Shukri b Hj Sulaiman ( UPSI V009 )
- Wan Muhammad Hassanudin bin W. Mamat ( UPSI V 10 )

Sama-samalah kita turun ke Shah Alam memberikan sokongan...kayuhan bermula jam 7:30am...

Khamis, 27 Januari 2011

Kayuhan Malaam... MR. DOG ( Off Road )

Tuan..Tuaaan...Puan..Puaaaan...

Sekali lagi minggu ini kami di TM BIKERS menjemput anda peminat basikal lasak seluruh Malaysia menghayati kayuhan malam di Tg Malim.....

Tarikh    : 11/3/2011 ( Jumaat )
Masa     : 9 pm
Tempat  : Hadapan Klinik Syifa

Berdasarkan tajuk kayuhan seperti diatas...kami di TM BIKERS mengharapkan kayuhan ini tidak akan menghasilkan TRAUMA buat anda...

Sumbangan menyumbang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,...

Hasil dari sembang-sembang kat Abad filling station semalam,...

Ada cadangan untuk kita wujudkan tabung kewangan kelab...

Kutipan yang dicadangkan adalah RM10 sebulan tetapi terpulang kepada rakan-rakan samada hendak menyumbang kurang atau lebih (kalau lebih sangatttt lah dialu-alukan... kecik tapak tangan, siku tukangkebun kami tadahkan)....

Hasil tabungan nanti harap2nya dapatlah kita :
  • Tampung sedikit sebanyak kos perjalanan rakan2 ke Jamboree,.. kayuhan luar kawasan...
  • Sesekali buat makan-makannnnnn...
  • Beli kamera baru untuk wartawan rasmi majalah pelam.....
  • Beli groupset baru untuk pojie Beli motocross untuk marshall pisang.....
  • Dan perbelanjaan2 lain yang tabungan kita termampu.....
Sumbangan ini adalah ikhlas atas semangat rakan-rakan kayuhan TMbikers... tiada paksaan atau jumlah yang tetap (RM10 hanya cadangan)...

Apa2pun jika ada cadangan dan idea2 lain dari rakan2,.. bolehlah kita berkongsi sama-sama......


Terima kaseyyyy....

-pojie sayog-

Isnin, 24 Januari 2011

Jamboree oooo...jamboree...

ADA BERANI...Sapa BERANI...Jom kita P..


Kepada pengayuh-pengayuh tegar TM BIKERS dan kelab-kelab anak angkat...Sweeper-swepeer yang setia bersama TM Bikers ( C. Omaq @ Pak Din Rit ) anda semua dijemput untuk menyertai jamboree seperti di lampiran ...

Untuk penyertaan sila SMS nama No Kad Pengenalan dan saiz baju beserta wang ringgit kepada abang kebun di talian :-
0192532050

TM Beskal abang brongko dah tak sabaq ni....sapa nak join dia CEPAAAAT...

Selasa, 18 Januari 2011

KAYUHAN MALAM ( OFF ROAD )

PERHATIAN...

Kepada warga-warga TM BIKERS Kelab-kelab sekutu,Peminat basikal lasak seluruh negara...kini kami di TM BIKERS kembali menikmati kayuhan malam Off Road...kepada sesiapa yang berminat dipersilakan menikmati kayuhan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 21/ 1/2011 ( Jumaat )
Tempat : Hadapan Klinik Syifa
Jam : 9:00 pm

Tidak ketinggalan kepada sweeper yang setia...bersiap sedia lah dgn kepakaran anda...( Cikgu Omaq @ Pisang )

Jumaat, 7 Januari 2011

Kayuhan Hujung Minnggu...

PERHATIAN....!
Kepada pengayuh - pengayuh TEGAR TM BIKERS, Kelab-Kelab Sekutu, Pengayuh-pengayuh seluruh Malaysia yang berminat untuk menyertai kayuhan Hujung Minggu bersama TM BIKERS...kami mengalu-alukan anda bersama kami menjelajah semula laluan trek PKNS BERNAM JAYA.

Tarikh    : 9 Januari 2011
Masa     : 8am
Tempat  : Klinik Syifa ( Berhadapan Pintu Masuk UPSI )

Tiada yuran penyertaan...segala kelengkapan kayuhan adalah atas kepekaan individu... bantuan teknikal akan diberikan secara kerjasama terutama sekali dari kepakaran pengayuh Tegar TM Bikers. Janagan risau...anda semua akan selamat berdasarka rekod kayuhan sebelum ini  "INSYAALLAH"....

Khamis, 6 Januari 2011

Salam Takziah...

Assalamualaikum,.. salam sejahtera..




Salam takziah buat sahabat kita P.M Dr Suhaily dan seluruh ahli keluarga beliau atas pemergian Ayahandanya.

