:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 18 Januari 2011

Berdua-duaan di Bukit Lahanat (15 Januari 2011)

Sabtu, 15 Januari 2011. Assalammualaikum kengkawan. Pukul 7.15am tengah syok-syok peluk anak tiba-tiba aje dapat sms dari jiran ajak kayuh. Walaupun program kayuhan memang tak masuk dalam kalendar tukangkebun hari sabtu tu, tapi atas semangat kesayuran dan memandangkan hari ahad besok kena keje dan takleh kayuh (dengo kabo geng-geng jahat pegi kayuh kat Kuala Kubu.. report please!), maka sepantas kura-kuralah tukangkebun bersiap. Lebih kurang 8.00am, Jai yang dah warm up 10 laps keliling kampung dah pun naik letih menunggu tukangkebun kat depan rumah.

Arah tujuan kayuhan pagi ni ialah Bukit Lahanat!! Muahahaha!!! Gelak jahat sikit! Bukit Lahanat ni sebenonya tidak lah seteruk mana bagi rider-rider yang kuat makan jamu dan gagah perkasa macam Abad atau Tonga. Tapi bagi rider sayur dengan kuasa kuda rendah macam Pojie misalnya (huhuhu!!!) maka memang terserlahlah kelahatannya. Pasti terpacul sesikit waktu mendaki "lahanat betul bukit ni!!". Kalau tuan-tuan dan puan pernah menyertai Jambori Basikal Lasak UPSI 17 Oktober 2010 yang lepas dan tak terlepas simpang (huhu!!), bukit kedua terakhir downhill sebelum tarmac tulah yang dipanggil Bukit Lahanat. Cuma kalau downhill idokle lahanat jadinya.. ate cube deme uphill pulak... Pergghh!! (keluh rider sayur).

Seperti biasa disebabkan kayuh berdua-duaan, maka kami berdua meluangkan masa yang agak lama berehat kat Bukit Lahanat untuk mengambik nyawa dan berkongsi perasaan. Huhu!! Lebih kurang dapat la dalam 12-15km pagi tu. Pukul 10am dah sampai rumah.. senyum aje Puankebun.. huhu!! Tahniah untuk Jai yang semakin dapat momentum untuk kayuh. Insyaallah lepas ni kita boleh kayuh jauh lagi. Para penonton semua jemputlah tengok gambo yang mana ada ye..



Jai tanpa masalah mendaki busut kecik sebelum bukit Lahanat. "Ini ke bukit lahanatnye?? cehh.. takde ape pun!"

"@#%$%^ punya bukit!! Memang #$$&%!* betul la!!" Jai ketika pendakian sulungnya di bukit lahanat. Huhuhu!!!

Tak sia-sia kita mencarik pasal tadi.. adapun downhill!

jaga Jai! jaga! lopak depan tu!!!

"bukit lahanat pun aku boleh.. apa sangat la lopak yang tak seberapa nih.."

Single track salah jalan. patah balik...

jejaka kacak yang menjadi teman kayuhan Jai pagi ni.. Pheeewwiiitt!!!

Tak mau tergugat dengan kekacakan tukangkebun... Jai menunjukkan pulak kekuatannya.. Pergghh!! gagah!!



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails