:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 5 Mei 2010

Kayuhan Amik Feel Terang Malam (28 April 2010)

Rabu, 28 April 2010. Sebelum berangkat ke Kulim minggu lepas, satu aktiviti kayuhan offroad malam telahpun berjaya dijalankan. Tujuan kayuhan offroad malam ini dibuat adalah untuk menguji tahap keberanian serta kecukupan dan keterangan lampu beskal masing-masing sebelum masuk jambori. Ini adalah kali kedua TMBikers & kengkawan beroffroad malam di Tanjung Malim ni. Kali pertama dulu rasanya dalam bulan dua, tapi berita masih tak keluar sampai sekarang.. huhu!! Bagi memastikan riders tidak kesesatan ke lubang hitam di malam hari, Izani dan tukangkebun sempat meletakkan marking pada petang tersebut kat tempat-tempat yang strategik.

Sambutan untuk offroad kali ni begitu mengghairahkan, lebih 19 riders dengan 37 38 biji telur datang menyahut cabaran. Tak sia-sia pakcik buat marking petang tu, huhu!! Kayuhan bermula dari Tanjung Malim-Ladang getah (berhadapan simpang kiri ke Kota Malim Prima dari Proton City)-Ladang Behrang-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim. Masa marking trail petang tu, tukangkebun ingat macam jauh aje dengan bukit segala bagainya. Rupanya bila kayuh reramai waktu malam pendek ajelah pulak. Maka terpaksalah penganjur memanjangkan trail tersebut. Insyaallah kayuhan offroad malam seterusnya, kita kasi panjang lagi itu trail!

Kayuhan kali ni menyaksikan 2 beskal rosak dan 2 kali pancit. Nasib baik ada mekanik profesional yang berkhidmat. Di akhir kayuhan jugak seorang rider sayur iaitu tukangkebun terpaksa ditowing akibat masalah urat kaki yang ala2 cedera parah mengalahkan jatuh helikopter hingga mendapat MC keesokan harinya gituk. Time kasih buat Abad & Jeff yang membantu. Kayuhan tamat sekitar jam 12 malam dengan jarak lebih kurang 20km. Buat semua riders kita jumpa lagi untuk offroad malam seterusnya... Emmmm... lazat!!

Izani selepas selesai buat marking, Trek belakang tu la yang bakal diratah malam ni!

Boy dah tak sabo nak offroad malam ni

Taklimat keselamatan oleh tukangkebun: "Kalau nampak antu aje terus pecut, jangan toleh belakang tau!"

Apa? hantu??!!!

19 riders yang datang malam tu, hantu pun terperanjat punyala..

Tulunngg! Tulunggg!! Penceroboh! Pak polisi! tuuluunnggg!!

Regroup lepas downhill kebun getah, manyak setap lohh!

Sementara 1 beskal sedang direpair kat bawah, Zaki pun terlonggar jugak FD dia.. Nasib baik ada Tonga

Yang lain pulak tolong tengok, ngehngeh!!

Pancit pertama: tayar Rafi

Amik gambo la dulu sementara tukar tiub tu

Dari kiri: Edy, Zaki, Leong, Boy, tukangkebun, Abad, Jeff & Dzan

Dari kiri: Rafi, lupa nama, Bronco, Izani & Fisol

Uphill kat pemancar tepi highway

Izani: "Asal gambar aku aje mesti tengah tolak!" Untuk makluman semua time dia tolak aje tukangkebun boleh amik gambo, time kayuh tak sempat, laju sangat!!

Leong first time offroad. Bravo! Bravo!

Geng UPSI senyum aje uphill..

Zaki: yang ni memang sentiasa senyum bila nampak kamera...

Angkat ketiak!! Lambang kejayaan menakluki busut tertinggi kat sini!

Downhill pulak!!

Khairul dibontoti rapat oleh Ramdzan

Leong..

Boy..

Jeff... biasa layan motocross aje. 1st time jugak offroad beskal

Pancit kedua: Beskal Rafi lagi, ada kaca lekat kat tayar rasanye..

Peloton belakang yang setia menunggu. Dari kiri: Jeff, Boy, Leong, Bronco.

Macam biasa minum-minum. Kali ni kat dapur Siam.

Geng-geng belia gagah perkasa..

Aiks ni apsal pulak?? Haa.. keesokan harinya kunjungan kami ke R.N. Samy Batu Caves hanya untuk menukar brake pad tukangkebun dikejutkan dengan keputusan drastik Edy yang membeli frame Giant XTC Team. Dari kiri: Edy,
Anak Mega (kat celah frame atas BB), Zaki & Nel.

Yang ni pulak tool tukangkebun. Terpesona dengan rupanye you!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails