:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 13 Januari 2011

Misteri Biawak Bernam Jaya (09 Januari 2011)

Ahad, 09 Januari 2011. Assalamualaikum semua. Macam biasa, surat kabo TMBikers memang lambat sikit keluor. Maklumlah, reporternya sibuk. Siang jadi tukangkebun kat sekolah, malam pulak berkebun kat rumah... huhu!! Nak dijadikan cerita ahad lepas satu gangbang antara TMBikers dan Procity telah terjadi dengan rakusnya. Seramai 26 orang pengayuh termasuk seorang seorang pengayuh simpanan merangkap marshall merangkap pakcik pisang telah mengetest power dekat trek Jambori Bernam Jaya PKNS. Kayuhan sejauh lebih kurang 30km ni bermula lebih kurang jam 8.30am dari kawasan pemunggahan rasmi iaitu depan Klinik Syifa (depan UPSI)-Kg Lambak-Ulu Bernam-Changkat Asa-Kebun Pisang-CP3-Mamak 24 jam.

Trek Bernam Jaya yang berstatus jambori ni memang sedap. Semua kebun ada.. sawit ada, pisang ada, getah yang tengah mahal sekarang ni pun ada. Bukitnya pulak tak banyak dan semua boleh kayuh (bagi yang kuat la). Dia punya downhill pulak memang berbaloi-baloi la, tak sia-sia terutamanya kepada rider sayur macam tukangkebun yang bersusah-payah menolak beskal panjat bukit. Alunannya sesuai untuk semua dan bisa menggegarkan fork cap ayam la. Kebanyakan laluan jugak agak besar dan selesa untuk memudahkan pengayuh laju memotong pengayuh-pengayuh lebih muatan yang lain.

Alhamdulillah semuanya selamat balik kecuali tukangkebun yang walaupun selamat tapi macam nak mintak nyawa kena simpul biawak atau krem. Nasib baikla Cikgu Omar jadi marshall ari ni. Bolehla jugak menumpang kasih kat bukit-bukit. Huhuhu!!! Apapun time kasih banyak pada semua yang kayuh hari ni. Lain kali kita membiawakkan diri lagi!


Mesti kene amik gambo dulu, nak masuk surat kabo ni..

Nampak awek je dengan pantas semua pakcik-pakcik tengok kanan dengan senyuman manja.

Offroad pendek tepi sungai dari Kg Lambak, Qodri paling depan

Hang jangan tengok kamera sangat Fisol, kat depan ada taik lembu!

Tonga depan..

Fendi depan..

Izani pulak depan..

Zaki pun depan jugak...

Ada lagi Azri pulak depan..

Haa.. ni belakang sekali.. Ujang & Boboy

Kita tengok dari belakang pulak.. menghampiri kedai buah..

Seberang sungai belah kiri tu Perak, sebelah sini Selangor. Kejap je dah kayuh 2 negeri!

Bukit road yang pertama. Woo Bronco pakai frame baru tuh!! Ada plastik lagi!!!

Fisol & Burn

Menghampiri kebun pisang..

Tergamak sungguh peloton kat depan meninggalkan rider sayur kat belakang ni..

Macam Le Tua la kalau dari belakang..


Lalu kuil Changkat Asa.

Penge'peng'an sedang dibuat depan entrance Changkat Asa Estate

First entrance offroad. Eh.. ada pakcik jual pisang la kat sini..

Gile bernafsu kau Azizan! Suka pakcik pisang, laku pisang dia!

Berenti kejap kat kebun pisang. Casette beskal cap ikan keli Ironman terkehel pulak.. huhu!!

Tukangkebun (kanan) tak lepas peluang bergambo bersama seorang pengayuh handalan Kg Ketoyong, Qodri

Tu dia, Zaki membontotkan kameraman sambil dengan sekali napas aje mendaki bukit tertinggi kat trek ni... Hebat.. hebat...

Saiful UPSI berenti semata-mata untuk menayangkan bulu dadanye kat kameraman.

Tapi sayang, bulu dada Saiful terhalang dek bulu betis Bronco.. aawww!!!

Boboy yang memang kuat macam bapak dia jugak..

Wahh.. Azri sekarang dah rajin kayuh.. Ni semua kira anak-anak ikan TMBikers la.. huhu!!

Ni pulak Aziz namanye, nampak gagah je...

Qodri, senyum naik bukit macam kayuh pegi pasar aje..

Ha ni semua geng bapak ikan, Izani.

Steady la Burn (depan) dengan Saiful SAAB..

Ngenjut tuh naik bukit.. Abad (kiri), Nasir & Zul Botak.

Fisol sejak pakai full susp ni memang tunggu je nak downhill kejap lagi..

Dari kiri: Ujang, Tonga & Kamal

2 pengayuh sayur yang menjadi mangsa biawak hari ni saling berdua-duaan tak rela dipisahkan.. huhu!!!

tukangkebun tatkala masih hensem sebelum diserang biawak. Kat atas bukit ni.. tinggi tuu...

Lama sangat berenti Abad dah mula termimpi naik beskal.

Ironman: "Kaset macam tu la yang pakcik nak beli Azri.. tapi tak cukup duit.."

Ni la laluan yang paling teknikal kita jumpa ari ni..

Boboy steady je..

Zul pun sama.. no hal la...

Qodri.. setakat belum lepas ni OK le lagi..

Tu dia.. Hasbullah dah start drift tuh!

Burn pakai sebelah kaki je..

Zaki lagi ganas dua-dua belah kaki tu turun...

Fendi, posing ke ape?

Kamal memang betul2 posing!

Izani berjaya..

Azri tak berani lagi.. takpe..

Tolak aje la In.. ape ada hal..

Fisol kalau tak lepas pi juai aje la full susp tu!

Saiful SAAB berjaya!! Tahniah!!

Haa.. ketua geng jahat dah sampai.. baru betul lompat!

Nasir: "apa la diorang ni, aku pakai spek itam pun bole lintas"

Tonga.. walaupun seat post dia tinggi, tapi tak gayat pun..

Faisal lepas!!

Hidayat lepas jugak..

Try Aziz pulak..

Ujang dengan tererrnya selamba aje..

Ha.. saiful.. tunggu apa pulak tu?

Azizan, lebih muatan terpaksa ambik jalan selamat.. huhu!!

Pakcik pisang pun nak lompat jugak.. cayalah!

Haik? tadi naik moto sekarang naik basikal pulak??!! Konpius!!

Tu dia Saiful UPSI tiba kat CP3 bersama mentenya, Ironman..

Jom kita balik ke Perak..

Bye-bye Bernam Jaya..



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails