:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Ahad, 2 November 2008

Kayuhan Pemanas Badan 1 November 08

Berjumpa lagi dalam siri kayuhan TM Bikers untuk ke sekian kalinya...

Pada awalnya kayuhan ini dicadangkan melalui route biasa iaitu single trail menyusur ke campsite... Namun ianya telah diubah pada saat akhir akibat beberapa kesulitan teknikal yang tidak dapat dielakkan....

Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan semua ahli yang bersetuju untuk berkayuh pada pagi itu... Maka telah diputuskan untuk mengikut trail yang telah lama ditinggalkan iaitu dakian "Bukit Lahanat" yang menampilkan trail pendek namun boleh memendekkan nafas para pengayuh....

Fun Ride kali ini telah disertai oleh AO, Ijoi, Bob dan seorang lagi ahli baru iaitu Lan...

Kayuhan bermula agak lewat kira2 jam 9.20 am kerana ada pulak sorang hamba Allah ni lambat bangun... Sape lagi aku la tu... kihkihkihkihkihkihkih....

Kayuhan bermula dari perkarangan UPSI menuju ke "Bukit Lahanat" terus melayan DH yang agak panjang dengan kelajuan maksima 54.5km/j (menurut bacaan meter basikal saya le...) berakhir di kawasan perkelahan "Lubuk Keling" dan kayuhan pulang ke UPSI....

Berikut adalah serba sedikit rakaman peristiwa yang sempat di abadikan untuk tatapan semua....

Kelajuan DH Maksima 54.5 km/j.... Berayor mate dibuatnye...


Lan (Ahli Baru), Bob dan Ijoi..

Maner buleh kalau tuan tanah takder gambor..... kihkihkihkih...




Beberapa rumah pekerja kilang getah yang telah ditinggalkan penghuninya akibat kilang yang telah ditutup tersergam seram di kaki "Bukit Lahanat"...


"Bukit Lahanat" yang memang lahanat....kihkihkihkihkih... Penaaatttttt.....






Lan yang teruja dengan DH panjang pertamanya.... Layan bro...

Senyuman seorang penunggang GT....



Kayuhan berakhir di kedai mamak Roti Arab pada jam 10.30 am...Ini bermakna kayuhan hanya berjalan dalam masa 1 jam...
Sungguhpun trail "Bukit Lahanat" ini adalah trail yang pendek... tetapi climbing dan DH nya sudah cukup untuk memberikan kepuasan daripada tak berkayuh langsung....kihkihkihkihkih...

Pada ride yang akan datang... Kami akan cuba menakluki trail yang lain pula... Insyaallah... Pada siri ride yang akan datang... Acara masak-memasak sambil mandi-manda pula akan dijalankan setelah dihentikan buat seketika sepanjang Ramadhan...

Sehingga berjumpa lagi di siri Fun Ride akan datang...

Keep on riding guys... And have a nice day...!

6 ulasan:

pojie tg-malim berkata...

perrghh... tgh DH 54.5km/j,.. sempat lg snap gambag... handey mike Yop!!.. hehehe.. jarang org Melayu bleh buat camtu tuuu....

AO berkata...

kihkihkihkihkih.... meleleh ayor mate weeehhhh....

gaban berkata...

pojie tg-malim.....AO tu memang hande.....kalo berlakon tu...serah jer kat si AO ni....hehehehehe...

AO berkata...

ape pulak belakonnye tu GABAN... teman ni bukannya pelakon drama swasta...

pojie tg-malim berkata...

tu laa gaban,... pasai tu senang2 jaa dia bleh ayat awek2 nkasik rapatttt... hehehe

p/s: komen ini ditulis dgn andaian cik CT x baca posing nih... kuikuikui

AO berkata...

HAHAHAHAHAHA.... Mampoih akuuu....

Related Posts with Thumbnails