Allahyarham telah sempurna dikebumikan pada petang hari ini (Khamis, 6 Januari 2011) jam 4.30pm.

Semuga Rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman, InsyaAllah.

Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah.

Selasa, 28 Disember 2010

Kayuhan Malam Tahun baru-Putrajaya... Ada Minat???


Kayuhan santai sempena sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya...

Maklumat seperti berikut :

Tarikh: 31.12.2010 (Jumaat)
Masa : 8.00malam (sila rujuk poster untuk tentatif program)
Lokasi : Jambatan Putra, Presint 1
Jarak : 15-20km (Laluan Persisiran Tasik Putrajaya)
Basikal :
Bebas (kesesuaian untuk kayuhan tarmac)
Yuran : RM2.50 (untuk perlindungan insuran)

Jamuan ringan dan cabutan bertuah disediakan.....

Ada yang berminat? boleh mula bincang2kan...


Selasa, 21 Disember 2010

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!...


Assalamualaikum,... salam sejahtera...

Terlebih dahulu,..

Tahniah kepada pengayuh-pengayuh tegar TMBikers yang telah berjaya menamatkan kayuhan Thompson Trail, Cameron Highland pada 19hb Disember 2010 dengan jayanya walaupun menempuh trail yang mencabar beserta selingan terjunan-terjunan yang tidak disengajakan....

Jutaan terima kasih juga kepada ahli-ahli yang telah menyumbang tenaga dalam persediaan awal; menanda trail, menyediakan pengangkutan, menjaga keselamatan, makanan, minuman dan lain-lain...

Berbalik kita kepada PENGUMUMAN,....

1. Kepada ahli-ahli dan individu yang telah atau ingin menempah baju/jersi TMBikers, sila berikan nama, saiz baju dan bayaran penuh kepada Fisol@Marton pada :
  • Jumaat (24hb 12. 2010), 9.00malam; Klinik Syifa (Sebelum mula rutin kayuhan malam)
  • Jumaat (24hb 12. 2010), 11.00malam; Restoran mamak 24jam (Semasa berkumpul selepas kayuhan)
Tempahan akan dibuat selepas semua bayaran diterima dan akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan...


2. Kepada ahli-ahli TMBikers (procity pon bleh...hehe) yang berminat untuk menjadi penulis/pengarang untuk blog TMBikers, bolehlah berikan nama dan alamat emel kepada Pojie (fauziemh@yahoo.com) atau boleh juga ditulis pada ruang komen atau "shoutbox" blog..

Ini kerana, pengarang-pengarang blog yang ada tidak dapat membuat kemaskini aktiviti-aktiviti TMBikers kerana ada yang masih dalam tempoh "berpantang" dan ada yang kekurangan sumber (kamera dan masa)...

Dengan adanya tambahan pengarang,.. maka ahli-ahli yang menyertai mana2 jambori dan aktiviti bolehlah terus kemaskini dan "update" blog...

Tambahan info,... kepada yang berminat untuk menjadi pengarang blog,... sumbangan penulisan anda tidak hanya tertakluk kepada aktiviti kayuhan TMBikers sahaja,.. ianya boleh meliputi apa sahaja topik samada perihal aktiviti diri anda sendiri, kisah-kisah humor, berita semasa ataupun mencari jodoh.. selagi tidak melibatkan sensitiviti agama, perkauman atau bahan-bahan lucah (yg tu simpan sendiri,.. jgn tunjuk kt org).....
... kalau malu2 untuk mengarang pun tak apa, cuma memadai dengan uploadkan gambar...

Sekian,... TERIMA KASEYYYYYYYYYYYYY....

Isnin, 13 Disember 2010

T-Shirt/Jersi TMBikers

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

T-Shirt TMBikers yang kita nanti-nantikan sekian lama telah siap di"design" oleh Fisol aka en. Marton...

Kami sedia menerima tempahan dari ahli TMBikers dan rakan-rakan yang berminat (ahli Procity yg SEORANG tuu dan ahli2 TMBikers yang berpaling tadah juga dialu-alukan untuk mengorder hehehe)..

Maklumat yang dapat diberikan buat masa ini adalah:
-T-Shirt/Jersi berlengan panjang dengan logo di depan dan tulisan "tmbikers.blogspot.com" di lengan.
-Kain berkualiti jersi...
-Harga dalam lingkungan kurang dari RM50 (lebih banyak tempahan, harga boleh dirunding lagi)...

Design yang telah siap tidak dapat dipaparkan lg buat masa ini kerana en. Martun kita ada sedikit masalah teknikal untuk menghantarnya ke-emel blog...
tetapi adalah difahamkan design tersebut telah mendapat persetujuan dari en Izani...

