:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 29 Januari 2009

Recce Trail di Kampung Batman.... By AO.

-Artikel dari blog lama-


Baru2 ni saya telah berkesempatan untuk buat recce trail baru di Kampung Kelawar Tg Malim dekat Behrang 2020...

Trail ni merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang baru ditanam semula... So tak sesuai la kalau nak ride pagi sebab mungkin agak panas... Waktu yang paling sesuai adalah waktu petang sekitar jam 5.oo hingga 7.00...

Trail ini bukanlah merupakan trail long distance... Ianya lebih merupakan trail untuk light climb training, slippery DH technique, dan leisure ride untuk membuang peluh...

Jarak keseluruhan loop taril ini adalah lebih kurang 15km termasuk lebih kurang 3km tarmac ride....

Offroad trail menyediakan beberapa siri long slope climb dengan kecerunan bukit kira2 25% hingga 35% escending...

Terdapat 2 siri DH yang tak kurang tricky nya... DH pertama dengan jarak lebih kurang 200 meter berkecerunan lebih kurang 35% descending... Namum begitu permukaan tanah yang dilatari oleh batu2 kerikil agak memerlukan kawalan dan teknik yang rapi agar tayar tidak mengelongsor dan buleh menyebabkan kita hilang kawalan... Ini ditambah lagi dengan kewujudan 90 degrees right turn yang memerlukan kita membrek untuk mengambil selekoh.... Tersilap langkah kita mungkin akan terhumban ke dalam lurah yang menanti berhadapan selekoh tersebut...

DH kedua adalah merupakan DH yang agak pendek tetapi mempunya kecerunan lebih kurang 45% descending yang juga dilatari oleh batuan kerikil yang agak slippery.... Kalau bahasa kampungnya...dipanggil batu lada... Sedikit kesilapan pengawalan... Mungkin menyebabkan kita akan mengalami kemalangan...

Secara keseluruhan...Trail ini lebih sesuai bagi intermediate XC riders...Bagi rider2 yang dah pro...trail ini mungkin tak memberikan thrill yang diingini... Sekadar untuk mengeluarkan peluh aje...




Apa2 pun setiap trail ada kelebihan dan kekurangannya... Terpulang kepada individu untuk menentukan trail bagaimana yang hendak diduga... Yang penting ianya boleh memberikan kepuasan dan menitik beratkan ciri2 keselamatan diri ketika berkayuh...

Keep on riding guys... and have a nice day...

-ARTIKEL ASAL DARI NUKILAN SAUDARA A.O-

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails