:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Ahad, 22 Februari 2009

Kayuh Petang Lagiii.... (22/02/09)

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua....

Setelah lama tak kayuh... Kini semangat berkayuh tu dah datang semula akibat sesi kayuhan pemanas badan tempoh hari...
Maka hari ini terjadilah sekali lagi sesi kayuhan petang yang dipelopori oleh AO dan Fisol...

Trek ? Mana lagi... Kalau kayuh petang ni dah tentula layan trek Ladang Behrang 2020... Sekangkang biawak je dari umah...

Mulanya sesi kali ni dirancang untuk sesi khas berkayuh sambil bikin photo shoot... Nak amek landcape dan sunset dari atas bukit... Tapi kita hanya mampu merancang... Segalanya ditentukan oleh Nya jua... Sekali petang tu ujan daaaa... Cuaca lak mendung... Ape nak di sunsetkan ye tak... kihkihkihkih...

Apapun tujuan untuk berkayuh tetap diteruskan... Kamera tetap jua dibawa... Mana tau.. Kot2 ada benda yang menarik untuk dirakam...

Kayuhan kali ini agak merimaskan sedikit dan tak dapat nak layan DH sepenuh jiwa dan raga... Ini kerana ride selepas ujan... Trek tanah merah ladang yang berlopak... Tayar pon mula la menjadi "Donat"... Bila kayuh laju je... mula la bersepai2 tanah naik ke muka... Dan yang paling menyakitkan hati bila masuk kat mata...
Cermin mata lak tak bawak... Adoiiii....

So... Boleh dikatakan sesi ride kali ni tak berapa enjoy... Namun tetap diteruskan... Kami buat keputusan untuk tak ikut route yang biasa... Nak try loop yang baru...

Kayuh punya kayuh.... alamakkkkkk.... ada jumpa lak "bump" masa DH kecil-kecilan... Apa lagi... Repeat..... Maka jadi la sesi melompat dan berfoto... kihkihkihkih... Terubat jugak hati bila ada sesuatu yang nak dilayan...

Mula2 AO saja yang dok lompat tak ketahuan... Tetiba Fisol yang tak pernah2 nak melompat pon naik antu jugak... Walaupun "bump" tu tak la tinggi sangat... Tapi bagi kami new rider yang baru nak belajar shifting gear ni dah kira best la dah daripada takde langsung... hahaha...

Acara lompat melompat berlangsung sampai hari pon naik gelap... Dan dekat nak Maghrib.. Nasib baik umah tak jauh... Sebelum ada kejadian buruk berlaku akibat tak ketahuan sampai ke Maghrib... Maka kami mengambil keputusan untuk pulang... Beberapa shoot yang dikehendaki juga sudah di captured...

Berikut beberapa imej yang berjaya dirakam pada petang yang syahdu itu....





Ni je la sunset shoot yang ada.. Matahari dah tak nampak...


Aksi2 Fisol







Aksi2 AO







Kihkihkihkih... Itu le dianya... Orang lompat... Kita pon nak lompat... Apa2 pon... Kita buat ikut cara kita.. Cakap orang peduli apa ye tak... Asalkan kita tau apa yang kita buat dan tahu apa yang kita mahukan...

Sampai di sini dulu... Salam untuk semua...

Keep on riding and have a nice day everyone...!

4 ulasan:

pojie berkata...

huyooo... cunnn2...
terbang pun makin tinggi tu... abihlaa aku x terikut dahhhh.. kihkihkih

AO berkata...

hahahaha.... terbang yang tak seberapa pojie... mana ble lawan set2 otai... kihkihkihkihkih...

nazirul mubin berkata...

steady la bro...sebarkan perdamaian n tolenransi

AO berkata...

Nazirul mubin> Insyaallah bro... Itu jugalah tujuan kita berblog dan berkongsi pengalaman dengan rakan2... Tak kira siapa pun kita... Tak kira apapun pangkat dan kedudukan kita... Kita tetap sama di sisi Yang Maha Esa.. Yang penting kita dapat menikmati apa yang diberikanNya bersama2... Sambil kayuh... Sambil riadah... Sambil kita menambah kenalan dan menjalin persahabatan...

Related Posts with Thumbnails