Sabtu, 01 Mei 2010. Alhamdulillah, Kayuhan Terang Malam 2010 dengan konsep jambori malam telah selamat berlangsung. Walaubagaimanapun kayuhan kali ni agak kurang seri kerana ketiadaan selebriti-selebriti ternama dalam arena menolak basikal bukit Tanjung Malim iaitu Pojie (blah la..!), Bronco, Ujang, Kamal, Saiful dan Fahimi yang terpaksa menarik diri kerana gagal mendapatkan permit kayuh luar kawasan dari Menteri Perumahan. Nasib baik ada pengganti lagi 5 pengayuh simpanan power yang sudi menggantikan mereka yang takut bini tak datang. So total wakil Tanjung Malim Bikers seramai 11 orang. Rombongan pengantin lelaki ke Kulim kali ni telah diketuai oleh Izani (bapak pengantin), Abad (mak pengantin), Zaki (pengantin lelaki) Fisol (mak andam), Dzan (pengapit), Aloy & Syamir (pegang bunga manggar), Rafi (pegang sirih junjung), Tonga (tukang silat), Lan adik Fisol (pelamin) dan tukangkebun (amik gambo).
Keseluruhannya, kedudukan rombongan pengantin ialah: Rafi (17), Syamir (50), Ramdzan (75) dan Abad (76). Manakala yang lain pulak berjaya menamatkan semua checkpoint dengan hensemnya. Berikut merupakan sedikit komen daripada tok imam:
:: YANG BAGUS ::
~ Signage ke tempat pelepasan yang clear dan membantu. Tak sesat punye.. Kawasan berlepas jugak selesa dengan parking yang banyak, bilik air, surau, dan pili bomba basuh beskal!
~ Pendaftaran & pengambilan goodies yang cekap dan cepat. 2 keping cloud 9 dan wisel jugak amat praktikal untuk pengayuh.
~ Acara mula tepat (ke cepat 2 minit?) pada masanya, takde delay2 walaupun ada ucapan VIP.
~ Trail yang mantap dengan kombinasi pelbagai bentuk laluan: tarmac, uphill, downhill, single track, lintas sungai, dll. Hampir mesra pengayuh dan sesuai untuk semua peringkat umur. Keadaan track yang berlumpur dan berselut teruk kat uphill & downhill antara CP2-CP3 pulak bukanlah salah penganjur. Sape pun termasuk Steve Peat tak boleh lawan nature beb. Tapi kalau track tu kering mesti mantap punyer. Tukangkebun paling suka trail dari CP3-CP4, ala2 fast flow gituh!
~ Marshall yang standby dan bagi warning kat tempat-tempat bahaya bagi mengelakkan pengayuh yang leka dengan nikmat dunia terhumban ke lembah kehinaan.
~ Water station dengan air, 100plus, & pisang yang mencukupi. Pisangnya jugak sedap, menyesal amik satu aje. Cuma rasanya untuk tujuan pencegahan & berjaga-jaga lebih baik kalau bagi air botol atau gelas pakai buang daripada kongsi-kongsi cawan kat peserta. Kesian kat kawan-kawan kat belakang tu.. Fisol bukannya rajin gosok gigi!! huhuhu!!!
~ Sambutan yang agak meriah dengan medal di garisan tamat. Rasa macam champion la pulak.. sop.. sop.. terharu.. lihatlah dunia!! Pakcik berjaya!!
~ Aneka makan malam yang best. Roti canai banjir 2 keping dan bubur pulut hitam yang menjadi pilihan tukangkebun benar-benar memenuhi kehendak batin yang bergelora.
~ Cabutan bertuah yang sungguh banyak. Tapi tukangkebun sorang aje dari Tanjung Malim yang berjaya (jangan jeles! jangan jeles!! padan muka!!!). Cuma kalaulah beras berkampit-kampit tu boleh bertukar jadi crank XT ke atau lampu beskal sekalipun mesti lagi best. Ciss!! nombor gua 3rd last before grand prize.. Nyaris2 nak bawak balik Trek!!
:: YANG TERKILAN ::
~ Seorang pengayuh TMBikers iaitu Tonga dikatakan dah mendahului nombor 1. Tapi setibanya sekitar antara CP3 atau CP4 (kalau tak silap) yang ada lintas road sikit sebelum masuk offroad balik beliau dah terlepas simpang masuk offroad pasal takde marshall yang jaga kat situ. Mungkin signage kat simpang tu tak berapa clear. Dekat 10km kawan ni kayuh sebelum patah balik ke pangkal jalan. Terus hilang mood nak kayuh. Walaupun ini bukan perlumbaan tapi kekeliruan macam ni jugak tentulah sangat-sangat dikesali. Apapun tukangkebun harap Tonga jangan patah semangat. Insyaallah lain kali mungkin rezeki kau pulak. Buat penganjur, terima kasih atas respon (Mizi) yang diberi, semoga yang mana kurang dapat diperbaiki di masa depan.
:: PENGHARGAAN ::
~ Buat penganjur KHT Bikerz yang berusaha menjayakan Jambori kali ni. Keseluruhannya adalah baik. Teruskan dengan jambori malam.. memang best.
~ Buat abang Pojie (Abang kandung kepada Pojie) yang sudi menaja penginapan 7 riders di perantauan. Buat Fisol sekeluarga yang menaja makan tengahari yang enak. Buat Pak Itam & Mak Itam's Resort & Spa (adik ipar) yang entah kali keberapa tak jemu2 menaja penginapan tukangkebun & askar2 lengkap dengan pakej mandi-manda kat Sedim & Nasi Ayam Periuk Besar lagi.
~ Buat semua kengkawan mountain bikers yang sudi bertegur-sapa dengan kami: Assakinah (Bro Azmie & Janggut), PujMAC (Assry, Jayen, Shahrin & geng), Red Flag (Lontruth yang berahi, Comelfz, Abg Ai, Jamal, Zalmi), Tandope, Acong dan sesape jugak yang tertinggal namanya.
ps: Jemputlah ye layan gambar-gambar yang diambil dari Tukangkebun's Cap Ayam Photography, Adiharriman, Tandope & Gerek-Kulim:

4.40pm: Kat tempat mengambil goodies
8.54pm: Uphill pertama. "Cepatlah bang, tolak lagi... uhhh...""Tak boleh la.. ketat.. melekat... emmphh..." "Takpee... tolak aje..."
Jelas terpancar kegembiraan pada 2 orang pengayuh wanita ni bila tau Abangkebun ada menjaga kat belakang. huhu! (photo by Adiharriman)
Ngeh!ngeh! Cabutan bertuah beras putri. Jimat bajet bulan depan.. Dari kiri: Aloy, Syamir, tukangkebun, Fisol, Rafi, Abad, Izani, Zaki, Dzan & Tonga (ada berdiri tapi photographer tak masuk kamera, huhu!!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan