:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 20 Mei 2010

Tanjung Malim MTB Night Offroad (14 Mei 2010)

Jumaat, 14 Mei 2010. Assalammualaikum dan selamat tengahari cikgu! Jumaat lepas TMBikers dan kengkawan pegi layan offroad malam dekat area Ladang Behrang. Seramai 19 orang riders bersyahwat tinggi yang berkayuh malam tu. Ini termasuklah penampilan istimewa Tomi Dirtworks, Cikgu Sharul (member Dzan), dan 2-3 chinese guys dari KL. Tahniah diucapkan kepada kengkawan kita ni yang sudi ride dengan kami di Tanjung Malim.


Kayuhan bermula lebih kurang jam 9.40pm selepas sesi ramas-mesra sesama riders. Laluan pulak mula dari Syifa~Jalan Ketoyong~Kg Ketoyong~lintas jalan besar~Ladang Behrang~Behrang 2020~SJK(T) Sungai Behrang (kalau tak silap)~Tg Malim. Macam biasa lah bila kayuh offroad malam reramai ni macam-macam perkara mistik yang jadi. Ada yang rantai jatuh, meter jatuh, tertonggeng kepala dulu, tergelincir sampai senak telur, taubat nasuha menyesal masuk offroad, pitam mengandung 4 bulan, ditinggal kekasih keseorangan di persimpangan, sakit urat tak abis-abis (aku le tu!) dan macam-macam lagi. Apapun benda-benda macam ni lah yang menguatkan silaturrahim dan menambah pengalaman keseronokan offroad malam.



Di akhir kayuhan riders berpecah dua iaitu geng balik cepat (yang dok KL dan jauh) dan geng bini kata takyah balik (menunggu Leong cari meter). Di minit-minit akhir kayuhan road tukangkebun jugak sempat bermanja minta ditowing-towing oleh Abad dan Ramdzan dan Bronco dan Bro 4WD! Kahkahkah!! Time kasih le kengkawan ku yang power2 dan tinggi kuasa kudanya ni. Sesi sahur pulak berlangsung di Restoran Mamak 24 jam, simpang empat. Tak terkira roti canai dan tosei yang menjadi korban pagi tu!


Kumpul depan Syifa. Bro Ricky "Martin" depan sekali


Tazkirah oleh ketua lanun TMBikers: Izani

 
Sharul (kuning) terpaksa pakai beskal Abad pasal silap pakai tayar road

 
Geng KL (1 & 2 dari kiri) dan Zaki


Jeff & Zaki seiringan


Berenti kejap tunggu member kat belakang (rantai jatuh)


Malam ni Edy yang amik gambo, so banyak la gambo tukangkebun!


Macam ni la kayuh malam.. laju macam mana pun tetap berenti tunggu kawan.


2nd checkpoint, menunggu Ricky Martin.. kahkahkah!!


Ishh.. tukangkebun lagi! Best betul bila tak amik gambo ni!


Tu dia, ketibaan rombongan pengantin! kompang-kompang!


CP3 pulak. Alhamdulillah takde apa2 yang berlaku..


Sharul dan Zaki (apasal seluar kau basah ha?)


"Betul ka tada hantu ini jalan?" tanya bro baju merah kat Izani


Masih menunggu lagi geng2 jahat yang belum sampai


Muza dan Boy. Barisan pelapis TMBikers.


Tu dia, Tomi dah sampai


Pojie dengan baju Kulim


Dari kiri: Pojie, Izani & Tukangkebun..


Jeff (kiri) meng"escort" Ricky Martin


Masih menunggu sorang lagi tak sampai. Sape?


Bronco rupanya! Sweeper rasmi TMBikers.


OK tunggu dulu kasi Ricky Martin amik napas...


Zaki sentiasa senyum dalam apa keadaan sekalipun

Ramdzan! Jangan bergerak! Angkat ketiak kau!!


Aiks ni apsal pulak tetiba aje terduduk?


Baru je nak jalan balik Muza pulak termasuk lubang, landing kepala dulu pulak tu!


"Kan dah cakap jangan brek depan, degil cakap coach!" kata Abad


Orait nasib baik takde apa2. Bengong sikit je.. huhu!!


Berenti lagi kat Behrang 2020. Ada geng balik cepat yang nak chicken loop.


Mujurlah ramai marshall jambori yang tipu "tak jauh dah depan sikit tu aje.. downhill aje..." kihkihkih!!!


Apsal stone aje muka ni?


Zaim, 17 tahun dari Proton City. Belia harapan negara. 1st time masuk offroad.


Tukangkebun, pun sweet 17 tahun jugak dari Wangsa Jaya. Belia sayur...


Cikgu Sharul.


Pose istimewa Sharul sebagai penutup



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails