Rabu, 19 Januari 2011. Assalammualaikum dan selamat petang cikgu!! Minggu lepas sempena cuti umum Thaipusam keesokannya (20 Januari 2011), satu tragedi yang sungguh pilu dan meruntum kalbu telah terjadi. Kepiluan ini bermula apabila TMBikers mengadakan kayuhan malam rutin dari Tg Malim~Behrang Stesyen~Changkat Asa~Tg Malim. Seramai 16 pengayuh belasahan TMBikers mengayuh dengan lemah-gemalai seperti biasa hingga ke check point tetap iaitu di jambatan Behrang Stesyen. Ketika sedang berehat, panggilan diterima daripada satu lagi geng black metal iaitu Procity. Diberitakan 13 orang black metalist sedang dalam perjalanan menuju CP untuk melakukan kayuhan secara berjemaah. Ini sudah bagus, 29 pengayuh bergangbang. Dah macam Le Tour De Changkat Asa. Jadi apa yang pilunya?
Begini ya.. setibanya mereka di CP, para pengayuh saling berpelukan dan bermesra-mesraan. Selepas puas berlaga perut, kayuhan pun bersambung lah semula. Ironman yang mengetuai geng black metal Procity dengan penyayangnya telah mengingatkan ahlinya agar kekal dalam peloton dan tidak meninggalkan kawan-kawan walau apapun yang terjadi. Tambahan pula ada 5-6 orang yang baru 1st time kayuh malam ni. Tapi sayangnya disinilah episod duka melanda geng Procity. Ironman yang diharapkan untuk "menarik" rider-rider Procity terus aje lesap meninggalkan kengkawannya sebaik aje wisel ditiup. Mungkin disebabkan masa rehat yang agak panjang menyebabkan TMBikers terkuat sikit dan Ironman seakan tak mampu mengawal diri untuk mengejor rider terpantas TMBikers, Apik.
Hasilnya, kayuhan berjemaah terbahagi 2 iaitu TMBikers kat depan dan Procity kat belakang. Yang paling sadis lagi Procity ditinggalkan Ironman tanpa nafkah dan khabar berita. Laungan mereka "Jangan tinggalkan kami!!!".. langsung tak disahut. Mentang-mentanglah dah pakai grupset SRAM XO. Tak reti dah nak kayuh pelan-pelan Ironman nih. Mujurlah mursyidul am Procity iaitu Ujang turut berkayuh malam tu. Dia lah yang menanggung segala belanja makan minum dan sekolah geng Procity. huhuhu!!
Akhirnya, Ironman ditemui ketika sedang kekenyangan lepas makan roti telur kat Mamak 24jam. Buat semua geng Procity harap jangan serik berkayuh lagi ya. Nanti kalau dah pakai SRAM XO jugak, barulah boleh kita tinggalkan Ironman pulak!

sesi melunjur dari hati ke hati
Bronco (kiri):"Ha! mana nasiknya? bawak la keluor dah lapor nih!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan