:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 27 Mei 2010

Mountain bike baru Tanjung Malim (26 Mei 2010)

Rabu, 26 Mei 2010. Assalammualaikum warga basikal semua. Kayuh road malam tadi adalah yang paling "bling-bling" kat Tanjung Malim setakat ni disebabkan kehadiran 2 buah basikal 2nd hand tapi giler baru bernilai riban-riban daripada spesis ekor keras Trek (8 series) milik Ujang dan Merida (AM 5000) ampaian baju penuh milik Leong. Seramai 8 orang pengayuh (tukangkebun, Pojie, Izani, Zaki, Abad, Leong, Ujang & Kadri) terlibat dalam majlis tepung tawar basikal baru ni termasuk 4 orang marshall profesional (Fisol, Apik, Jeff & Razi).

Apa yang lebih memeranjatkan ialah Leong bukan setakat beli satu tapi DUA basikal serentak! Apaaa!! DUAAA?!!! Satu lagi basikalnya ialah ekor keras Merida dengan set XTR.. huhuhu!! Tindakan tidak berperikemanusian Leong ni telah membuatkan geng-geng basikal murah TMBikers (nama dirahsiakan untuk menutup kemaluan) yang lain begitu kecik hati dan menangis teresak-esak hingga terpaksa menjarakkan diri sekitar 8 tiang ketika kayuhan. Perbezaan darjat antara geng basikal mahal dan geng basikal murah semakin parah lagi dengan aksi-aksi geng jahat diketuai Abad yang cuba mencampakkan basikal tukangkebun dari atas jambatan sewaktu keretapi lalu. Mujur dapat diselamatkan oleh geng basikal murah lain yang bersimpati.

Buat Ujang & Leong semoga bergumbira dengan basikal baru ni. Buat geng basikal murah, teruskan mengumpul dan memujuk bini masing-masing! muahahaha!!

p/s: Jumpa kita kat HTR Ipoh Jamboree Ahad ni. Tolong bagi semangat kalau ternampak skuad sayur TMBikers tengah tolak basikal.. huhu!!


Trek 8 series saiz 19. Ujang punye!

Merida AM 5000 full susp. Leong punyer!

Tengok bontot pulak.. perrgghh!! giler seksi!!!

Izani malam ni join geng beskal murah

Abad, ketua geng jahat beskal mahal

perrgghhh!!!

Tukangkebun, mangsa diskriminasi geng jahat. Tapi pergghhh jugak.

Tu dia geng beskal murah mendahului nampak!

Meninggalkan jauh geng beskal mahal kat belakang.. rasakan!!

Aiks!! sekejap aje diorang dah sampai!!

Zaki & Izani terpaksa memutihkan mata untuk mengejor geng jahat kat depan

Zaki, malam kayuh.. pagi kayuh..

Kadri lagi teruk. Malam, petang, pagi pegi keje pun kayuh!

Ujang dengan beskal baru. Selamba katak aje panjat bukit Changkat Asa..

Pojie dah ada "dua". Bila nak tambah "tiga"?

Apik & Jeff. Jurugambar merangkap marshall malam ni.

Apik & Razi. Sampai tertutup mata Razi tak tahan bling-bling basikal baru!

"Ini basikal aah.. belakang ada spring mau kasi saya punya bini kayuh", kata Leong. Patutla boleh beli 2 sekaligus...

Abad & Zaki

Lagi aksi terlampau marhall TMBikers

Izani penuh perasaan ketika mendendangkan lagu 'Fiona' 4U2C sebelum kayuhan tamat

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails