:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 25 Februari 2009

Suami pilihan.....

Boring punya psl,.. dahla x bleh kayuh dah,.. nk jalan2 pon xdak mood,.. last2 browse internet, jumpa pulak gambar2 ni... menarik jgk utk share kt sini.. hehehe

Artikel ni khas untuk awek2 bujang dan masih cari pasangan... carilah bakal suami dengan berhati2.. jangan pandang pada rupa semata2.. silap2 nnti merana..

Carilah suami yg sayang pada anda lebih dari hartanya. Dan lg, kata org,.. tangan yg menghayun buaian boleh goncang dunia,.. jom kita tgk,.. apa lagi yg tangan2 tu boleh buat...










atau mungkin jugak diorang nk tunjuk apa yg laki buat,.. pompuan pun boleh buat... haahaha.. ambik hang...

Isnin, 23 Februari 2009

Lagi Lagi Kayuh Petang.... 23/02/09

Kayuh petang lagi... Lagi lagi kayuh petang.... hehehehehehe...
Assalamualaikum sahabat2 bloggers dan MTbers sekalian...

Tu dia... Kami kayuh petang lagi... Kali ni lebih dasat... Kenapa dasat ? Sebab kami berkayuh dalam hujan yang teramat lebat... Memang betul tuan2... Hujan memang lebat giler... Tapi tu la yang bestnya... Jarang dapat kayuh dalam hujan lebat2 nih... Masa kecik2 dulu mak tak bagi... Kena marah... Sekaranglah masanya untuk menikmati keseronokan kayuh basikal dalam hujan... hehehehehe... Mak nak marah pon takleh sebab jauh kat kampung... kuikuikuikuikuikui...

Sebelum ni hanya AO dan Fisol saja yang kayuh petang nih... Tapi kali ini ahli dah tambah sorang lagi... Sekaligus menambahkan keahlian TM Bikers... Beliau adalah bro Yamin a.k.a tukangkebun... Hehehehehe... Best2... Sempoi dia ni... Kuat pon kuat... Sambil kayuh naik bukit sambil boleh pandang2 belakang tuuuu....

Kayuh bermula dari rumah AO (aku le) jam 6.15 ptg... Kira dah lambat jugak dan hujan pun tengah lebat bagai dicurah2... Tapi itu tidak menjadi soal... AO dan Fisol memang enjoy kayuh dalam hujan ni... Si Yamin pulak takder hal... Dia on sajaaa....

Bermula tenang mengharung hujan... Dakian pertama ke tangki air... tarak hal... tarmac je... Lepas tu..... DH yang pertama... Hujan tetap lebat... Air bergelinangan atas trek tanah merah sekaligus menutup lopak dah lurah hakisan alur air di permukaannya... Trek yang berlurah dan berlubang sana sini kini dah nampak rata ditenggelami air...

Bagi AO dan Fisol... Tak jadi hal sebab dah masak dengan selok belok trek ni... Tapi Yamin... Ni la first time dia layan trek ni... Nak jadi hal... Yamin a.k.a tukangkebun terlibat dalam satu kemalangan ketika DH pertama... Adusssss... Koyak jugak la kulit kaki... Tapi tak lah serius... Luka biasa jer... Adat berkayuh... Tak jatuh maka tak sakit...hehehehehe... Jangan marah bro Yaminnnn....

Ingat nak patah balik sebab member dah injured... Tapi bro Yamin nak teruskan jugak... Hujan pulak tak nampak macam nak berenti... Sambung kayuhhhhh....

Sampai atas bukit kedua... Berenti jap... Melepaskan lelah mendaki... Ambik gambar laaaa... Tapi takleh nak shoot banyak sebab ujan... Takut gambar kemana... Kamera plak jahanam... kuikuikuikuikuikui...

Di penghujung kayuhan... Kami sempat la layan spot yang ada "bump" aritu... Maka masing2 layan la selompat dua.. Tapi agak sedikit bahaya sebab ujan terlalu lebat... Licin... silap lompat... Terlipat...

Abis lompat... Kayuhan pulang dilancarkan... Sampai semula di starting point jam 7.20 kurang lebih... Jadi la...

Berikut adalah foto yang sempat dirakamkan sepanjang ride kali ni....


AO


Fisol


Yamin a.k.a tukangkebun the newest TM Bikers member... Welcome to da club bro...!




Kecederaan ringan di kaki Yamin... Adehh.. isk...isk... Jangan serik bro...!




Begitulah alkisahnya siri lagi lagi kayuh petang kali ini... Apapun enjoy ride tu yang penting... Saya selaku wakil TM Bikers Gang yang lain mengucapkan selamat datang kepada sdr Yamin... Semoga kehadiran sdr akan memeriahkan lagi senario perkayuhan MTB di Tanjong Malim ini khasnya dan di seantero Malaya amnya... cheeeeewaaaahhhhhh.....!

Sekian dulu untuk kali ini... Semoga berjumpa dalam siri fun ride yang akan datang...

Keep on riding guys... And...... Have a nice day....!

Ahad, 22 Februari 2009

Kayuh Petang Lagiii.... (22/02/09)

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua....

Setelah lama tak kayuh... Kini semangat berkayuh tu dah datang semula akibat sesi kayuhan pemanas badan tempoh hari...
Maka hari ini terjadilah sekali lagi sesi kayuhan petang yang dipelopori oleh AO dan Fisol...

Trek ? Mana lagi... Kalau kayuh petang ni dah tentula layan trek Ladang Behrang 2020... Sekangkang biawak je dari umah...

Mulanya sesi kali ni dirancang untuk sesi khas berkayuh sambil bikin photo shoot... Nak amek landcape dan sunset dari atas bukit... Tapi kita hanya mampu merancang... Segalanya ditentukan oleh Nya jua... Sekali petang tu ujan daaaa... Cuaca lak mendung... Ape nak di sunsetkan ye tak... kihkihkihkih...

Apapun tujuan untuk berkayuh tetap diteruskan... Kamera tetap jua dibawa... Mana tau.. Kot2 ada benda yang menarik untuk dirakam...

Kayuhan kali ini agak merimaskan sedikit dan tak dapat nak layan DH sepenuh jiwa dan raga... Ini kerana ride selepas ujan... Trek tanah merah ladang yang berlopak... Tayar pon mula la menjadi "Donat"... Bila kayuh laju je... mula la bersepai2 tanah naik ke muka... Dan yang paling menyakitkan hati bila masuk kat mata...
Cermin mata lak tak bawak... Adoiiii....

So... Boleh dikatakan sesi ride kali ni tak berapa enjoy... Namun tetap diteruskan... Kami buat keputusan untuk tak ikut route yang biasa... Nak try loop yang baru...

Kayuh punya kayuh.... alamakkkkkk.... ada jumpa lak "bump" masa DH kecil-kecilan... Apa lagi... Repeat..... Maka jadi la sesi melompat dan berfoto... kihkihkihkih... Terubat jugak hati bila ada sesuatu yang nak dilayan...

Mula2 AO saja yang dok lompat tak ketahuan... Tetiba Fisol yang tak pernah2 nak melompat pon naik antu jugak... Walaupun "bump" tu tak la tinggi sangat... Tapi bagi kami new rider yang baru nak belajar shifting gear ni dah kira best la dah daripada takde langsung... hahaha...

Acara lompat melompat berlangsung sampai hari pon naik gelap... Dan dekat nak Maghrib.. Nasib baik umah tak jauh... Sebelum ada kejadian buruk berlaku akibat tak ketahuan sampai ke Maghrib... Maka kami mengambil keputusan untuk pulang... Beberapa shoot yang dikehendaki juga sudah di captured...

Berikut beberapa imej yang berjaya dirakam pada petang yang syahdu itu....





Ni je la sunset shoot yang ada.. Matahari dah tak nampak...


Aksi2 Fisol







Aksi2 AO







Kihkihkihkih... Itu le dianya... Orang lompat... Kita pon nak lompat... Apa2 pon... Kita buat ikut cara kita.. Cakap orang peduli apa ye tak... Asalkan kita tau apa yang kita buat dan tahu apa yang kita mahukan...

Sampai di sini dulu... Salam untuk semua...

Keep on riding and have a nice day everyone...!

Sabtu, 21 Februari 2009

Photo... a Night at the Theater

Beberapa gambar lama sekitar bulan Okt08. Dirakamkan dari pementasan theater muzikal Sepanyol.

Suasana pentas dengan kurangnya cahaya dan pergerakan artis yang agak laju menambahkan cabaran untuk merakam gambar.

Kebanyakan gambar diambil dengan setting "TV" iaitu kawalan manual pada "shutter speed" (dgn speed yang disetkan tinggi) dan "appeture" disesuaikan secara otomatik oleh kamera. Setting ISO pada (ISO800) dan gunakan pilihan W/B "tungsten"..

Layan....

Kritikan dan komen amatlah diharapkan..









Photo.. jalan-jalan makan angin..

Seperti saudara Azri,.. saya juga baru timbul minat dengan fotografi. Mungkin kebetulan atau mungkin juga terdapat persamaan minat antara kami.. satu kapla kata org kampung saya..hehehe.

Baru2 ini, saya telah berkesempatan bercuti, jalan-jalan. Dalam pada itu, sempat jugalah mencuba-cuba snap gambar. Ada yang ok,.. banyak juga yang tak menjadi... masih banyak yang perlu dipelajari...

Antara beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang percutian,.. dengan beberapa darinya gambar asli dan ada yang telah diedit "RGB curve", "contrast", "crop" dan lain2... layann..


















Related Posts with Thumbnails