Ahad, 25 April 2010. Setelah sekian lama tidak beroffroad, akhirnya ahad lepas berjaya jugak tukangkebun & geng TMBikers yang lain mencicah tanah. Sebenarnya minggu lepas (18 April 2010) pun diorang offroad jugak, tukangkebun aje yang takde kerana menjalankan urusan dunia. Walaupun ramai reporter yang kayuh hari tu tapi takde satu gambo pun berjaya diamik, maklumlah kamera kat Tanjong Malim ni mehei regenya, tukangkebun sorang aje yang mampu beli.. huhu!! Kayuhan hari ni yang kebetulan bersekali dengan Selangor Mountainbike Challenge 2010 pun hanyalah dirancang saat akhir semasa kayuhan bersama Rajkumar jumaat lepas.
Walaupun penganjur (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan) suruh kumpul 7.30am tetapi kayuhan hanya dapat bermula jam 8.45am kerana penganjur masih lagi "on the way" sejak pukul 7 lagi dari Behrang 2020, jauh tu!! Seramai 13 orang pengayuh yang telah sedia menanti terpaksa dirasuah dengan nasi lemak medan untuk meredakan keresahan sementara menantikan penganjur.
Destinasi kali ni ialah Bukit Lumut! Kami bergerak dari Klinik Syifa-Kota Malim Prima-kampus UPSI baru-Bukit Lumut-Tokong Cina-Lubuk Keling-Warisan Bernam Heritage Resort-Ladang Escot-Taman Bahtera-balik. Jarak lebih kurang 30km dan tamat sekitar jam 12.30pm. Sesekali tu rase macam saspen jugak tatkala downhill, maklumlah dah lama tukangkebun tak offroad. Tapi alhamdulillah, semuanya selamat walaupun ada sesekali rider yang tercium tanah time downhill. Kami di TMBikers jugak nak mengucapkan terima kasih pada Pian dari Muar yang sanggup untuk berkayuh bersama kami buat buat kali ke-3. Walaupun dia agak kecewa pasal Rajkumar takde pagi tu, tapi takpelah Pian, jangan serik ye.

Bronco (no 56) hampir2 bertukar hijau menjadi hulk. Nasib baiklah penganjur (belakangnya) dah sampai.
Ish!! seluar ngan kasut pun bukak abis! Dia buat apa kat tepi sungai ni? Ber#k ke?? Atas sebab keselamatan, kelucahan dan pencemaran alam sekitar, gambar suspek terpaksa dipotong sampai kaki aje.
Berehat dulu sementara menunggu seorang pengayuh misteri (disyaki penganjur) ber#k!
Tukangkebun bersama jejaka seksi Bronco (nampak pusat)
Tanpa Rajkumar, Zaki (seluar biru) seolah-olah takde mood nak mendaki bukit lumut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan