:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 21 Mei 2010

Pengayuh di Tangkap Basah (19 Mei 2010)

Rabu, 19 Mei 2010. Begitulah yang terjadi apabila pertimbangan diletak ketepi dan nafsu menguasai diri. Memanglah.. benda sedap, siapa yang tak suka! Alang-alang bersama takkan nak berhenti. Apa nak buat, benda dah jadi, nak kembali ke pangkal jalan pun dah terlambat.

Kayuh malam Rabu lepas adalah antara kayuhan malam Tanjung Malim Bikers yang paling panjang dan basah. 18 orang yang kayuh termasuklah Nizam@Bingai dan Herman dari KL. Berikut diringkaskan kepanjangan dan kebasahan kayuhan malam tu:

  1. Seawal minit pertama lagi, lepas traffic light simpang 4, group terpecah 3. Peloton besar kat depan, tukangkebun sensorang tunggu riders kat tengah dan 3 riders (Aloy, Syamir & Boy) yang tertinggal. Lama jugak berenti aka kayuh selow2 tapi tak nampak2 jugak. Ishh diorang ni tak kayuh terus ke? Akhirnya terus memecut (20 km/j aje muahaha!!) mengejar peloton yang dah tak nampak bayang. Last sekali baru tau, rupanya beskal Aloy ada masalah kabel. Diorang balik sekejap Taman Bernam tukar basikal!
  2. Sampai kat area Kilang Proton @ Proton City, skru crank Zaki pulak tanggal sebelah. Sekali lagi kerja-kerja "kayuh~longgar~berenti~ketat~kayuh" berlangsung entah berapa kalinya. Time ni kami berenti untuk tunggu Aloy, manakala peloton hadapan pun patah balik kat tempat kami.
  3. TANGKAP BASAH!! Dalam pada repair beskal Zaki tu la hujan turun punyalah lebat. Bukan setakat baju malah spender sekalipun habis basah lencun. Bimbangkan keselamatan "teruna"nya, 2 riders (terpaksa dirahsiakan) berpatah balik. Manakala 16 budak hitam berbasikal dan 2 budak putih (Jeff) dan budak hitam (Bronco) yang bermotosikal meneruskan perjalanan. Ingatkan makin reda rupa-rupanya hujan makin lebat sampai Changkat Asa. Pedih-pedih mata kayuh kayuh dalam hujan. Kebasahan sungguh!
  4. Di kala kenikmatan milo ais kedai Abad kat RnR Ulu Bernam dah terbayang-bayang, pom! sekali meletuplah tayar Zaki! Apa lagi, tukar tiub la! Pukul 12 baru sampai RnR Ulu Bernam.
Kesimpulannya berkayuhlah walaupun ditangkap basah. Best woo!!


Masih kering dan suci. Dari kiri: Hasbullah, Aloy, Zaki, Kadri, Ujang veteran, Bronco & Pojie.

Kebasahan dari kiri: Izani, Pojie, Bronco & Syakir.

2 member yang turun dari KL: Herman (kiri) & Nizam. Time kasih bro.

Zaki termangu mengenang nasib diri yang tak sudah-sudah ditimpa musibah.

Dari kiri: Abad, Leong, Hasbullah & Jeff.

Yang paling basah: Tukangkebun (biru)

Berenti kejap kat workshop motor, Kg Sekolah cari skru crank Zaki

Nengok tu, macam takde perasaan aje diorang dok kena hujan..

Syamir anak Aloy

Saling bekerjasama membasuh tangan dan kepala

Pomen Aloy: "ya puan-puan, selepas air mengelegak, masukkan segenggam daun ketumbar ye.."

Gambar kenangan dari kiri: Jeff, Owner workshop, Bronco, Apik & Aloy.

Ishh.. apa kene pulak basikal Syakir? Takpe ada 3 marshal kat belakang.

Pakcik Bronco, marshall yang sanggup basah spender walaupun tak kayuh.

Marshall Jeff pun sama jugak basah spender demi kengkawan

Ni pulak Apik, satu-satunya marshal yang kering spender pasal naik 4WD!

Senyum sikit Aloy!

Cakk! tukangkebun!

Syamir..

Izani, mentang2 ada marshall habis tinggal anak!

Aksi terlampau basah pomen of the night!

Aksi manja tukangkebun.. huhu!!

Bocor pulak tayar Zaki.. kahkahkah!! Kene mandi bunga ni!!

Nasib baik kat sini kering.. tapi kami masih kebasahan!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails