:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 17 Februari 2009

Welcome To The Digital Photography World

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Bertemu lagi untuk ke sekian kalinya... Kali ini saya ingin membawa anda semua meneroka topik yang agak berbeza dan langsung tidak menyentuh tentang basikal... hehehehe... Sesekali kita alih "view" kita untuk menjelajah ke suatu topik yang agak jauh dari mempersoalkan bab-bab berkayuh, hill climbing, donwhill, trail, MTB component dan apa jua yang menyentuh tentang BASIKAL...

Saya ingin berkongsi pengalaman, hobi, kepuasan serta menyedari kecanggihan revolusi teknologi fotografi masa kini yang telah semakin berkembang dan didominasi oleh penggunaan peralatan digital yang serba moden dan menjanjikan hasil yang jauh lebih memberangsangkan...

Bertitik tolak dari era permulaan, terma "Photography" telah diperkenalkan oleh Sir John Herschel pada tahun 1839 yang menyaksikan penemuan teknologi "Dark Room" dengan penghasilan imejan "Black and White" sehinggalah ianya berkembang hingga ke hari ini dengan kepesatan perkembangan teknologi seiring dengan arus modenisasi.

Tidak jauh berbeza dengan peminat basikal, peminat bidang fotografi ini juga tidak dapat lari dari berhadapan dengan dugaan2 yang menguji kesabaran untuk tidak mengeringkan kocek membeli peralatan dan menghadapi godaan "upgrading" yang menelan belanja yang agak besar sehingga boleh membuatkan kita menelan air liur beberapa kali dan mungkin akhirnya ditelan oleh isteri akibat terjumpa resit kedai kamera dalam kocek seluar... hehehehehe...

Begitulah kehidupan... Seeorang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk mendapatkan sesuatu yang diingini kerana minat yang terlalu mendalam... Namun barang harus diingat... Apa pun yang kita lakukan.. janganlah hendaknya ianya menjadi sesuatu yang akan memporak perandakan kehidupan kita... Padahal pada awalnya tujuan kita adalah baik namun keghairahan yang berlebihan membuatkan perkara baik akan mengundang bencana... Memang sudah menjadi adatnya... Setiap perkara yang dilakukan secara berlebih-lebihan itu pasti akan membawa padah...

Berbalik kita kepada cerita fotografi dan pengimejan digital tadi... Sebenarnya saya juga menaruh minat yang mendalam terhadapnya... Sehinga baru2 ini minat ini telah mengheret saya untuk ke kedai kamera dan membeli sebuah kamera digital...

Setelah mengintai2 budjet maka saya telah mengambil keputusan untuk membeli dan memiliki kamera digital SLR jenama Nikon siri D80... Macam mula2 dapat basikal dulu... Kamera tu saya belek sampai puas... Bermulalah sesi snap menyenap... hehehehehe... betul ke bahasa aku nih... Rojak je... Takpelah janji paham...

Saya mula asyik mencari subjek matter untuk dirakam... Mencari sudut angle yang menarik (pada pandangan saya la).. Menentukan DOF (Depth Of Feild) yang terbaik... Menetukan komposisi yang seimbang dan menarik... Kombinasi warna dan macam2 lah... Entah apa-apa... Macam terer... Tapi sebenarnya main belasah aje... Maklumlah kita ni beginner... Macam kayuh basikal gak... Baru nak belajar shifting gear...hehehehehe...

Jadi bila dah snap sana snap sini... Maka ada la gambarnya... Macam2 la subjek matter nya... So di sini saya ingin sekali berkongsi rakaman2 dari perspektif lensa saya ini bersama rakan2...
Walaupun gambar ni tak sehebat mana... Tapi setidak-tidaknya memberikan kepuasan pada diri sendiri...

Saya juga terbuka untuk menerima sebarang komen dan pendapat membina dari kawan2... Mana tau kot2 ada yang otai2 bab2 amek gambor nih... Buleh saya belajor pulak...

Berikut adalah hasil yang dapat saya paparkan setakat ini... Enjoy...






















Sekian dahulu... Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini...

Have a nice day everyone...!

6 ulasan:

pojie berkata...

xpa bro,.. kalu resit kamera, bini x telan punya.. lain laa jumpak resit baju dalam kaa...

hat gambag awan no. 11 sempoii.. kaler dgn contrast lawa.. jd perhatian kt "DPS" tuuu... centekk..

best2.. aku pon minat photo2 nih.. br nk start.. nnti blehla berguru dgn hang..

AO berkata...

cuihhhh.... aku pon buta huruf... hang nak berguru dengan aku ??? hahahaha... takut jadi ajaran sesat la bro...kihkihkihiihih... takpa... nanti kita sama2 explore benda nih...

rudy berkata...

huahauahahahaha... cheeeeewah! akhirnya hang telah mengejoin kelab berfoto! aku baru ingat nak call hang tanya jadik tak beli kamera...baguih
gambar awan tuh kalau hang guna manual setting. Shutter 1.5"-3" aperture 15-18 sure lagi cun.. apa2hal pun cubaan yang menarik....bila nak shoot sesama neh?

AO berkata...

hahahaha.... aku main belasah je tu rudy... nanti kita set time shoot sesame.. buleh gak aku menuntut dari ko...

Remi berkata...

Tahniah kerana telah menceburi bidang baru yang memerlukan anda menjadi kreatif. Tak sangka ada juga geng mtb yang berminat dengan fotografi. Di Senawang saya join 2 geng. 1 geng foto/video dan 1 lagi geng MTB. Cara untuk menjadi jurugambar yang baik ialah dengan praktis, praktis dan praktis. Saya bukan pandai sekadar bercakap dari pengalaman. D80 sudah bagus dan jangan terpengaruh dengan perdebatan Nikon vs Canon yang tiada penghujungnya. Email saya di nizarimi@gmail.com untuk bertanyakan tentang kamera kalau-kalau saya boleh membantu, insyaallah.

AO berkata...

Remi... Terima kasih yang pertama kerana sudi berkunjung ke blog ini... Yang kedua kerana sudi berkongsi pengalaman tentang minat dan hobi atau artwork yang sama...
Terima kasih juga atas pelawaan sdr untuk memberikan bantuan... Saya pasti akan menghubungi sdr.. Insyaallah kalau ada peluang kita set masa kayuh sesama dan shot photo sesama...
By the way... Thanks sekali lagi kerana sudi singgah... Saya add link blog sdr di sini...

Related Posts with Thumbnails