:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 30 Julai 2010

Slim River Night Ride-Tipah tertipu! (28 Julai 2010)

"Tipah tertipu bang, tipah tertipu!! Tipah sangka mereka semua lelaki yang jujur dan boleh dipercayai. Muka mereka, kecuali tukangkebun walaupun tak kacak tapi adalah jugak sikit-sikit cahaya kebenaran. Kalau sekali takpe jugak.. Tipah masih boleh pendam bang.. tapi ini sudah 4 kali bang! 4 kali dalam satu malam Tipah terkena bang! Itu terlalu hardcore buat Tipah bang!! Yang paling Tipah tak tahan ialah bukan setakat yang muda.. yang tua rupanye lagi rakus bang!! Diorang lah yang mula dulu bang... Diorang buat Tipah sampai lembik bang..!! 4 kali bang.. 4 kali... Tipah tertipu bang! Tipah tertipu!!"

Tanjung Malim. Rabu, 28 Julai 2010. Begitulah luahan hati seorang pengayuh bernama "Tipah" (bukan nama & jantina sebenar) yang meluahkan kekesalannya atas tindakan sekumpulan 15 pengayuh yang hanya pandai memberikan janji manis kononnya untuk kekal bersama dalam peloton baik ketika terang maupun gelap dan mengekalkan corak kayuhan rilek baik ketika kuat maupun semput.

Tipah Tertipu #1
Pada mulanya kayuhan yang bermula 8.45pm sejauh 60km dari Tanjung Malim~Behrang Ulu~Kg Slim~Slim River~Behrang Stesyen~Tanjung Malim itu berjalan lancar. Bagaimanapun ketika menghampiri Kg Sungai Dara, tindakan seorang pengayuh road bike bernama Pak Din yang tak tahan melihat keslowan pengayuh-pengayuh MTB "tayar landrover", menyebabkan peloton terpisah jua akhirnya. Tanpa menoleh ke belakang, kumpulan yang ditarik Pak Din telah memecut hinggalah tiba di Kg Slim. Setelah berenti beberapa ketika, peloton belakang akhirnya sampai dan bersatu semula.

Tipah Tertipu #2
Kali ini semua pengayuh berjanji sekali lagi untuk berkayuh dalam peloton dengan kelajuan sederhana untuk mengelakkan ada yang tertinggal. Pak Din turut dipaksa menaiki MTB milik In manakala tukangkebun pulak mengetest road bike Pak Din. Wow! Patut la Pak Din laju tak hengat! Rupa-rupanye road bike ni ringan tak hengat. Laju. Pickup betul! Rasa macam naik superbike. Malangnya tindakan ikhlas tukangkebun yang sekadar nak test power road bike dengan memotong sambil gelak-gelak jahat telah disalah-ertikan oleh pengayuh-pengayuh landrover yang lain. Apa lagi, berpecah lapan la peloton 10km sampai Slim River! 1st time tukangkebun duduk dengan geng depan. Biasa kene tinggal aje!

Selepas berehat minum-minum di Slim River, perjalanan balik diteruskan mengikut jalan besar Ipoh-KL. Semua pengayuh diingatkan untuk kekal dalam satu barisan aje dan jangan pecut. Laluan ini sangatlah tidak direkomen untuk dikayuhi ketika malam hari. Terlalu bahaya untuk mana-mana basikal berkelajuan kura-kura. Namun kami sengaja nak test pasal ada support car yang follow kat belakang. Kali ini kami bergerak betul-betul dalam satu barisan, betul-betul tepi jalan dan betul-betul tak laju. Tiba-tiba aje Pak Din yang dah dapat balik road bike sekali lagi memotong sambil kata "laju sikit.. slow sangat!" Tapi belumpun sempat nak laju tiba-tiba geng depan brek emergency! Rupanye tayar Pak Din pancit la.. Kahkahkah!!

Tipah Tertipu #3
Selepas itu kayuhan bersambung sampai la Behrang Stesyen. Pengayuh membelok dari jalan Ipoh-KL ke jalan yang lebih selamat iaitu Behrang Stesyen~Proton City~Tg Malim. Jalan ni memang sunyi, gelap dan sedap. Mula masuk aje dah dengar suara Izani "henjut! henjut!!" Apa lagi, segala disiplin peloton terus dilupakan. Sekali lagi berlaku aksi attack-mengetack sampai abis kedua-dua lane dipakai! Kemudian berenti dekat trafic light Behrang Ulu menunggu pakar towing TMBikers; Abad & Leong yang menolong rider baru iaitu Wan. Turut sama ialah Qadri dan Fisol.

Tipah Tertipu #4
Selepas mengucapkan babai kepada Fisol & Wan (datang kemudian parking kat Behrang Ulu) dan Pakdin (tumpang Fisol) kamipun berkayuhlah balik ke Tg Malim. Setelah 3 kali menghenjut sehingga abis kering air dalam badan semua pengayuh untuk kesekian kalinya bersetuju untuk "slow-slow" ajelah. Penat woi. Tapi akhirnya sekali lagi Tipah tertipulah jugak. Dimulakan oleh Abad dan difollow Izani, merempitlah lagi.. Zaki dengan Leong siap tunduk pegang fork lagi! Hampeh betul! Nak kejor ape diorang ni?!

Lunyai Tipah!
Apapun kami kat TMBikers nak ucapkan selamat datang kat member baru kami iaitu Wan. Jangan serik Wan. Ride ke Slim River ni memang sempoi. Habis lunyai. Tipah tertipu bang.. Tipah tertipu!!


Syakir yang dah lama tak kayuh muncul akhirnya!

Minum-minum. Dari kiri: In, tukangkebun, Zaki, Pak Din, Jeff & Dzan.

Dari kanan: Izani, Fisol, Wan (terlindung), Abad & Leong. Takde bergambo: Khairul, Faisal, Boy, Syakir

Gambo last Dzan kat jalan Ipoh-KL. Bateri abis la Tipah!

Jumaat, 23 Julai 2010

Le Tour de Kampung Slim (21 Julai 2010)

Rabu, 21 Julai 2010. Pada malam rabu yang lepas, sekumpulan adik-adik remaja yang takde keje telah mencari keje dengan berbasikal secara berpeloton dari Tanjung Malim, Perak menuju Kampung Slim yang juga terletak di Perak. Walaupun rancangan asal hanyalah untuk berkayuh ke Changkat Asa, tetapi disebabkan jiwa remaja yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru maka seorang adik yang gemar berkebun telah mencadangkan laluan ini. Maka bersetujulah 8 orang remaja itu dengan diketuai oleh ketua kelab ping-pong SKTM iaitu adik Zaki yang acap kali berkayuh ke Kg Slim dan kadang-kala tersprint hingga ke Slim River.

Perjalanan sejauh 44km pergi dan balik ini begitu lancar dan tiada seorangpun yang berpecah daripada peloton. Tambahan pula jalan ke Kg Slim begitu gelap dan sunyi, mana la adik-adik yang masih bersekolah ni berani nak keluar peloton. 2 orang adik yang agak kuat kerana rajin minum susu dumex iaitu adik Izani Contador dan jugak adik Leong Schleck telah bergilir-gilir menarik adik-adik yang lain. Setibanya di Kg Slim kumpulan pengayuh adik-adik remaja berpeloton ini telah dibelanja dengan air panas oleh adik Leong di sebuah restoran yang agak meriah di situ. Mereka semua selamat kembali ke rumah masing-masing kira-kira jam 12.00am. Perjalanan sehala mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kesemua adik-adik remaja ini bergembira dengan kayuhan ini dan berharap ibu bapa mereka akan memberi izin untuk mereka berpeloton lagi. Babai kawan-kawan. Jumpa lagi!


Di awal perjalanan lagi adik-adik ni sudah berpeloton

Aiks! Dah sampai?! Gembiranya adik-adik kita minum air di Kg Slim

Selepas minum, adik-adik berpatah balik ke Tg Malim

Takde sorangpun adik-adik yang berani pandang belakang

Dari kiri: adik Izani, adik In, adik Qadri & adik Zaki.

Satu barisan aje ketika naik bukit selepas Air Terjun Sungai Bil

Adik-adik mengikut tanda jalan. Tg Malim ke kiri.

Adik Qadri, In, Leong, Zaki & Izani ketika menunggu adik Khairul yang ditarik mengkarung kat bawah flyover Proton City.

Nasib baik adik kebun armstrong takde apa-ape, cuma sengal punggung aje..

Selasa, 20 Julai 2010

Membajak sawah dengan basikal (16 Julai 2010)

Jumaat, 16 Julai 2010. Assalammualaikum semua. Lama sungguh geng-geng TMBikers tak kayuh offroad di malam hari. Basikal pun bersih berkilat-kilat tanpa ada kotoran degil. Jadi jumaat lepas satu sesi perkayuhan offroad malam pun terpaksalah diadakan. Seramai 10 orang terlibat iaitu Pojie, Ramdzan, Ujang, Leong, Boy, In, Eddie, Qadri, Nel & tentunya tukangkebun. Manakala Abad yang terkehel bahu akibat bergelut dengan 5 orang penjahat ketika menyelamatkan seorang gadis (kahkahkah!!) pulak menjadi marshall. Manakala Izani yang biasanya mengepalai kayuhan offroad pulak takde pasal menghadiri mesyuarat Kabinet kat Sarawak, huhu..

Kayuhan bermula dalam pukul 9.40pm menuju route biasa offroad malam. Di awal kayuhan, Qadri ada bagitau dengan muka suspen yang jalan kat Ladang Behrang dah berubah. Cuma berubah macam mana tak tau la.. So tukangkebun dengan machonya kata takpela, kita jalan dulu tengok macam mana. Kayuhan offroad ladang sawit bermula dengan begitu lancar dan laju macam kura-kura. Sahutan doggies yang biasanya kuat jugak cuma sepoi-sepoi husky aje kali ni, mungkin dia kata "la, budak-budak ni rupenya, ingatkan sape tadi..". Maklumlah kebanyakan rider dah biasa offroad kat sini. Bak kata orang tua, sekilas pandang awek dah tau jantan betina. Mana daun terkeluornya, kornernya, downhillnya, sungai keciknya dan macam-macam lagi la.

Walaubagaimanapun tatkala mendaki bukit botak menuju CP 1 (kawasan rehat biasa untuk tukangkebun menunggu sampai terlelap pengayuh lemah macam Pojie), laluan dah mula berubah. Pendakian yang sepatutnya menuju puncak tiba-tiba berubah menuju downhill pulak! La.. benarlah ramalan Qadri, rupanya JKR dah tukar jalan kat sini. Maka terpaksalah berpatah balik sikit menuju simpang baru yang baru aje "berturap" (dengan tanah la bang oii). Apalagi aktiviti membajak basikal secara berjemaah pun bermulalah. Ditambah dengan hujan petang tu dan jalan yang baru "berturap" maka saling tak tumpahlah situasinya macam 1st offroad climb waktu Kayuhan Terang Malam baru-baru ni. Maka terdengarlah suara-suara garau yang menjerit: "auu, ketatnya taya!", "isskk merecik! gelinya i". Setibanya di puncak busut, 2 orang rider yang biasanya kat depan takde. Rupa-rupanya basikal Ujang dah takleh gerak, melekat depan belakang you! Manakala Boy pulak lagi parah, RDnya melekat dengan rim lah pulak! Sambil-sambil menggelakkan mereka berdua geng-geng yang pegi Kulim ari tu turut mengambil peluang untuk mengkelentong kengkawan lain. "Kau bayangkan.. dekat 30 kilo aku kayuh macam ni ari tu. Kayuh tau bukan tolak!", kata seorang peserta Kulim (dirahsiakan) sambil yang lain ternganga kerespekan.

Disebabkan keadaan beskal Boy yang tak boleh diselamatkan maka rescue ranger Jeff terpaksalah dipanggil. Akhirnya akibat kengerian cerita geng Kulim ditambah pulak dengan satu section sebaik entrance lepas Behrang 2020 yang sentiasa becak walaupun tak ujan, maka kayuhan pun ditukarlah menuju ke laluan lain yang kononnya lebih mesra tayar. Laluan downhill menuju jalan raya disangkakan ok (maklumlah malam, mana nampak) rupanya lebih teruk dari laluan tadi! Tu dia, laluan baru turap ada bekas tayar tractor tuh! Nasib baik tukangkebun yang kat depan berjaya menyenget dan melandingkan beskal laksana pro tanpa kejatuhan diri. Dan kat sini la bermulanya seksaan sebenor! Amik kau! nak sangat offroad! Apa lagi membajaklah semua pembajak... huhuhu!!! Ingatkan yang uphill tadi dah kira dasat la, rupanya downhillnya lagi teruk! Series beb!

Selepas membajak dengan jayanya, 9 orang pembajak mengucapkan babai kepada Boy dan terus berkayuh ke pemancar Celcom melaui Ladang Katoyang~Kg Kelawar~Kg Lambak~kedai buah dan minum dekat Pyor. Dapatlah dalam 20km. Bagi menguatkan semangat, para rider diceritakan kisah-kisah motivasi oleh Abad. Kesimpulannya walaupun menempuhi episod sukar, namun jumaat ni kita offroad lagi! yeeyyy!! Semuanya selamat kembali ke rumah masing-masing tanpa difollow hantu. Apa? hantuu???!!!


Ramdzan procity tersenyum bangga pasal tayarnya tak melekat kali ni

Leong: "Nasib baik saya tak bawa Merida ooo, sudah basuh!"

Penuh tanah kat tayor beskal kebun.

Pengayuh belasahan sedang menonggang 100+ dengan rakus!

Iklan kotoran degil bersama Ujang

Tambah 2 kilo kat tapak kasut i u.. Nasib baik bulu kaki tak apa-apa.

Tukangkebun happy pasal dapat kotorkan beskal

Abad to Jeff over! mai la deyy! mai la deyy!

Boy begitu sedih dengan kecederaan RDnya sambil mintak nenen

Berehat kat puncak busut.

Ni la dia cobaan ke2. Tak boleh kayuh bang.. selut tebal!

Nel cuba membajak. Qadri pulak malu-malu.

Apa punye nasib la kau malam ni Boy..

In & Ujang buleh posing lagi tu! Tengok beskal ujang kat depan tu. Nalerk!!

Kahkahkah!! kasut pun tenggelam la!!

Geng baru kat Tg Malim, BAJAKbikers!

Selamat jugak sampai kat jalan raya.

Basikal Boy yang parah diselamatkan oleh Jeff

Anggota BAJAKbikers begitu suspen mendengor citer-citer hantu oleh Abad.. hihihiiii!!!!

Jumaat, 16 Julai 2010

Kayuh basikal pergi keje?

Beginning today, price of RON95 had increased 50 cents to RM 1.85 per liter. For bikers it’s a strong reason to start cycle to work like him or him. But to a less fortunate but handsome 180km+ car commuter like me, my wet dream to descending Barbieland with full suspension bike is seems to be further and further away. Huhuhu.. If only i can cycle to work!

Quoted from TheStar Online (16 July 2010):

Govt’s bold move will have minimal impact on people, says PM


KUALA LUMPUR: The Government’s bold move to cut subsidies for sugar, petrol, diesel and liquefied petroleum gas will have minimal impact on individuals and families.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the Government will adopt an approach that will not burden the people when implementing the subsidy rationalising plan.

“The rationalisation move is necessary to reduce Government expenditure and strengthen the country’s financial position.

“It will help reduce the fiscal deficit so that world and local markets will have more confidence in the national economy,” he told reporters in Kedah.

A statement from his office said fuel prices were still considered the cheapest in the region even after the increase.

It also said the sugar (or fuel in my case!) subsidy cut would help to promote a healthier lifestyle.

The overall reduction in government expenditures will allow investment in the nation’s future in education, community development and job creation.

Khamis, 15 Julai 2010

Skuad sayur kembali berbling-bling (14 Julai 2010)

Rabu, 14 Julai 2010. Assalammualaikum tuan-tuan dan puan-puan. "Lama tak jumpa... apa khabar dirimu.." (cuba nyanyi macam Sheila Amin sikit! huhu!). Hampir sebulan lamanya geng basikal Tanjung Malim menyepikan diri. Macam-macam benda yang telah menyelowkan sesi perkayuhan termasuklah hujan lebat berserta ribut petir di malam hari, piala dunia 2010, praktikal, out station, gastrik, angin pasang, demam, batuk, selsema, mual-mual di waktu pagi, tak jumpa cari glove dan macam-macam lagi. Pun begitu ada jugak yang tegar masih berkayuh walaupun sering kesepian tanpa teman tapi mesra. Abad, Zaki, Aloy, Boy, Qadri, Hasbullah & Pak Din contohnya sempat jugak ikut Kayuhan Amal Syabas Hulu Selangor mendaki sampai GAP, Fraser Hill. Tahniah!

Namun malam tadi segala kesepian itu telah berubah. Jalan-jalan kat Tanjung Malim yang biasanya gelap-gulita (kat area yang memang takde lampu jalan la..) tiba-tiba aje kembali berbling-bling dengan sinaran lampu cap ayam TMbikers yang kembali berkayuh. Seramai 13 orang ikut kayuh malam tadi termasuk Izani, Abad, Pojie, Pak Din, Leong, Boy, Rafi, Tonga, Nasir, Khairul, In, Faisal & tukangkebun. Selaras dengan stamina ayam daging, maka kayuhan road menjadi pilihan memandangkan ramai yang dah lupa cara nak main gear. Laluan onroad malam biasa menuju Changkat Asa dimulai jam 9.30pm dan sampai ke RnR Hulu Bernam kira-kira 11.00pm.

Alhamdulillah walaupun dah lama tak kayuh sampai nak muntah hijau dibuatnya semua rider selamat sampai ke rumah masing-masing akhirnya. Kita jumpa lagi jumaat ni. Layan offroad pulak!! muahahaha!!!


Kat traffic light. Izani & Abad berborak dengan pemandu kereta...

Menunggu lampu hijau..

Serius giler muka Pak Din naik road bike..

Peloton terpaksa mengekalkan kelajuan 15km/j untuk menjaga hati pengayuh sayur yang lain!

Lepak kat CP wajib, Behrang Stesen

Khairul & In lama tak jumpa..

Hampir separuh bogel tukangkebun dikerjakan walaupun baru separuh aje..

Tu dia.. geng kuat tanpa menoleh kebelakang mula meninggalkan geng sayur.

Akibat world cup, Pojie terpaksa menjoinkan dirinya bersama skuad sayur malam ni.

Pojie (kanan) insaf dan mengalir air mata dengan penurunan prestasi..

Tekun...

Leong.. memang kuat.

Tetap macho walaupun tak kuat (sebelah kiri bukan kanan!)

Jeff & Apik. Tak kayuh malam ni.

Selesa sungguh tempat makan RnR ni..

Berbelas-belas milo ais blended gelas besor menjadi korban. Terima kasih Abad Filling Station yang rajin sponsor...

Tonga time balik kat pekan.



Related Posts with Thumbnails