:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 1 Jun 2010

Happy To Ride Ipoh Jamboree 2010 (30 Mei 2010)

Ahad, 30 Me1 2010. Assalammualaikum semua. Apa kabo? Sihat? Bagusla.. Alhamdulillah Ahad lepas dah selamat pun berlangsungnya Happy to Ride Ipoh Jamboree 2010 anjuran HTR Team Ipoh. Atas masalah permit dan konvoi keamanan ke Gaza maka ramai penolak basikal bukit TMBikers yang tak joint jambori kali ni. Walaubagaimanapun di saat akhir, kami tetap jugak menurunkan 4 orang rider belasahan daripada skuad sayur Tanjung Malim iaitu Zaki, Fisol, Ujang & tukangkebun.


:: ON THE WAY ::

Dengan penuh kental dan tak cukup tido, seawal 4.00am lagi Zaki & Ujang dah sampai umah tukangkebun dan mengangkut kuda masing-masing. Selepas mengambil Fisol yang tinggal nun jauh di pedalaman, mengisi minyak dan berak (muahaha!), tepat 5.00am skuad sayur pun bergerak meninggalkan Petronas Behrang 2020 menuju Taman Perpaduan, Tambun. Skuad kemudiannya singgah di Hentian Rehat Simpang Pulai untuk makan (tapi kedai nasi ayam tak bukak lagi), sembahyang dan berak lagi (muahaha!). Lebih kurang 7.00am skuad pun tiba kat tempat permulaan. Dengan sepantas kura-kura aktiviti mengambil nombor plat, memunggah beskal, bersalin seluar, mencilok minyak rantai dan makeup dijalankan.

Tepat 7.30am skuad sayur dah bersedia kat starting line dengan sticker "H" @ CP1. Selaras dengan moto jambori kali ni iaitu "Happy to Ride", ahli-ahli skuad sayur jugak turut berjanji sehidup semati tidak memecut ataupun meninggalkan kengkawan. Namun biasala, janji hanya tinggal janji. Seorang anggota skuad sayur iaitu Fisol yang menunggang beskal cap kelapa laut afrika dengan pantas meninggalkan kami kat belakang. Tindakan ni dipercayai diambil bagi memastikan sekiranya terjadi apa-apa kat kuda tuanya yang 50/50 tu, unit backup skuad sayur sentiasa ada kat belakang. huhu!! Tapi nasib baikla Fisol berjaya mendapatkan nombor 200++ yang menjadi KPI skuad sayur (takleh kurang dari 200.. huhu!!).


:: CHECKPOINT 1 @ "H" ::

CP1 bermula dengan tarmac lebih kurang 4-5km. Bila mula masuk offroad aje tu dia! Bukit punya tinggi daa... Bak kata Rule KayuhBeb: "awal-awal lagi dah kasi lauk pedas". Tapi dia punya view banyak cantik la. Lepas aje bukit tu apa lagi downhill, mula dengan single track dan kemudiannya jalan besor sampai la kat area tempat kumpul kayu ke apa ntah. Memang berbaloi la panjat bukit tadi. Lepas tu keluar balik tarmac sebelum masuk balik offroad kebun getah. Ada la downhill dan uphill sesikit. Lepas tu sampai pulak kat area open sebelum panjat lagi satu bukit. Ini kali sudah panas, so panjat bukit pun ada sikit slow la. Time ni semua skuad sayur dah tak nampak dah, tukangkebun aje la tolak sorang-sorang huhu!!


:: CHECKPOINT 2 @ "T" ::

9.20am. Ketibaan tukangkebun kat CP2 disambut dengan sorang rider yang tercedera sedang diusung masuk ambulan. Terus kecut telo nak downhill single track lepas CP2 tu. Tapi laluan tu menuju air terjun pun memang takleh kayuh pun. Terlalu "taiping" hehe.. Tapi tukangkebun rasa laluan sepanjang CP2 ke CP3 ni la paling best dalam jambori ni. Sentiasa naik turun tak berenti. Uphill walaupun mengikut skala rider sayur memang tak best pasal tak larat kayuh, tapi downhill dia punya la best! Macam-macam ada! Berani tak berani aje. Tak berapa jauh lepas CP2 tukangkebun dijejak-kasihkan balik dengan Zaki & Ujang yang sedia menunggu sampai tertido dengan penuh kasih sayang. Tukangkebun dan Ujang sempat jugak jadi marshall tak rasmi kat satu section downhill yang memang downkill kalau sape terlajak ke kiri. Lubang bosa tu.. Ada juga la yang jatuh kat kawasan ni. Terjumpa jugak Zizan dari Gerek Kulim kat sini. Asal masuk jambori aje mesti jumpa dia punya, haha!!


:: CHECKPOINT 3 @ "R" ::

10.39am. Laluan CP3 ke CP4 yang masih lagi turun naik bukit walaupun boleh tolak tapi dah mula siksa buat tukangkebun. Kebanyakan downhill pun tukangkebun happy aje turun slow-slow. Laluan open uphill sebelum CP4 tu betul-betul menarik kepala. Dengan tak cukup tido, tak makan, sekali kena panas terus nyut! nyut! nyut! kepalaku gituk.


:: CHECKPOINT 4 @ "1" ::

11.10am. Inilah CP yang paling memeranjatkan. Tengah syok-syok downhill punya laju takde brek ngalahkan Steve Peat sekali marshall tahan daa.. Menggelabah tukangkebun ngan Ujang brek emergency. Tukangkebun rilek kejap kat CP4 tunggu Zaki yang ada masalah krem dan brek tak makan sambil makan pisang last kopek punye! Manakala Ujang yang masih power dengan pil kuda meneruskan penolakan. Laluan ke CP5 melalui single track kebun getah turun naik. Rasa macam nak menangis dah. Ingat takde bukit la lagi. Berenti amik nyawa dengan Zaki sekali lagi kat kebun getah sambil menghasut rider-rider lain suruh berenti sama huhuhu!


:: CHECKPOINT 5 @ "0" ::
CP 5 ni ialah laluan road on the way balik ke Taman Perpaduan. Pukul berapa sampai sini tak tau pasal tak amik gambo. Macam biasa la bila road aje tukangkebun mesti slow punya (walhal offroad pun slow jugak! huhu!!). Sempat jugak singgah beli air jambu dengan Zaki kat tengah jalan. Jumpa Tomi kat sini. Dia lagi melampau siap nak makan laksa lagi! Akhirnya tepat 12.42pm sampailah tukangkebun & Zaki kat finishing line. Alhamdulillah.


:: PENGHARGAAN ::

Kami nak merakamkan penghargaan & terima kasih yang tak terhingga buat semua yang berikut:
  1. Abad yang sudi sponsor bukan setakat rack tapi kereta sekali. Mana ada orang nak pinjam rack aje tapi bagi kereta terus! Rasa menyesal pulak tak cakap nak pinjam Yeti full susp sekali. Walaupun dia ada pesan suruh bawak balik 1 beskal aje (Ujang) dan yang lagi 3 buang aje tapi tukangkebun tak buat. Tapi kalau dapat frame cabutan bertuah memang kompom basikal Fisol kene tinggal! muahaha!!
  2. Pojie yang bagi pinjam carrier tapi tak pakai pasal Abad dah bagi keta.
  3. Isteri-isteri skuad sayur yang sanggup berkorban masa, tenaga dan perasaan menjaga anak-anak kat rumah sementara sang suami pegi mencari nahas kat Ipoh.
  4. Semua geng-geng jahat TMBikers yang sentiasa memberi galakan supaya kitaorang upgrade beskal cepat-cepat. huhu!!
  5. Semua kawan-kawan dan kenalan baru mountain bikers yang sudi bertegur sape dengan kami yang sayur ni. Nice meeting you all.

:: KESIMPULAN ::

Walaupun separuh mati dan muntah hijau tapi semua pengayuh belasahan skuad sayur TMBikers dapat jugak habiskan jambori kali ni dengan Fisol (250), Ujang (367 kalau tak silap), tukangkebun (454) dan Zaki (455). Tahniah buat HTR Team Ipoh yang menganjurkan jambori kali ni. Track pulak memang mencabar tapi downhill memang ngetop! Majulah sukan untuk negara.



Starting line CP1

Skuad sayur TMBikers dari kiri: Fisol, Zaki, tukangkebun & Ujang

Bukit pertama, baru aje masuk offroad.

Tengok tu melaut rider sampai bawah.

Makin tinggi.. makin semput.

Jammed pulak kat sini.

Area open kebun sayur. Kalau guna kanta boleh nampak riders kat hujung sana.

Menuju puncak 'bukit botak' kat atas tu. Dengan panasnya kat sini dah mula lemah semangat.

Steady bang!

Memanjat dan menolak bukit. Mental-mental!

Ni la puncak 'bukit botak'. Tadi amik gambo kat bawah tu.

Cehh.. puncak mendenya. Tu dia... tolak lagi.. panas giler!

CP2. Lega..

Banyak pisang dengan air kat sini.

Jejak kasih balik dengan Ujang & Zaki kat sini.

Zaki.
"Apa? Downhill lepas ni? baguss.."

Aksi penuh kepura-puraan rider sayur tukangkebun!

Uphill balik lepas downhill giler babas. Tukangkebun & Ujang duk lepak tunggu Zaki kat sini.

CP3. Time kasih abang misai.

Tampal sticker elok-elok.

CP4. Berteduh kejap tunggu Zaki. Kepala pun sakit.

Haa ni buka CP tapi Cari Penyakit!
"Kau la yang ajak aku minum air sejuk, tak pasal2 kepala aku sakit!" kata Zaki kat tukangkebun. Mana boleh tahan bang, meleleh tu...

Fisol (kiri) merempit kat road menuju finishing. Gambo dicurik dari Jane Lim

Tukangkebun dikalungkan medal oleh gadis litar dengan penuh romantik sambil Zaki pulak menengok dengan jeles.

"Apasal kau tak sarungkan kat pakcik? Pakcik kayuh kuat lagi daripada dia tau!"

Kuda Ujang terbaring..

Kuda tukangkebun keletihan..

Kuda Zaki mintak tukar brek hydro!

Gambar kenangan dengan keta sponsor TMBikers. Time kasih Abad!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails