Tahun 2004,..
TMBikers ke Trengganu.. dengan beberapa siri kayuhan ke Tasik Kenyir, Jeti Marang ke Pantai batu Buruk, KT dan lepak2 di Pulau Kapas..
Kali ini basikal dbawa dengan lori En. Razak....
Tempat persinggahan pertama ialah rumah org tua En Azam Dungun untuk berkumpul, bersarapan dan persediaan untuk kayuhan..
Kayuhan hari pertama ke tasik Kenyir (tak pasti permulaan dari mana).. laluan tarmac sepenuhnya dengan beberapa pendakian.. kebanyakannya masih keletihan kerana perjalanan memandu jauh sepanjang malam.. (walaupun sesetengahnya hanya tidur seperti katak).. sesampainya di tasik,.. kami dihidangkan dengan jamuan yang ditaja oleh YB (kalau tak silap) dan diuruskan oleh salah seorang pelajar En Raja... terima kasih banyak2... legalah sikt letih dan hilang kebuluran...
Seterusnya waktu petang.. terus ke Jeti marang untuk naik bot ke Pulau Kapas... basikal ditinggalkan.. tetapi dengarnya di Pulau kapas juga ada trail untuk kayuhan...
Perjalanan dengan bot agak mencemaskan memandangkan keadaan ombak yang agak kuat dan angin yang kencang.. kesan dari musim tengkujuh.. sehinggakan bot yang kami naik tidak dapat rapat ke jeti.. perlu bertukar ke bot yang lebih kecil untuk mendarat..
Hanya satu malam di P. Kapas dengan menginap dalam khemah yang dibawa sendiri...
Esoknya.. patah balik ke Marang dan berkayuh sepanjang laluan utama Marang-KT.. sehinggalah ke Pantai batu Buruk... perkara pertama yang dibuat ialah makan nasi ayam Hainan Batu Buruk yang sungguh sedap.. (nasi ayam ini dicadangkan oleh Che Mat) .. dan malam itu menginap di satu Resort di Batu Buruk (dah lupa namanya..)..
Hari berikutnya,.. cuma kayuhan santai di Bandar K. trengganu sambil singgah minum air buah gelas besar...
Hari terakhir sebelum balik ke Tg malim,.. singgah sekali lagi ke rumah org tua En. Azam Dungun,.. sambil dihidangkan dengan nasi berlaukkan masakan kampung yang sungguh sedap.. terima kasih sekali lagi...
setelah itu,.. perjalanan balik diteruskan ke Tg malim... bilalah nak organise ronda2 lagi agaknya?..
Beberapa gambar percutian..
Sarapan di rumah Azam
Kayuhan dan makan di Tasik Kenyir
Jeti Marang
Perjalanan ke P. Kapas
Bertukar Bot
Pulau Kapas
Bertolak balik ke Marang
Marang ke Batu Buruk
Batu Buruk
Makan Tengahari sebelum balik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan