:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 26 Januari 2011

Offroad Malam Epic Yang Specialized (21 Januari 2011)

Jumaat, 21 Januari 2011. Ngehngehngeh!! Kayuhan malam offroad minggu lepas memang specialized dan jugak sangat epic.. Apa? E.P.I.C? Epic macam Absa Cape Epic ke? Bior betik?!! Idoklah.. sebenornya takdelah kami kayuh beratus kilometer berhari-hari macam tu. Skuad sayur macam kami ni kalau dapat panjat bukit sekali henjut tanpa jejak kaki kat tanah pun dah kira tahap dewa la tu. Sebenornya kayuhan malam tu merupakan kayuhan "pecah dara" (mintak maap ye kaum hawa..) untuk beskal baru Cikgu Arman. Beliau yang baru berkecimpung dalam dunia perbasikalan telah dengan tanpa kesalnya membelanjakan ribuan hengget untuk membeli sebuah beskal yang tak hengat sedapnya iaitu Specialized Epic. Hebat tu beskal ni, rear shock ada pakai "otak"... respek-respek!! Semua 26 pengayuh yang berkayuh malam tu tak renti-renti mengusha beskal baru ni dengan muka jeles dan senyuman yang tak ikhlas.. huhu!! Nasib baik Syaqir tak kayuh malam tu, kalau tak mesti pening Izani nak jawab "apasal specialized Syaqir tak sama macam pakcik Arman?".

Kayuhan epic bermula lebih kurang 9.30pm melalui Syifa~Ketoyong~Ladang Changkat Asa~Ladang Behrang 2020~Proton City~balik. Jarak rasanya tak kurang 30km. Trail yang dilalui memang 100% boleh kayuh, insyaallah. Cuma kalau musim hujan tu lain kira la. Offroad malam ni memang syok. Kayuhan sentiasa dalam peloton. Sikit-sikit berenti. Asal simpang aje berenti. Maklumlah, bukan perasan sangat jalan dia gegelap nih. Banyak jugak elemen-elemen suspen menanti yang membuatkan pengayuh lebih bersedia dan tak pandang belakang.. hihihi!!

Tapi walaupun tak pakai specialized epic boleh dikatakan semua rider berjaya mengharungi liku-liku offroad dengan baik dan selamat. Selain Arman, pengayuh lain yang menjadi tumpuan malam tu ialah Jai! Maklumlah ini lah kali pertama Jai kayuh jauh sikit, waktu malam, offroad pulak tuh! Apapun tukangkebun memang respek lah kat Jai ni. Walaupun bertarung nyawa nak ngabiskan kayuh, tapi semangat dia kuat betul. Inilah sebenornya mountain bike. Its not all about physical capabilities, its your desire to take the challenge.. cheewaahh!

Kami semua mengeteh kat Proton City dengan tuan tanah geng Procity. Diorang kayuh road malam ni. Terima kasih buat semua ahli skuad sayur yang memeriahkan kayuhan kita malam tu terutamanya buat marshall yang setia, Cikgu Omar. Buat kengkawan kat luar sana kalau nak rasa offroad malam jemput-jemputlah kayuh dengan kami kat Tanjung Malim ni.


ps: kamera rasmi TMBikers semakin parah terutamanya diwaktu malam. Takde gambo tengah kayuh yang boleh dimajalahkan.. huhu!!


Abad: "Cucuk bateri macam ni.. + kat atas - kat bawah.. cucuk lain pandai!"

2 pramugara bersama iklan TMBikers. Kami dapat izin tampal iklan sebulan je daripada E-Go Minimarket.. huhu!!

Inilah pengantin lelaki bertuah malam tu, Arman. Perrgghhh!! syok tu beskal epic dia. Langgor bonggol pun rasa macam jalan kat tarmac je.. jeles-jeles..

Mari kita kira berapa kepala ada malam ni dulu sebelum masuk Ladang Changkat Asa.

Berapa? 25 orang? Aikkss bukan tadi kata 26 ke? mana lagi sorang?

Ooo ni dia.. Kehadiran Abang Pojie menyebabkan tukangkebun rasa lebih selamat berkayuh di waktu malam nih.. eemmm...

Macam biasa kat CP 1, dari kiri: Faizal, Din, Tonga Jantung Kuda & Nasir

Ehh ceh ceh.. nak jugak pakcik2 ni. L-R: Leong, Pojie, Izani, Bronco & Abad

Haa ni selebriti ni. L-R: Arman, Qodriy & Suhaily

Teka sape yang dah kawin kat sini? Jangan terpedaya! L-R: Faisal, Gem & Tim

Orang Kaya (tengah) bersama anak & jiran & Eddie (kiri)

L-R: Izani, Cikgu Pisang & Wan. Bila cikgu pisang nak beli MTB ni? Ikut orang beli MTB dah banyak kali dah.. huhu!!

Gumbiranya kami malam nih ngalahkan dapat Specialized Epic. L-R: tukangkebun, Jai, Izani & Cikgu Omar

Rider injured. Nasib baik misi Abad ada malam ni. Macam-macam dia bawak kat dalam beg tu!

Ujang & tukangkebun. Kalau kitaorang takde, lama dah PLUS tutup! huhu!!

Isi minyak kat CP2 pulak. Abad (kiri) paling tak senonoh bawak beskal single speed malam ni ala2 fixie la. 1st time tukangkebun tengok dia mengah lepas panjat bukit. huhu!! Tu la beli grupset mehei-mehei tak mau bawak offroad.. takut calar la tu!! huhuhu!!

Bronco (kiri) & Wan. Semua bising bronco laju sangat jadi leader kat depan malam ni. Kuat tuh pakcik ni sekarang. Dont play-play with bron ok!

Wah banyak sungguh pantulan cahaya kat Qodriy ni.. saya mesti pilih!

Orang Kaya & son. Sempat balik tukar tayar offroad tadi.

Ready semua.. kita pegi Lojing pulak sekarang!! Bergerakk!!

Aiks? dah pun sampai Lojing, Tg Malim. Marshall berbasikal & marshall bermotosikal sentiasa bersedia..

Aksi sulung Jai kat Lojing dalam mode "hantu" hihiiihiiihiiiiii!!!!

Hanya gambo bontot aje yang tertangkap. Cisss!!

Puas cikgu pisang senyum tapi langsung tak nampak.. Kita perlukan kamera baru nampaknya! Help!!!

Kat proton city. Beskal Faisal pulak pancit. Apik yang baru sampai terus membantu.

Manakala yang lain disebabkan takde TV maka tengok ajelah orang tukor tiub.

Lampu punya banyak.. nak full service pun buleh la!

Gelak jahat Tonga: "Tu la aku suruh pakai tayar mati macam beskal budak kecik taknak... takyah susah-susah pancit.."

Sekali lagi tukangkebun bergambor dengan marshall kita, Cikgu Omar. Kami dalam rangka untuk mendapatkan moto yang bersesuaian untuk kegunaan Cikgu Omar. Sesape yang terkena loteri tolong bagitau ye!

Ni dia port rasmi Procity kat Asnaz Proton City. Sampai-sampai aje terus dah siap meja..

Lega betul dapat air. Ramai air abis dah. Panas la malam nih!

Geng-geng Procity semuanya kat sebelah kanan (takde dalam gambo) tengah tengok beskal Epic.. jugak dengan muka jeles! huhu!!

Pukul 1.20am, Sabtu. Berjemaah lepas kenyang perut balik ke Tg Malim. 10km lagi jugak. Kira epic jugak la kayuh 2 hari tu malam ni.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails