:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Isnin, 31 Mei 2010

Kayuhan offroad malam yang stim!! (28 Mei 2010)

Jumaat, 28 Mei 2010. Betul.. tak tipu punya. Memang stim. Semenjak mula akil baligh dalam dunia kayuhan malam, inilah rasanye offroad malam yang paling stim kat Tanjung Malim. Kesemua 12 pengayuh malam tu begitu stim hingga tak berhenti memuji-muji keenakan trail yang sangat sesuai dengan stamina tahap sayur masing-masing. Track memang 100% boleh kayuh. Kalau ada yang tolak pun mungkin disebabkan bontot kebas aje, huhu!

Kayuhan malam tu dimulakan dengan latihan emosi ala-ala "anger management" menunggu sorang rider kehormat (nama dirahsiakan takut kene pukul). Biasanya masa kumpul ialah 9.00pm dan abis lewat pun 9.30pm dah mula kayuh. Tapi untuk memastikan latihan ni berjaya, rider kehormat tu sampai pukul 9.50pm! Pukul 10.00pm baru kayuhh!! Perrgghh... memang mencabar emosi betul. Lain kali mintak tolong la hormati waktu. Bukan apa sebab keliwatan kita sorang abis satu group hilang mood nak kayuh. Dan lagi satu kalau dah lambat tu cepat-cepat la mintak maaf bila sampai, jangan nak bagi alasan pulak! Aku sekel kang!! %&*@! oppss... tadi kata stim, ni apasal marah pulak?.. Muahahaha!! Minta maaf ye tuan-tuan puan-puan, kita sambung balik kisah stim tadi.

Trail kali ni ialah trail biasa offroad malam TMBikers iaitu Klinik Syifa~simpang 4~Hab halal~lintas seberang~ladang sawit Behrang~Behrang 2020. Tapi sampai aje kat area kebun durian (sebelum SJKT Sungai Behrang) kita amik kiri pegi route baru ala-ala Lojing gituh sampai kabel pencawang~road pegi Behrang Stesyen~masuk balik offroad lepas jambatan~Kg Kelawar~Kg Lambak~dan akhir sekali minum kat Futsal depan KTM Tanjung Malim. Jarak pulak dalam 30km.

Tukangkebun rasa apa yang menyetimkan dalam offroad kali ni ialah:
  1. Kelancaran stamina yang maintain aje walaupun tak laju sampai abis kayuh. Tak banyak berenti dan kalu berenti pun sekejap sangat setakat tarik stokin aje. huhu!
  2. Semua basikal termasuk cap ikan puyu dan tuannya sihat sejahtera tanpa rosak mahupun terseliuh.
  3. Trail yang tak susah sangat tapi macam-macam ada. Uphill sebelah tangan, downhill lepas tangan, teknikal main lumpur, pasir tepi sungai dan macam-macam lagi la.
  4. Koordinasi kayuhan malam yang betul. Memetik kata otai TMBikers, Izani ketika tazkirah: Dalam offroad malam riders sepatutnya jangan berlumba-lumba untuk mencucuk angin rider lain kat depan sambil dengan bangganya meninggalkan rider sayur kat belakang. Sebaliknya just maintain safe distance (2-3 basikal) dan kalau sinaran lampu cap pasar malam rider belakang kita dah mula tak nampak maka wajiblah kita memperlahankan kayuhan supaya group tak berpecah terlalu jauh. Kalau semua maintain macam ni insyaallah takkan ada yang tertinggal ataupun terlepas simpang. Selepas tazkirah ni, semua riders terus keinsafan dan deretan lampu jugak nampak cantik kalau tengok dari jauh.
Keseluruhan kayuhan tamat dalam masa 2 jam setengah. Insyaallah lepas ni kita akan recce lagi trail baru agar kestiman offroad malam dapat diteruskan. Ahakkss!!


Antara peserta kursus yang hampir tak bole stim menunggu rider kehormat kat simpang 4

Ujang mengoffroadkan beskal barunya dalam majlis pecah teruna malam ni

Bakal cikgu. Dari kiri: Gem, Eddie & Faisal

Otai, dari kiri: Pojie, Izani & Fisol

Geng petai (L-R): Zaki, tukangkebun & Ujang

Semua tergelak tak percaya ni baru 1st stop. Biasanye yang ke-3.

Faisal naik bukit.

Bronco walaupun tak cukup angin tapi maintain malam ni

Berenti kejap, leader kayuh Izani terjatuh nak elak kawat duri.

Area kebun durian. Tu yang pasang pagar kawat tu!

Nengok tu kat Ujang. Sampai telinga senyum naik beskal baru..

Ni pulak downhill kat "Lojing". Qadri kat depan.

Gem kata bagus!

Eddie sanggup brek supaya gambo dapat tangkap! huhu!!

Fisol onroad ke Behrang Stesyen

Lagi yang terlibat..

Tu dia offroad takleh cucuk. Masuk road aje terus merempit!

Pojie..

Sweeper malam ni, Bronco (kiri) & tukangkebun.

Single trail ke Kg Kelawar pulak

Time ni memang becak! best wohh!

Lalu tepi sungai. Kalau terkeluar buleh terus basuh beskal.

Abis dah offroad.

Kasut basah, seluor basah..

Last berenti kat Kg Kelawar.

Makan kat futsal

Sambil Bronco amik agin balik..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails