Rabu, 14 Julai 2010. Assalammualaikum tuan-tuan dan puan-puan. "Lama tak jumpa... apa khabar dirimu.." (cuba nyanyi macam Sheila Amin sikit! huhu!). Hampir sebulan lamanya geng basikal Tanjung Malim menyepikan diri. Macam-macam benda yang telah menyelowkan sesi perkayuhan termasuklah hujan lebat berserta ribut petir di malam hari, piala dunia 2010, praktikal, out station, gastrik, angin pasang, demam, batuk, selsema, mual-mual di waktu pagi, tak jumpa cari glove dan macam-macam lagi. Pun begitu ada jugak yang tegar masih berkayuh walaupun sering kesepian tanpa teman tapi mesra. Abad, Zaki, Aloy, Boy, Qadri, Hasbullah & Pak Din contohnya sempat jugak ikut Kayuhan Amal Syabas Hulu Selangor mendaki sampai GAP, Fraser Hill. Tahniah!
Namun malam tadi segala kesepian itu telah berubah. Jalan-jalan kat Tanjung Malim yang biasanya gelap-gulita (kat area yang memang takde lampu jalan la..) tiba-tiba aje kembali berbling-bling dengan sinaran lampu cap ayam TMbikers yang kembali berkayuh. Seramai 13 orang ikut kayuh malam tadi termasuk Izani, Abad, Pojie, Pak Din, Leong, Boy, Rafi, Tonga, Nasir, Khairul, In, Faisal & tukangkebun. Selaras dengan stamina ayam daging, maka kayuhan road menjadi pilihan memandangkan ramai yang dah lupa cara nak main gear. Laluan onroad malam biasa menuju Changkat Asa dimulai jam 9.30pm dan sampai ke RnR Hulu Bernam kira-kira 11.00pm.
Alhamdulillah walaupun dah lama tak kayuh sampai nak muntah hijau dibuatnya semua rider selamat sampai ke rumah masing-masing akhirnya. Kita jumpa lagi jumaat ni. Layan offroad pulak!! muahahaha!!!

Kat traffic light. Izani & Abad berborak dengan pemandu kereta...
Menunggu lampu hijau..
Berbelas-belas milo ais blended gelas besor menjadi korban. Terima kasih Abad Filling Station yang rajin sponsor...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan