:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 27 Januari 2011

Sumbangan menyumbang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,...

Hasil dari sembang-sembang kat Abad filling station semalam,...

Ada cadangan untuk kita wujudkan tabung kewangan kelab...

Kutipan yang dicadangkan adalah RM10 sebulan tetapi terpulang kepada rakan-rakan samada hendak menyumbang kurang atau lebih (kalau lebih sangatttt lah dialu-alukan... kecik tapak tangan, siku tukangkebun kami tadahkan)....

Hasil tabungan nanti harap2nya dapatlah kita :
  • Tampung sedikit sebanyak kos perjalanan rakan2 ke Jamboree,.. kayuhan luar kawasan...
  • Sesekali buat makan-makannnnnn...
  • Beli kamera baru untuk wartawan rasmi majalah pelam.....
  • Beli groupset baru untuk pojie Beli motocross untuk marshall pisang.....
  • Dan perbelanjaan2 lain yang tabungan kita termampu.....
Sumbangan ini adalah ikhlas atas semangat rakan-rakan kayuhan TMbikers... tiada paksaan atau jumlah yang tetap (RM10 hanya cadangan)...

Apa2pun jika ada cadangan dan idea2 lain dari rakan2,.. bolehlah kita berkongsi sama-sama......


Terima kaseyyyy....

-pojie sayog-

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails