:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 26 Januari 2011

Offroad Ladang Escot (20 Januari 2011)

Khamis, 20 Januari 2011. Ngehngehngeh!! Hari ni public holiday thaipusam. Disebabkan malam tadi tukangkebun tak kayuh, cuma jadi papajahatrazi aje... maka kayuhlah pagi ni. Cuma 3 ahli skuad sayur aje yang berkayuh iaitu tukangkebun, Ijoi dan Bob. Kayuhan yang asalnya boleh mula 7.30am terpaksa ditangguh ke pukul 8.00am sebab tayar beskal kebun bocor la pulak..

Pagi ni kami terjah trek Ladang Escot. Ngehngehngeh!!! Mula dari Ketoyong~Simpang Empat~Warisan Bernam Resort~Ladang Escot~Taman Bahtera~Ketoyong. Distance pulak tak taula pasal semua tak pakai meter, tapi rasa dalam 15-20km agaknye. Lama tak kayuh kat sini trek pun dah bersemak abis terutama dari Warisan Bernam nak ke kebun durian/ simpang Maybank. Tapi downhill dari kebun durian ke Ladang Escot memang mantap. Jalan pun bersih aje... Tapi tukangkebun layan slow-slow aje la. Maklumlah pengayuh lemah la katakan.. huhu!! Kami bertiga selamat balik rumah lebih kurang pukul 12.00pm lepas minum kat Taman Bahtera.

*Berita offroad malam 22 Jan 2011 akan datang.. hihihihi!!!


Ijoi aka Raja Pecut kat tepi sungai dekat Teratak Riverview

Albob yang feminin dengan topi beskal racing dulu kala mengikut dari belakang...

tarmac sini pun dah macam offroad pulak sekarang..

Ijoi: "isshhh... macam mana buleh jadi macam ni? tu la, aku dah bagi bajet suruh buat hiway deme pegi upgrade beskal!"

tukangkebun: "Jap-jap.. bior aku pikio macam mana nak terjun.. eemmmm.."

Ni la antara cabaran yang membasahkan ketiak kat trek ni..

Tengok tu.. celah-celah pokok tumbang pun boleh kayuh.. memang hebat la abang brader ni..

Asik kayuh aje, penat la beskal aku. Mehei ni.. kat malaysia ada 3 aje..

Gambo cover majalah pelam februari 2011. Cute kan? :P

Road block kat kebun durian. "Betul ke takde ape2 dalam beg tu? Gelembung semacam aje? Meh bagi pakcik tengok.."


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails