:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 7 Januari 2011

Putrajaya Inter-Parks Ride 2010 (31 Disember 2010)

Jumaat, 31 Disember 2010. Assalammualaikum semua. Alhamdulillah pada hujung tahun lepas (2010), betul-betul punya hujung, sekumpulan 11 + 3 remaja kampung dari Tanjung Malim & Slim River, Perak telah berjaya menjejakkan kaki dan tayar beskal buat pertama kalinya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Rombongan Che Kiah ke Putrajaya telah diangkut dengan 4 ekor unta standard pelbagai kaler bergerak kira-kira jam 4.30pm. Dengan berkhemahnya, kesemua lorong tol iaitu smart tag, touch n go dan tunai digunakan untuk memastikan remaja kampung ni dapat menyertai program kayuhan santai Putrajaya Inter-Parks Ride anjuran Perbadanan Putrajaya.

Disebabkan inilah kali pertama remaja kampung ni tiba di Putrajaya maka beberapa pusingan unta telah dibuat untuk makan angin sambil tercari-cari lokasi kayuhan. Kesemua remaja ini tak habis-habis ternganga, kerespekan dan memuji-muji keindahan dan kesofistikatedtan senibina Putrajaya yang begitu berbeza dengan Tanjung Malim dan TF Value Mart. Huhuhu!! Selesai pendaftaran dan pengambilan pisang, remaja kampung ini telah dibawa makan sambil menghayati keindahan tasik putrajaya.

Kayuhan sebenar bermula kira-kira jam 9.30pm. Diberitakan lebih 1000 pengayuh pelbagai usia dan jantina terlibat. Yang menariknya jugak ialah penglibatan pelbagai spesis beskal daripada roadies, fixies, xc, downhill, dirtjump, lipat (ape kenamanya teman tak tau yop!), tayor depan beso tayo belakang kecik (@tokmtb), klasik, futuristik, cap ayam, cap gajah duduk semuanya ada! Bangga sungguh remaja kampung Tanjong Malim melihat keharmonian komuniti berbasikal yang bersatu dalam satu kayuhan.

Disebabkan format kayuhan adalah santai dan bergumbira maka memang relaks sungguhlah remaja kampung ni berkayuh. Apatah lagi mereka telah bersetuju menetapkan Shakir yang juga remaja tertua dalam kumpulan sebagai lead rider. Semua remaja TMBikers lain tak boleh potong dia. Kalau tak mereka akan "dipotong" cuti sekolah nanti, huhuhu!!! Kayuhan dipenuhi dengan gelak ketawa, usik-mengusik, gurau-senda, senyuman manja, borak-borak dan sorakan tahhapekebendanye sepanjang masa. Remaja kampung ni bersama dengan 1000 yang lain telah di bawa bersiar-siar menghayati keindahan Putrajaya diwaktu malam menelusuri taman-taman indah sekeliling tasik.

Alhamdulillah mereka semua selamat berkayuh dan tidak terseliuh kecuali seorang (dirahsiakan untuk keselamatan) yang terberak secara tergesa-gesa di tandas CP2. Kayuhan tamat sekitar 11.30pm sambil pengayuh dihiburkan dengan persembahan Ezlyn dan kumpulan Bari-Bari kalau tak silap. Tepat 12 malam, 1 Januari 2011 lagu Negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat oleh semua pengunjung. Walaubagaimanapun cubaan remaja ni untuk menyanyikan pula lagu sekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim telah dihalang kerana tiada sambutan. Rombongan Che Kiah yang membawa remaja ni selamat sampai di Tanjung Malim lebih kurang 4.00am, Sabtu, 1 Januari 2011. Perggh!! Dua tahun tu pegi Putrajaya! Mereka menyambung sesi ngeteh di Taman Bahtera manakala remaja kebun dan pasangannya terpaksa menarik diri sebab nak daftar anak sekolah agama pukul 9.00am pagi tu.

Kesimpulannya kami, remaja kampung dari Tanjung Malim & Slim River, Perak nak ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kayuhan ni terutamanya Perbadanan Putrajaya dan PujMAC (marshalls). Mintak maap buat semua riders kalau ada yang terusik sana sini. Hidup beskal!!!

ps: Jangan lupa Ahad pagi ni kita return offroad Bernam Jaya.



Upacara dimulakan dengan menyain kontrak di sebelah petang

TMBikers di depan khemah pendaftaran

Geng pisang bersama 'senjata' masing-masing. Dari kiri: Fisol, Zaki, Bronco, Izani, Omar Jr (depan), Apik, Abad, Shakir (depan), Cikgu Omar, Saiful UPSI & tukangkebun.

Kat depan pentas utama. Hanya tukangkebun aje yang masih berpisang.

Makan malam kat bawah Dataran Putra rasanye. ABC dia mahal betul!

Di garisan permulaan. Nampak, belum kayuh pun dah hepi.. Sape angkat Colnago kat belakang tu?

Nampaknya remaja kampung kita dah tak sabo nak start. Cikgu Omar sempat tepon awek tuh!

Ratusan pengayuh kat depan. Kami tak berani duduk depan takut sesat. 1st time kayuh Putrajaya tuh!!

Budak kecik pun kayuh malam tu.. Takde hal punya.

Bapak budak macam Fisol & Saiful toksah citer lah.. berlambak!

Atuk budak Bronco pun ada! Semua ada lah!

Jalan punya la beso! Ikut je mana suka..

1st CP. Regroup balik dengan group depan yang terpisah

Baju merah ni sedara kita dari Slim River, steady bro!

Pasangan anak bapak Izani-Shakir.

Pasangan anak bapak Cikgu Omar & Omar jr. Kembang idung kayuh kat Putrajaya.

tukangkebun pun nak amik gambo jugak!

Gambo senget pulak.. Perrgghh!! Maskulin nye....

Leader group TMBikers malam ni Shakir (depan). Abad pun tak boleh potong dia malam ni.

Ni lagi sorang sedara kita dari Shah Alam, Azhar @ Zahar. Nanti mai Tg Malim bro.

Senyuman memikat burung Zaki & Fisol. Mesti cairlah burung kalau nengok..

Belum bergerak nampaknya. Masih kat CP1

Walaupun sibuk berkayuh adik Bronco tak lupa membawa beg sekolahnya sama. Boleh jugak membuat kerja sekolah di waktu rehat.

Inilah contoh bapak penyayang. Anak difullfacekan. Baru betul!

Berenti lagi kat CP2 pulak. Air mineral dibekalkan.

Belah kanan sekali pun sedara kita jugak dari Slim River. Lupa pulak nama bro.

L-R: Izani, Saiful & Apik

Berenti kat CP2 ni agak lama sikit..

Mungkin untuk memberi peluang kepada rider macam F***l (takde dalam gambo) untuk b**@*k agaknye..

Akhirnya sampai jugakCP terakhir: CP3. Peserta dibenarkan untuk bukak baju.

L-R: Fisol, Shakir & Zaki tak lalu nak tengok bodi Bronco

Lubang idung sape paling beso? Izani, tukangkebun atau Abad?

Berehat kat finishing sambil pekena sandwich dengan teh

L-R: Bronco, Fisol, tukangkebun & Zaki. Zaki: "betul abang kat putrajaya, bukan karaoke... sumpahh!!"

Biasa baby Bronco nak tido kena nenen dulu. Nenen takde bior Abad tepuk bontot aje la...



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails