:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Ahad, 15 Februari 2009

Kayuh Petang (Warm-up Session) 14/02/09

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 dan juga sesiapa jua yang mengunjungi blog ini....

Sudah terlalu lama saya tidak berbingkis dalam ruangan blog ini...
Banyak perkara yang berlaku... Banyak masalah yang dihadapi... Namun Alhamdulillah... Semuanya dapat diselesaikan dengan baik....

Maka dengan itu kini saya kembali... Kembali berkongsi pengalaman dan keseronokan berkayuh sambil beriadah...

Petang 14 Februari 2009 saya dan seorang sahabat iaitu sdr Fisol telah meneroka kembali trail yang sudah sekian lama kami tinggalkan... Taril ni tak la jauh lokasinya dari tempat tinggal... Kat area belakang rumah je...

Dulu kami selalu jugak berkayuh di sini... Trailnya pulak tak lah hebat sangat... Bolehlah jika niat kita nak beriadah... Mengeluarkan peluh... Sambil layan beberapa siri DH panjang yang boleh mencecah kelajuan 54km/j...

Namun kedengaran berbagai persepsi dan komen terhadap taril ini... Trail tak best la... Boring la... Tak mencabar la... dan macam2 lagi la...

Namun bagi saya secara peribadi... Itu semua taklah begitu penting... Apa yang penting ialah... Tujuan dan niat kita yang "NAK BERKAYUH"... Perkataan "KAYUH" tu saya tegaskan sekali lagi.... Kalau trail bagus gila... Climbing mencanak... Switch back bersepah... Drop bersusun... Tapi kalau kita tak kayuh... Tak guna jugak kan...

So apa2 pun tentukan trail mengikut gaya kayuhan anda... Saya ni kayuh santai untuk suka2 saja.... Trail ringan2 macam ni pun dah cukup untuk mengeluarkan peluh di badan...

Realitinya saya dan Fisol sungguh teruja dengan sesi kayuhan kali ini.... Ini adalah kerana... yang pertama... Kami memang dah terlalu lama gantung basikal... Dan naik bersawang... Berbulan dah tak berkayuh.... Labah2 dan buat rumah banglo dah kat rim basikal... hehehehehe.... Yang keduanya... Bentuk mukabumi trail ni dah banyak berubah... Ini adalah akibat projek penanaman dan penstrukturan semula ladang sawit... Jadi beberapa laluan yang dulunya agak hambar... kini sudah mampu memberikan keriangan untuk dilalui...

Oleh kerana tuan yang empunya ladang ni telah menstruktur semula sistem blok tanaman dan laluan keluar masuk ladang... Maka terhasillah beberapa siri long climbing dan long DH yang amat mengujakan... Memang layan... Terdapat banyak loop baru yang menarik... Namun begitu kami tidak sempat untuk menjelahai seluruh kawasan ini kerana kayuhan bermula agak lewat....

Berikut adalah serba sedikit panorama yang sempat dirakamkan untuk dikongsikan dengan rakan2 sekalian...


























Sebenarnya trail ini masih belum habis kami jelajahi... Akan kami telusuri seluruh pelusuk ladang ini di lain kesempatan...

Semoga bertemu kembali...

Have a nice day everyone...

Assalamualaikum...

8 ulasan:

pojie berkata...

sempoiii... terrer hangpa recce.. x sangka area kita ada trail mcm nih.... x sabag aihhhh..

AO berkata...

hahahahaha... balik cepat bro.... balik cepaaatttt....

rudy berkata...

AO.. jarang ada anak melayu yang terer recce trail macam hang neh..heheheheheh..
bila la lagi kita nak bergabung kayuh ROP ngan TM bikers? ada plan?

AO berkata...

hahahaha.... jejaka melayu terakhir rudy... sempoi jugak idea ko ni... nanti aku cuba setkan untuk ROP dan TM Bikers bersekedudukan ke sekian kalinya...

tukangkebun berkata...

Assalammulaikum bro AO & pojie..

Saya baru aje start mtb kat TM ni. Sempat la ride beberapa kali dgn ijoi, bob & lan.

Trail tu mmg nampak mengancam. Saya selalu lalu situ & mcm geram aje nak try. Klu ada ride boleh bagitau la.. sorang2 tak berani lagi nak offroad. maklum la.. budak baru belajar...

AO berkata...

canteekkk wahai sahabatku tukangkebun... trail ni saya dan fisol selalu layan petang... lepas kerja.. kira trail untuk amek stamina la... kalau nak join bagi no phone... ada ride saya call nanti... lagi ramai lagi meriah.. hari ahad kita kayuh plak ramai2 kat trail sungai samak... ijoi, lan ngan bob tu geng kita jugak tu.... hehehehehe... cuma aritu masa sdr berkayuh saya tak dapat join... ada kerja out station la...
apa2 pon welcome to da club bro...

tukangkebun berkata...

tq bro.. my number: 019-2532050. kalau free insyaallah bole join..

AO berkata...

orait bro... nanti ada ride saya roger...

Related Posts with Thumbnails