Untuk pertanyaan lanjut dan urusan tempahan (berkenaan design, saiz baju dll) bolehlah hubungi :

Fisol@Marton 013 3045457 atau tinggalkan mesej di "shoutbox" atau ruangan komen...

Terima kasih....

Pengayuh Tegar TMBikers - Thompson Trail





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,...

Rakan-rakan,.. adik-kakak,.. pakcik-makcik yang kayuh beskal sekelian,... adalah dimaklumkan, TMBikers beserta kelab sekutu kami akan menganjurkan kayuhan santai menyusuri Thompson Trail, Cameron Highland.

1. Butiran kayuhan :

Tarikh : 19 Disember 2010
Hari : Ahad
Mula Kayuh : 8.00 pagi
Jangkaan Selesai : 4.00 Petang seterusnya bersantai minum teh atas tajaan TMBikers..


2. Butiran sebelum kayuhan :- Bagi pengayuh yang akan bertolak dari Tg Malim...

Tempat kumpul : Klinik Syifa atau rumah Abad (akan ditetapkan kemudian)
Masa kumpul : 12.00 Tgh Malam
Masa Bertolak : 1.00 Pagi

Tujuan program kayuhan adalah untuk merapatkan hubungan sesama rakan pengayuh dan merebut gelaran "Pengayuh Tegar TMBikers"....

Kami juga ingin menjemput rakan-rakan serta para pengayuh yang berminat untuk turut serta berkayuh dan bersantai bersama-sama kami...

Sesiapa yang berminat,.. bolehlah berikan "Nama" dan "No. KP" kepada kami melalui :

1. Abad 019 6679011
2. Izani 012 6370885
3. Ramdzan "Ironman" 019 2345003

atau boleh juga tinggalkan butiran anda di "shoutbox" blog atau ruangan komen...

Terima kasih..

*****UPDATE...
Pengayuh yang menamatkan kayuhan akan menerima pass pengiktirafan "Pengayuh Tegar TMBikers"... contoh spt di bawah...






peta trail



elevation


p/s : imej2 peta trail dan "elevation" adalah hasil kerja adiharriman di http://adiharriman.com/blog/?p=1113 ...terima kasih...

Selasa, 16 November 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1431H


Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam.
Semoga mendapat Haji mabrur kepada yang senang menunaikan ibadah haji.
Juga selamat membuat ibadah korban.

Moga semua amalan kita diterima di sisi Allah SWT..

Isnin, 25 Oktober 2010

Kayuhan Offroad Malam 25 Oktober 2010,... Persediaan untuk ECC Melaka



Assalamualaikum,.. salam sejahtera...

Sesi kayuhan offroad malam akan diadakan sebagai persediaan untuk Jambori ECC Melaka...

Hari/Tarikh : Isnin/25 Oktober 2010
Masa : 9malam
Tempat kumpul : Klinik Syifa
Laluan : Klinik Syifa-Kebun Pisang-R&R (Abad Filling Station)-Klinik Syifa...
Jarak : hanya kira2 15km

Jangan lupa tukar tayar sotong ke tayar offroad.....

Semua riders yang berminat adalah dijemput.... JOM MAIN SELUTTTT!!!

Khamis, 21 Oktober 2010

Kayuhan Offroad Malam,... Persediaan untuk ECC Melaka

Assalamualaikum,.. salam sejahtera...

Sesi kayuhan offroad malam akan diadakan sebagai persediaan untuk Jambori ECC Melaka...

Hari/Tarikh : Jumaat/22 Oktober 2010
Masa : 9malam
Tempat kumpul : Klinik Syifa
Laluan : Klinik Syifa-Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-R&R (Abad Filling Station)-Klinik Syifa...

Jangan lupa tukar tayar sotong ke tayar offroad.....

Semua riders yang berminat adalah dijemput....

Ahad, 17 Oktober 2010

Jambori Basikal Lasak UPSI 2010- Selesai sudah..... -update tambahan beberapa photo..


Assalamualaikum,.. salam sejahtera...

Alhamdulillah selesai sudah program Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 pada hari ini (17 Oktober 2010).

Kami dari TMBikers, Procity dan penganjur utama iaitu Pusat Sukan UPSI ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan pengayuh serta kelab-kelab MTB yang telah menyertai dan menyokong program ini..

Tidak lupa juga penghargaan kepada penaja-penaja yang menyumbangkan hadiah-hadiah cabutan bertuah, pihak keselamatan UPSI, pusat kesihatan UPSI, Jabatan Bomba, Polis dan pelajar yang membantu perjalanan Jambori serta rakan-rakan yang menyumbangkan tenaga dan masa sepanjang persediaan dan perjalanan Jambori...

Di kesempatan ini,.. bagi mewakili pihak penganjur.. saya ingin memohon kemaafan di atas beberapa kepincangan terutamanya yang paling ketara ialah kelewatan waktu permulaan (flag off)...

Kami amat-amat berharap agar rakan-rakan serta ahli-ahli kelab yang menyertai jambori hari ini dapatlah menegur kesilapan, memberi kritikan dan cadangan-cadangan agar dapatlah kami memperbaiki dan mengambil iktibar atas kelemahan-kelemahan yang ada dari penganjuran kali pertama ini...

InsyaAllah dari sumbangan idea dan kritikan-kritikan yang akan diterima ini akan membantu kami dalam perancangan Jambori di tahun-tahun kehadapan... InsyaAllah...

Setiap teguran bolehlah dimajukan ke ruangan komen atau shoutbox...

Sekali lagi sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih dan InsyaAllah berjumpa lagi kita di Tanjong Malim di masa hadapan...

Wassalam..

*UPDATE... beberapa photo Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 dari lensa Izani...

















Untuk koleksi penuh foto sila klik di sini...







Isnin, 11 Oktober 2010

Jambori Basikal Lasak UPSI - Makluman Terkini... 11 Oktober 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera,...

Seperti yang kita sedia maklum,.. penganjuran Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 adalah juga bagi meraikan pesta konvokesyen UPSI...

Dengan itu, dijangkakan suasana pada hari Jambori nanti akan meriah dan kemungkinan agak sesak dengan kenderaan ibu-bapa, ahli keluarga serta para pelajar dan secara tidak lansung akan menghadkan ruang parkir kenderaan....

Bagi mengatasi masalah kesesakan dan untuk memastikan keselesaan para peserta Jambori,.. pihak urusetia dengan kerjasama pihak keselamatan UPSI telah menyediakan kawasan khas untuk para peserta berkumpul dan memparkir kenderaan.

Untuk tujuan mengenalpasti kenderaan peserta, pihak urusetia telah menyediakan "pas kenderaan" untuk dicetak dan dipaparkan dicermin hadapan atau "dashboard". Dengan pengenalan ini, akan memudahkan pihak urusetia/keselamatan untuk menunjukkan laluan ke tempat berkumpul/parkir kenderaan peserta...

Sila Klik di sini untuk mencetak atau memuat turun "pas kenderaan"

Disertakan juga kemaskini terkini senarai peserta,.. jika ada persoalan silalah berhubung dengan urusetia Jambori atau boleh juga di taipkan ke shoutbox blog..

Sila klik di sini untuk kemaskini senarai peserta

Terima kasih. Wassalam..

Ahad, 10 Oktober 2010

Jambori Basikal Lasak UPSI - Makluman Terkini...




Assalamualaikum,.. salam sejahtera...

Terlebih dahulu, bagi pihak penganjur Jambori,.. kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan para peserta yang telah mendaftar dan menyokong Program Jambori UPSI ini...

Di sini disertakan senarai terkini para peserta yang telah mendaftar...

1. Sila klik di sini untuk senarai penuh peserta

2. Sila klik di sini untuk senarai peserta mengikut kategori


Seterusnya, dilampirkan peta lokasi melapor diri dan mengambil "goodies" pada hari jambori nanti... (Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas)



Jika terdapat sebarang pertanyaan, peserta bolehlah hubungi urusetia Jambori:
  1. En. Effendi- (Pusat Sukan UPSI) : 012 2391395
  2. En. Izani- (UPSI/TMBikers) : 012 6370885
  3. En. Fisol- (UPSI/TMBikers) : 013 3045457
  4. En. Badrul aka Abad- (TMBikers) : 019 6679011

Selamat beriadah dan ceria selalu... Terima kasih...

Selasa, 5 Oktober 2010

Pendaftaran Bernam Jaya MTB Jamboree 2010


PERHATIAN..... PERHATIAN....

Assalamualaikum.... Salam Sejahtera...

Kepada kawan2 yang berminat untuk menyertai Bernam Jaya MTB Jamboree 2010 pada 5 Disember 2010, sila berikan nama, no kad pengenalan dan bayaran yuran pendaftaran kepada Fauzie...

Pendaftaran akan dibuat dalam satu kumpulan untuk memudahkan urusan pembayaran dan kutipan goodies semasa hari jamboree nanti..

Kutipan yuran sebanyak RM50 seorang akan dibuat pada sesi kayuh akan datang iaitu Rabu malam : 6 Oktober 2010 dan semasa majlis tahlil di rumah Izani pada Jumaat : 8 Oktober 2010...

Sila nyatakan juga jika ingin membuat tempahan no plate; tempahan adalah percuma...

Terima kasih
Related Posts with Thumbnails